Pages

Friday, October 29, 2010

H.I.J.R.A.H

tanyakan pada hati...ape itu HIJRAH??

haritue belaja dkt kuliah..hijrah ni ade 2 jenis..

1. berhijrah daripada buruk kepada baik. yang ni FARDHU AIN bg semua muslim. (fardhu ain means wajib la kn tuk kite semua?? xde alasan2 kn??)

2. hijrah drpd tempat yg kafir kepada tempat yg islam.Contoh yang hampir semua org tahu ialah hijrah kaum Muhajirin drpd Mekah kpd Madinah.yang ni fardhu kifayah.

tapi..ikut konteks sekarang.sebenarnya hijrah ni luas kan??

alhamdulillah..Allah masih lagi bagi CAHAYA itu kepadaku..Thanks Allah..

dari nakal kepada baik
dari tak tahu kepada tahu
dari x matured kepada semakin matured
dari maksiat kepada taat
dari tahu kepada sampaikan
dari comfort zone kepada discomfort??

dan dari Malaysia kepada Mesir...

"kalau la orang d sekeliling kita x mengamalkan islam..maksudnya kita lah yang kena start"

masa zaman Rasulullah dulu, Rasulullah utuskan para sahabat utk ke negara2 arab lain utk sampaikan islam..contohnya macam Mus`ab bin Umair.
Dihantar ke madinah.Subhanallah, smpai kn xde satu pun pintu rumah penduduk di madinah yang beliau x ketuk untuk sampaikan islam ni.
dan sahabat2 lain yang diutuskan ke negara2 lain pun semua berebut utk menjadi macam tue.utk tergolong dalam golongan ahli hijrah ni.

habis?? kite ni taknak berebut2 jugak ke??

Hadis 1 yang jugak dikenali sebagai hadis niat. dan juga menceritakan tentang HIJRAH.

kalau ikutkan antara sahabat2 yang paling sesuai dgn HIJRAH ni adalah Saidina Umar kan?? ke ade sesiapa yang nk bantah??

saidina Umar yang dulu nya semasa jahiliah..penah bunuh anak perempuan sendiri, ketua samseng, suka bergaduh, kaki minum arak n so on...

tp bila mana setelah dpt tarbiah drpd Rasulullah..boleh jadi manusia yang MasyaAllah...sgt hebat dan berani menyebarkan islam ni.yang sgt adil.sgt ikhlas dlm menjadi khalifah...boleh berubah 360 darjah drpd kehidupan lampau...


kalau nak bandingkan kita dgn Saidina Umar...kite ni tak lah smpai bunuh anak perempuan..xde la smpai minum arak kn?? kire nye xde la jahiliah teruk2 sgt kn??

ikut logik akal la..patutnye kite lagi la bole menjadi org yg baik n menyampaikan islam ni lagi bagus drpd Saidina Umar kan?? tapi kenapa kita masih memberi alasan?? sedangkan saidina Umar x penah bg apa2 alasan pun utk x sebarkan islam ni.utk mengajak org lain kepada Allah..walaupun dia sgt jahil dahulu...


tapi kenapa kita masih memberi alasan???

jom muhasabah diri...insyaAllah..

No comments:

Post a Comment