Pages

Monday, August 16, 2010

MR. E

-->

“Awak kalo bagi jawapan main-main macam ni, kalah nurse, baik awak jadi staff OT je”

“Kalau awk tak ingat, baik tak yah laa jadi doktor!”

Mr.E..seorang surgeon muda…yang serius, tak banyak bercakap dan tegas orangnya..aku sejujurnya kagum dan salute dengan doctor pakar ni..muda-muda lagi sudah berjaya bergelar surgeon dan menjadi orang kuat dalam department ini..bukan senang woo muda-muda nak pegang jawatan di IJN ni..
garang x??

Alkisahnya…minggu ini, alhamdulillah..Allah beri kesempatan dapat membuat attachment di Institut Jantung Negara (IJN)..aku tak tau macam mana boleh gatal tangan nak apply untuk buat attachment ni, plus aku baru sahaja nak masuk tahun 3 medical school, atau lebih tepat lagi, still PRE-CLINICAL. Jadinya, ilmu di dada ni hanya secuit je la.

Nak dijadikan pengalaman..banyak yang aku belajar kat sini..not only knowledge about medic or heart..but yang paling penting is, our relationship with people surrounding us. It is about how we treat them.

Dan kalau kehidupan sebagai doctor itself, surely kita akan deal dengan patient, nurses, patient’s family n staffness dekat hospital tu.
As aku seperti kanak-kanak kecik yang nakal dan menyibuk je nak buat attachment di IJN ni, maka as usual banyak doctor yang cakap..

Laa..kenapa nak buat sekarang, tak payah lagi la kalau umur macam awak ni. Better tunggu 2-3 tahun lagi”

Tapi..alang- alang menyeluk pekasam, biar la sampai belajar betul-betul kan?

Satu perkara yang aku perhatikan..doktor di Malaysia ni ramai, Tapi tak ramai yg MUSLIM doctors.

Memang tak dinafikan yang semua doctors merawat pesakit. Tapi aku tengok rutin harian mereka tak ubah seperti robot. Hidup mereka just pergi hospital, ward round, check patients dekat clinic and bedah patients.

and the same things goes everyday. Macam dah kena set. Kitaran robot.

Ye, tak dinafikan ade sebahagian doctor tu membaca basmalah sebelum membedah dan merawat. ckp kt patients.. “acik, jum ikut saye mengucap”…etc2…

Tapi MUSLIM doctor bukan setakat itu sahaja. it is being muslim in da whole life…cakap pun benda-benda yang baik je, tak mencarut, tak marah-marah dekat patients yang taknak makan ubat, tak menengking nurse or doktor-doktor lain yang terbuat mistake..

Dan seorang doctor Muslim sepatutnya mempunyai jati diri mereka. Sepatutnya kita tidak terlalu mengagungkan sangat peraturan barat di dalam medical ethics. Lebih-lebih lagi yang bertentang dengan syariat Islam (e.g: nak masuk bilik bedah, kene pakai baju scrub dan tudung tidak dibenarkan..mesti pakai caps n mask je..tudung hanya dibenarkan untuk certain people sahaja.

Saya tahu mereka ingin menjaga kebersihan dan sterilization, tapi sepatutnya kita juga menghormati aurat perempuan bukan?

Dan satu pengalaman yang takkan aku lupa smpai bila-bila..

keadaan di dalam Operation Theatre (OT)
Satu hari ni ak ikut Mr E kat OT (operation theatre)..

Di dalam bilik bedah, sedang aku observe operation tu, tiba-tiba Mr E panggil aku..

“Medical students mana?” 

 “ Saya di sini!”

Aku datang dekat..

“ok, awak cakap dah belaja physiology kan? Then tell me about cardiac cycle

Haa…rahang aku macam nak jatuh..cardiac cycle?

Jap2, yang mana satu..banyak sangat cycle yang nak kene ingat. Otak aku ligat berfikir.

Tapi akhirnya, aku masih tak dapat nak recall. Aku tak dapat menjawab walau sepatah pun..

“ Awak ni betul ke medical student? Sebelum ni kata nak exposure as doctor kan? then jawab la soalan saya,” Mr E mula menyindir.

Huu..time tu aku tak tau nak letak muka di mana..frust sangat sebab tak dapat jawab, macam bodoh sangat je rasanya..tapi rasa nak gelak pun ada jugak..tapi aku tahankan aja..hehe

“Awak kalo bagi jawapan main-main macam ni, kalah nurse, baik awak jadi staff OT je”

“Kalau awk tak ingat, baik tak yah laa jadi doktor!”

Ini penutupnya sebelum dia berlalu dengan marahnya.

Aku diam sahaja. Tetapi sebenarnya aku tersenyum di sebalik mask.

Geli hati rasanya dimarahi oleh doctor pakar yang bajet hebat ni.


So, the conclusion is..kalau nak jadi doktor ni bukan benda senang. Kena faham dan ingat. hafal kaw-kaw and ready semua benda dalam kepala..

Kalau tak, akan jadi macam kes aku di atas ni. Elok je kena marah depan 8-9 orang  yang ada dalam OT tu. Termasuk nurse dan staff sekali dengar aku kena marah. segan kot.

dan nak jadi doktor ni kena jujur dan professional. kalau rasa tak tau satu benda tu, mengaku sahaja awak tak tahu. Jangan memandai buat-buat pandai. Sebab akibatnya nanti akan kena dekat pesakit.

Dan pesanan juga, doctor mesti berbaik-baik jugak dengan nurse. Kerana mereka yang banyak membantu doctor. Trust your nurse and stafness J


p/s: aku harap sangat satu hari nanti aku boleh mempraktikkan islam dekat hospital tempat aku bekerja nanti. Harapan aku untuk create suasana hospital yang mesra ibadah..insyaAllah (^.^) doakan..