Pages

Tuesday, January 25, 2011

BaiK dan HaLaL perlu seiring


Daripada Abu Hurairah katanya: "Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah itu baik, Dia tidak menerima kecuali yang baik. Sesungguhnya Allah telah memerintahkan muslimin dengan apa yang Dia perintahkan kepada para Rasul. Kemudian baginda menyebut tentang seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut-masai dan berdebu rambutnya, menadahkan tangannya ke langit sambil berdoa "wahai Tuhanku, Wahai Tuhanku! sedangkan makanan,minuman dan pakaiannya adalah haram dan dia diberi makan dengan benda-benda yang
haram, maka bagaimanakah dikabulkan permintaannya..." (riwayat Muslim)


Firman Allah swt: "wahai para Rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik dan beramalah dengan dengan amalan salih. (al-mukminin:51).

Allah swt juga berfirman: "wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami kurniakan kepada kamu"(Al-Baqarah:172)


Ermm...sebenarnya dah lama nak share hadis ni..mengenai Baik dan halal..

dan tadi tiba-tiba, seseorang bertanyakan saya..."kalau seorang anak makan benda haram, ilmu
susah nak masuk eyh??"

terus saye teringatkan hadis ni...

Its TRUE>>Allah tu Baik dan sukakan benda2 yang baik...

kalau kita makan dari sumber yang haram atau pakai apa2 dari sumber yang haram...

macam mana Allah nak terima amalan kita??
macam mana Allah nak perkenankan doa kita??
macam mana Allah nak bagi ilmu masuk ke dalam hati kita??
macam mana Allah nak berkati rezeki kita??

"Daripada Ibnu Abbas RA: Allah takkan menerima sembahyang seseorang yang di dalam rongganya (perut) terdapat benda yang haram"

cuba fikir2 kan balik...

dan kalau kita beli makanan dkt luar pon..cuba selidik balik..orang yang membuat tu..
adakah semuanya Halal..dan adakah orang itu menunaikan suruhan Allah (spt solat, puasa etc)

Ade satu perumpamaan..
"makanan yang dimasak/ dibuat oleh orang yang Tidak Solat lebih teruk
daripada kencing anjing hitam"

nauzubillahminzalik...moga kita terpelihara drpd nya insyaAllah..

Dan makna hadis tadi..Kemudian baginda menyebut tentang seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut-masai dan berdebu rambutnya, menadahkan tangannya ke langit sambil berdoa "wahai Tuhanku, Wahai Tuhanku! sedangkan makanan,minuman dan pakaiannya adalah haram dan dia diberi makan dengan benda-benda yang haram, maka bagaimanakah dikabulkan permintaannya...

makna berdebu itu adalah debu-debu yang telah menukarkan warna rambutnya lantaran jauh
perjalanan untuk melakukan ketaatan seperti haji dan jihad, merayu-rayu memohon kepada Allah tetapi dari pintu manakah doanya akan diterima bagi mereka yg tidak menjaga halal-haram makanan nya??

Tetapi ketahuilah bahawa..."Allah itu sangat Pemalu lagi Amat Pemurah. Sekiranya seseorang lelaki mengangkat kedua-dua tangan kepadanya, Allah SWT sangat malu untuk menolk kedua-duanya dalam keadaan kosong dan kecewa.."

Cuba fikir balik, sape yang betul2 sygkan kita kalau x Allah kan??

See..SWEET nya ALLAH..pemurah sangat..sayangnya Allah dkt kita..kalau fikirkan balik, kita as manusia...lagi manusia mintak byk2 kali, mesti kita jemu dan malas nak layan kan..TAPI beza sangat dgn ALLAH, ALLAH sgt sukakan hambanya yang meminta kepadanya dan Allah akan cuba perkenankan pintanya..insyaAllah..:)



p/s: Parasit, here I came..(last paper..yeay :P )

Dia Sayap aku..

Dedikasi ini khas utk..budak ini…

Mula2 waktu jumpa budak ni..ingatkan dia amek syariah atau apa2 kat Mesir ni…

Tapi bila tanya2..”Ni akak ke adik?? umur berapa?”

“16 thn”

“haa..16 thn?? Baru lepas PMR la??”

Tersipu2 dia menjawab…“aah”

Terkejut sangat..tak sangka ade jugak budak2 x cukup umur kat sini..rupa-rupanya budak ni amek kelas Arab dekat sini…(sgt kagum..x penah aku bayangkan ade org yg jitu utk amek kelas arab smpai ke Mesir ketika umur itu aku masih berlari2 di bangku sekolah..dgn subjek add math

yg susah..aiyook)

Budak ini…walaupun sekarang umur dia 17 thn..(dah setahun kenal)

Tapi dia la satu2 nya budak yang bahasakan dirinya dgn aku (kau-aku)

Haha..baru perasan benda ni bila kakyu cakap ..

“kau, aku?? ..padahal beza dekat 5 thn”

Huu…padahal biasenye bile dah junior tue akan hormat la senior dengan panggilan kak,

saya..akak..etc


Tapi apa2 pun…kepada budak itu…aku syg kau even kau nakal …

Tapi budak nakal ni la yg selalu teman aku pg mane2 bila aku nak dating dgn dia..

Die la yg buat aku gelak2 bile kami bersembang…

Die la yang buatkan aku Borio bile aku mengidam..

Dia la yg ajarkan aku buat Cheese Cake Instant tanpa pakai oven..

Dia la yg tukang temankan aku main boling bile aku kempunan dah lama x men boling..

Die yang tukang komplot ngan aku bile ade nak sambut besdey sesiapa..

(walaupun besdey aku rupa2nya ko pun ade join jugak eyh komplot tue ;P )

Dia yang temankan aku makan seafood bile aku kempunan...

Dan dia ni jugak la yang akan tinggalkan aku..utk pulang ke Tanah Air terchenta..

Utk sambung sekolahnya…

Beratnya hati nak lepaskan kau…nanti dkt siape aku nak sembang2?? Nanti siapa nak buatkan aku Borio?? Nanti siapa nak ajarkan aku buat kek Cheese Instant??


Dear Anisa Farihin…

Belaja baik2 tau…jgn nakal2 kt sekolah..moga kita ketemu lagi…(bila dtg Gombak or KL..wajib jmpe aku OK!!!)

Walaupun kau xnak dtg mesir lagi..dan dgn sombongnya ko cakap nak sambung degree dekat JORDAN..tapi takpelah..semoga kalau kita x jmpe kat dunia ni..Moga kita Reunion balik dekat akhirat nanti ye sayang..{aku panggil ko sayang ni ;) }

Doakan aku lulus cemerlang medic ni tau..aku doakan kau lulus cemerlang SPM nanti..belajar kene rajin..SPM byk subjek n kene stadi kuat..(bukan mcm ko amek kelas arab kat sini..huu)

Jgn malas2 tau..ok…take care selalu…dan jgn lupakan aku yer...

Love u always, aku..mushee~ J

p/s: nanti bole la aku lawat kau dekat Hira` kan?? nak temankan kak mar S pulangkan buku Umar..hehe ;)


till then~ LoVe...(^.^)

Sunday, January 23, 2011

Satu rasa..


esok xm patho~

xtau la perasaan apekah ini...the unknown feeling...
tapi kejap lagi ade kelas al-quran...
nak pg lah utk tenangkan hati kejap....:)
lagipun dah rindu kan ustazah..wahastinik awi (rindu sgt2)

......................................................................................................................................

"fin ahkam ya Basha??" (Cik, mana hukum2 tajwid kamu??)

huu..sedey je...bacaan teruk sgt mase tasmi' bacaan dekat ustazah kelas al-quran tadi..

bacaan sangkut2 n plus main langgar je tajwid2 semua...lps baca tadi...ustazah tanya...

"min asyarah, kam u'tiki darajat linafsik??"
(dari 10 markah, awk nak bagi berapa markah utk diri sendiri??)

"homsah" (lima)

"da makbul au la' ? " (itu lulus ke x??)

"la' " (tak)


then kau tau2 sendiri je la hafazan awk tu teruk mushee oii...T___T

sedih je kalau buat org yg kita sayang sedih (ustazah sedih)...it feels like kita tikam hati sendiri.. T__T


Adakah exam boleh diberikan alasan, utk x menghafal dgn baik??

Adakah aku telah melebihkan ilmu medic ni drpd ilmu akhirat??
ya Allah...:(

==========================================================

juz nak share..satu entry ni..lebih krg same dgn entry yg lepas..cause or symptom??


ok..doakan saye ye kwn2..semoga Allah permudahkan semua pembelajaran..thanks a lot...

p/s: rindukan kwn2 di malaysia...(x aci betul ex-KMJ pegi reunion mase cuti thaipusam lepas..instead on that day, i`m struggling my microb paper...huu...T___T )

p/s 2: x sabar nak tunggu cuti winter..mungkin akan meninggalkan bumi anbia' ni buat seketika..:)

Thursday, January 20, 2011

Antara dua Sujud


Alhamdulillah..3x..dah abes dah paper microb tadi..huu..sungguh la unexpected questions..can't describe it...
btw, dah lepas dah..semoga Allah tengok kepada usaha kami semua...
ermmm...macam x berminat utk menulis byk2...cuma nak ajak semua baca doa kt bawah ni...


Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)

ermm..perasan x berapa kali kita baca ayat2 tadi dlm satu hari?? byk sgt kan...tiap2 kali solat...tapi, sejauh mana kita tahu makna ayat2 tadi??
Ni la ayat2 yg selalu kita remehkan masa dlm solat...dan baca pun laju2 je kan mase solat tue??

p/s: kamu.thanks 4 da msg..dah abes 2 paper..dun worry..dah x stress dah skrg..Alhamdulillah :)

okey, mushee...sila focus patho pulak..(^_*)


Tuesday, January 18, 2011

Cause or Symptom??

Alhamdulillah..dah lepas 1 paper..pharmacology…

Dalam hati lega je..lepas paper ni, mcm separuh 3rd year dah lepas..huhu..mcm tue lah penangan pharma..(walaupun macam kene belasah je dgn dgn paper uh..T_T)

"Ya Allah…kurniakanlah kejayaan kepada aku dan sahabat2 serta junior2 ku..ameen…"

1 thing yang aku notice mase pulun study pharma hari tu..

camni, cuba bayangkan eyh…

Seorang patient datang kat seorg doctor..

“doctor, saya sakit perut..dah cirit birit 2 hari”

“ok, makan ubat ni ye..3 kali sehari”


Ermm…macam tue je ke keje doctor ni?? Kasi ubat macam tu je ke??

Biasenye…cirit birit ni..adalah satu proses utk protect badan kita daripada ape2 jangkitan..biasanya virus,bacteria atau parasit..dan bila adenye cirit-birit..ade possibility yg mase tue badan kita tgh fight dgn jangkitan tu…

Ok, kalau dalam kes kita kena jangkitan bacteria..then kene cirit-birit..pastu doctor kasik ubat utk rawat cirit-birit..agak2 kes ni akan settle x??

Tak la kan..selagi mana bacteria tue ade dalam badan kita..selagi tu kita akan sakit…kalo pasni demam pulak disebabkan bacteria ni..then doctor nak bagi ubat demam pulak ke??

Ermm..doctor ni..actually die tengah rawat symptom (mcm demam,sakit perut, cirit-birit)..

Dan bukannya rawat penyebab (cause)…

Memang betul je kene rawat symptom tue, tapi selagi mana x rawat sebeb utama penyakit tu, selagi tu la akan ade penyakit lain pulak yg timbul…ermm..betul x?? (tapi mostly doctor akan bg antibiotic la..utk bunuh ape2 bakterian n kuman dlm badan)

Haaa…macam tu jugak dengan penyakit masyarakat kita sekarang..masing2 sakit…tapi pihak2 tertentu hanya rawat symptom dan bukan cause…haa..sebab tue la penyakit2 tue still ade dlm masyarakat kita…

Ok, 2 minit..Cuba classify kan mereka kepada Symptom, Cause, Treatment:

Buang bayi Seks bebas Hati baby hatch aqidah

Curfew hukuman rotan ponteng sekolah iman


Okey..yang kita nampak..Seks bebas→ buang bayi dan dirawat dengan Baby Hatch

Kedua, ponteng sekolah (symptom) dan dirawat dengan Hukuman rotan atau Curfew

Jadi..sebenarnya..ape cause dan penyebab semua masalah2 ni?? HATI,IMAN dan AQIDAH tu..

Ermm…dan masyarakat skrg fikir kalau kita atasi masalah buang bayi tu dgn buat baby hatch, settle ke problem tu?? Bukan ke akan menyebabkan lagi ramai orang boleh buang bayi dgn senang hati??

Persoalannya di sini..punca utama adalah Hati tu sendiri..masing2 dah jauh dari aqidah yang sebenar..dah jauh dari ape yg agama gariskan..

Islam dah terang2 cakap..jangan dekati zina…sebab nanti akan menyebabkan banyak masalah lain..dan kapel tue..mcm menghampiri zina la kan?? x kisah la pegang2 ke x..

Tapi..kalau degil nak buat jugak..See..macam2 masalah timbul..kesian kpd mereka yg x bersalah..

Cuba bayangkan, Kalau la semua org pun baik je n amalkan islam ni betul2.. then semua orang tahu x boleh mencuri,merompak,merogol etc..dan semua pun takut nak buat…dunia ni aman je kan..kita nak jalan sorang2 pon x bahaya..tinggal barang kat mana2 pun x kisah ade org curi ke tak..pagar rumah masing2 pun x payah lah nak buat tembok tinggi2 nak elak pencuri (smpai x bertegur sapa dgn jiran sebelah)..huu

See, how nice the ISLAM is?? Semuanya utk kebaikan manusia…

Ade prof cakap macam ni…Syariat ni macam air..semua org pun perlukan air..dan kalo xde air, makan mati lah kita..macam tue jugak dgn syariat ni..semua org pun perlukan nya..kalau kita xde, actually kita ni Mati je di sisi Allah..nauzubillah minzalik…Dan syariat yg dimaksudkan adalah Syariat Islamiah.


maaf la entry ni sedikit bosan dan penuh ceramah..huu..(o.O)


p/s: jumaat lepas..egypt dihujani hujan ais…sejuk sangat..mcm salji..huhu..kalau x caya, bole bukak blog ini..

haha..mesir xde la xde salji ok?? Ade jugak la tu hujan ais…kalo x biasenye Salji kami, salji pasir..hehe..


rumah asrar

12.25 am

Tuesday, January 11, 2011

ComeL..\(^.^)/

salam people ...

Ermm….sbnr nya dah janji dgn diri sendiri utk x update blog..tapi…huu..

Semalam, I just come back from a house…jadi nanny kat situ kejap..

Tolong akk senior jaga anak-anak dia..dua org..sorg setahun lebih, Sharifah Amira Sofea and sorg baru je sebulan lebih, Sharifah Alia Syuhada..and plus husband akak tu balik Malaysia kejap..ade urusan penting…

Jaga budak2 kecik ni mmg mencabar..salah sikit je, menangis la budak tue..even budak tu nak bukak pintu je, tapi tgn dia x sampai..alih2 nangis je keje nye..huu..sabar je la…

huu..saye la Amira, budak yg nangis kalo x bole bukak pintu tu (*.^)


But 1 thing yg aku belajar is..budak2 ni sgt innocence..ape yg dia tengok or dengar, itulah yg dia belajar..x kisah la benda tue betul or salah…

Macam 1 kes..baru2 ni dkt mesia..kes budak terjun bangunan sbb bajet die tue superman, boleh terbang..budak tu suruh kakak or abg dia belikan sut superman and dia percaya lps pakai sut tu, boleh terbang…but finally…budak tu lompat keluar dari tingkap sebuah pangsapuri and..he died..

See, naïve sgt budak2 ni kan?? And pengaruh TV tu sgt kuat..so, ibu bapa, please alert!!! Make sure anak2 anda x terpengaruh sgt dgn anasir2 tidak baik ni…

Huu..tapi teringat la 1 kes mase aku kecik dulu…aku belajar makan sayur sebab aku terpengaruh dgn cerita Popeye…lps makan sayur bole jadi kuat..haha..my mum mmg kene berterima kasih dgn Popeye tu sbb budak kecik kan biasenye payah nak makan sayur..but I did it well J hehe

Ok, just nak share gamba2 budak kecik yg comel n rase nak cubit2 je pipi diorang..huu..

Amira akan menari2 atas beg luggage ni bile ade lagu2 yg menarik terpasang..

again

okeh..bila dia dah penat (^.^)



"saya rase saye cool n hebat mcm superman"..Uwais


my cousin...najibah..

hye, nama saya Danish..(",)

haa..yg tomei ni Tasha

again..Najibah in her Baju Raya

"nak x??"

Yahya


ouh..ni anak sedara kakyu


alamak..lupa nama budak tembam ni

hanaan aqilah..she steal my name..hehe :)

ketahuilah bahawa anak kecil itu dilahirkan suci 'umpama kain yang putih'. Ibu bapanyalah yang mencorakkan nya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Kalau hendak membina insan biarlah sejak ia masih kecil...

p/s: ok..rase mcm nak suro along kahwin cepat2 n nak anak buah..huu


(O.o) ....(^.^)


rumah asrar
5.56 pm



Saturday, January 8, 2011

around da corner!!

salam fellow readers...

Moga masih dlm rahmat Allah sentiasa..ameen..:)

okey mushee, sila alert!!
17 jan 2011
pharmacology
10-1 pm

20 jan 2011
microbiology
10-11.30am

24 jan 2011
pathology
10-11 am

27 jan 2011
parasitology
10-11.30am

ok..selamat berjuang..dan selamat berenang2 di lautan buku..dgn ubat dan cacing2 n bacteria semua..huh !!

dan manfaatkan la "cuti study leave" ini sebaik-baiknya..

ermmm..ni xm yang manusia cipta..bole la kita prepare..baca2 buku sume n jawab paper soalan..

tapi exam yg Allah buat, mane kite tahu kan??
soo..kene la sentiasa prepare..n kita pon x tahu bila kita ditarik nyawa..
soo, kene la prepare selalu..:)

teringat kata2 seorg senior..ape beza tahu dan sedar???

contohnya, mcm ni la..kita tahu je bila kita nak xm, kite tahu je jadual xm..tapi as along as kite x sedar, kita x kan baca buku kan?? bile kita sedar yang "haa...esok xm!!"
baru la kite terkocoh-kocoh nak study...

macam tue jugak kita as org ISLAM...kita tahu je kita ni islam..siap tulis lagi kat IC..ISLAM
tapi bila mana kita sedar kita ni org islam..baru la kita nak practice islam tu..kan??
alhamdulillah kalo kita dah sedar..tapi bg kawan2 kita or family kita yg x sedar2 lg?? yang ISLAM tue just pada IC..mcm mane nak sedarkan mereka ye??? (O.o)???

p/s: maybe akn mengurangkan blogging...bagi menghormati xm yg bakal dtg..hehe..
pray 4 me..thanks semua...


ok people..take care yaa..


love,
musyirah hanan zulkarnain..

rumah kahfi
12.13 pm

Thursday, January 6, 2011

Duka itu kekuatan

"aku rasa aku lately asyik stress je"

"aah..nampak je!!"


erkk...tertikam hati aku...kata2 Najla mmg tepat la kene kat aku...
lately kami sekelas mostly in depression...
dgn exam yg dah dekat...
dgn xde study leave (prof..tolong la paham situation kami!! T_T)
dgn hari2 pun prof nak buat test utk carry mark...
n dgn hari2 yg akn belajar benda baru sbb prof nak jugak abeskan silibus...
and plus..smlm mmg kemuncak stress la..

aku nak pegi kuliah..bgn2 tido je..tgok2 jam..7.41 pagi...haha..tahniah sbb kelas start kol 8 pg..

ok..terkocoh2 jugak la siap2 n alhamdulillah pkl 8.05 dah kuar umah...

tp baru je nk kuar umah...aiseh...perut ni buat kacau pulak...
masuk la balek dlm umah n mata terus mencari tandas...

10 minit kemudian..kali ni betul2 dah kuar umah n berjalan tergesa2 nak kejar bas...

jalan punya jalan, 10 minit jugak la nk smpai perhentian bus..n terus je melompat naik tremco (ala-ala bus la, tp die pakai van je)

bila van tue dah penuh je, pakcik drebar tue terus jalan....
tapi....aku rase lain macam je...
dan tekaan aku tepat sekali..bila ammu (pakcik) tue tibe2 je belok kat satu lorong...and die ikut jalan lain sbb nak elak jem kt depan tue...

aishh...ni bukan jalan ke kuliah...

"ammu, kuliah tib banat, ala gambih..."
(pakcik, kuliah medik perempuan, berhenti ke tepi, saya nak turun)

ammu tue pon berhentikan la van ke tepi dan aku pun turun dgn muka bengkek...

aiseh..ni dah kat hayyu sadis...nak jalan ke hayyu sabik?? ade la 10-15 minit nak smpai kuliah...

akhirnya, dgn rase bengkek2. aku cuba tenangkan hati dgn zikir2..tiada pilihan..aku pun menapak la ke kuliah...

dan tahniah aku smpai ke kuliah pukul 8.40 pagi...
maka kelas berjalan spt biasa..smpai la pukul 3 ptg...
last lecture utk hari ni...tapi...
prof tue nak jugak abeskan lecture dia...n kami abes pukul 3.30 ptg...

huaa...sedih nye..lps ni ade kelas quran pula.pkl 4 jap lagi.macam x sempat je nk smpai sana...
nak pegi sana, nak tggu bas lagi n plus jem yang amat..mau nya lewat jugak sampai nnt...

okeh, aku mula la menapak balik..alamak..teringat nak beli buku la...
aku membelok..singgah la dkt kedai buku..

"ammu, fi kitab MCQ pathology??" (pakcik ade buku MCQ pathology x?)

"laa" (takde)

"haa...amsi maujud" (semalam ada je)

"laa' laa'..mish maugud nihardah.." ( tak..tak..takde buku tu harini)

haa...buku tu dah la penting..nak xm ni..bile lagi nak beli buku tue..rasenye mcm smlam ade je byk lagi stok die..ni mesti kes pakcik tu malas nak cari dan cakap je buku tu dah abes..
aku rase mcm sgt sedih..dgn balik lambat, n nak terkocoh2 ke kelas al-quran and plus buku MCQ yg penting x ade...

duhai hati, kenapa lah fragile sgt???

Dan akhirnya, empangan air mata aku pecah..teresak2 la menangis smbil balik jalan kaki..
Najla dkt sebelah tak mampu nak buat apa...




smbil2 meleleh tue....aku selak2 al-quran kat tgn...dan aku jumpa...

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta,jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kpd orang-orang yang sabar"(al-baqarah:155)


dushh..rasa mcm Allah tengah nampak & bercakap dgn aku je time tu...


Telah berkata Adl Dlahak ra :
Barangsiapa tidak diuji antara tiap-tiap empat puluh hari dengan suatu bala, kedukaan atau musibah, maka tidak ada kebaikan baginya di sisi Allah.

aku rase sbb Allah syg aku la die bagi aku rasa stress ni.. :)

p/s: Terima kasih kpd sape2 yg support..Alhamdulillah, dah recover sket :)

Monday, January 3, 2011

Masih ada solehah dlm dirimu...

Seorang gadis..aku kenal dia mase aku jadi Fesi KBM dekat bukit beruntung..mase cuti summer lepas…masa tu dia still Form 4..tapi skrg die baru masuk form 5..even baru je kenal…tapi aku rase dekat je dgn dia…

Sepanjang cuti summer dekat Malaysia 3 bulan lepas…xde la contact sgt2 pn dgn dia..sebab dia xde handphone..mak die pegang..so…sembang2 pun dekat Facebook je…but sejak kebelakangan sebelum aku balik Mesir..kitorg makin kerap sms n call..

Sampai la aku dah balik mesir…kitorg still contact2 through FB..kadang2 call or sms..She was upset..katanya.. “rindu akak..xde tempat nak mengadu”

Dan hati aku sgt tersentuh…

Adik..you know what..akak just kenal awak x lama..tapi rase mcm kenal dah lama je..dan bile awk byk tnya pasal agama…akk curious utk kenal awak…n bile awk sgt upset mase lepas clash dulu..n Allah hidayah kan awk utk berubah…Akak sgt2 bersyukur…masih ade lagi rahmat dari Allah utk hamba-hambaNya..

Dan bile awk citer macam2 yg awk kene bila awk nak berubah..dgn your environment x menyokong awk utk berubah..akk sedih jugak…because akk penah rase susah nye nak berubah…dan lagi susah benda tue bila kita xde org nak support..tapi Alhamdulillah Allah tabahkan hati akak utk tetap atas perubahan ini setakat ni..takat mana yg akk termampu…

Akak sgt2 harap awak bole bertahan dengan perubahan awak…maybe x la berubah byk sgt..tapi..even sebesar kuman kita berusaha utk berubah..ade nilai nya di sisi Allah..itulah sebaik2 jihad di sisi Nya..sebab kita berjihad utk kebaikan…akk harap sgt2 awk tetap thabat (stay/maintain) dan jangan hangat2 tahi ayam ye…

Akak harap juga..bila akk xde kat sisi awk…awk yakinlah…Allah sentiasa ada di sisi kita even senang atau susah..dan Allah utuskan malaikat rokib dan a'tid di kiri dan kanan kita utk awasi setiap langkah kita…dan jgnlah kita bersedih hati..Allah sentiasa perhatikan kita..Allah jugak sediakan Al-quran sebagai surat cinta daripadaNya..utk kita baca dan jadikan panduan mase sng atau susah…Allah jugak bagi mcm2 nikmat kat kita…sampai kita bole hidup smpai sekarang.kalau x sebab oksigen yg Allah bagi ni..kita x layak utk hidup sekarang kan?? Kalau x sebab rumah yang Allah bagi kita dan makanan2 yg Allah bagi..kita xde la sihat sampai sekarang kan?? Alhamdulillah…sepatutnya dekat allah lah selayaknya cinta kita..

Ade satu kalam dalam al-quran..

Katakanlah “jika kamu mencintai Allah, ikutlah aku (Muhammad), nescaya Allah akan mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu”. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (al-imran: 31)

See…Allah dah terang2 cakap..kalau kita cintakan Allah..Allah akan balas balik cinta kita..malah akan ampun kan dosa-dosa kita lagi..sweet nya Allah..Baik nye Allah..tapi kita ni hamba Nya..selalu je lupa kan?? Still nak syg kan manusia lebih daripada Nya..kite selalu je syg kawan2…syg mak ayah..syg boyfriend..sampai lupa yang ade lagi yang lebih mencintai kita..Tuhan kita…

Akk kadang2 pun..terlupa juga benda ni..kita manusia mmg selalu lalai dan lupa…tapi..takkan kita nak lalai je selama-lama nya..kata nak masuk syurga..tapi kita still lalai dgn dunia ni..bole masuk syurga ke agak2 nya??

Awk tahu x?? akk sgt2 harap kita pjg umur dan bole jumpa lagi lepas ni..dan akk sgt2 harap akk akn jumpa dengan awk, atyn yang akk kenal..bukan nye Atyn yg dah berubah jadi org yg akk x kenal..kalau awk jadi lagi baik..subhanallah…Akk sgt2 bersyukur…Alhamdulillah..

Satu je akk harap..jaga diri..jaga amal..jadilah muslimah sejati dan anak solehah..jgn main2 kan hati org lain..jgn cepat mengalah dgn dunia ni..sebab dkt akhirat nanti ganjaran syurga tu sgt2 best..bagi hamba-hamba Nya yang layak..insyaAllah kita doa la kita adalah salah seorg penghuni syurga tue nanti.Ameen…

Even akk bukan lah sesiapa dalam hidup awk..tapi sejujurnya awk ade tempat nya dekat hati akk..dan akk sentiasa doakan utk awk..cemerlang dunia dan akhirat..insyaAllah :)


ok..all da best SPM..study by heart..n study smart...


p/s: doakan akk tau..nak exam 17 jan ni..huu..:)


(^.^)