Pages

Saturday, February 19, 2011

Hidup ini??


"Anak berapa dah sekarang??"

"2 pasang..2 perempuan 2 lelaki," jawab mami.(panggilan aku untuk mak aku)
sambil menunjuk2 ke arah sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain dan berlari2..

"haa...yang sulung tu lelaki..sebelah tu pakai baju merah tu yang angah nyer...," sambung mami.

***********************************************************************

Tapi tu 15 tahun dulu. sekarang dah tak lagi.
bila mami jumpa kawan2 lama dia...

"yam, anak dah kat mana sekarang??"

"alhamdulillah. 5 orang. semuanya dah besar2 belaka.haa...yang ni nombor 2, belajar dekat Mesir sekarang," jawab mak aku sambil menunjuk tangannya ke arah aku.
Aku yang tersipu2 sebelah mak aku lantas menyalami tangan makcik tersebut.


haaiii....dah besar panjang rupenye anak mami ni...
orang tua-tua kata dah boleh jadi mak org...

errrkk...x koooot....bini orang pon aku x sure dah sedia ke x..huu...

~dunia yang sementara kan???~

Bila fikir2kan balik...rupa-rupa nya dah nak 21 thn aku bertapa kat atas muka bumi Allah ni..
tapi ape je aku dah buat sepanjang hidup ni??

dah jadi anak solehah ke?
dah jadi pelajar mithali ke?
dah jadi orang yang berguna dan berjasa ke??
yang penting sekali...
dah sumbangkan apa2 ke untuk agama terchenta, Islam????

rasa2 macam dah buat banyak, macam dah tolong byk orang, dah pergi program macam2...
tapi alahai...ape la sangat semua tu???


Sultan Muhammad al-fatih dlm umur 19-21 dah tawan kota constantinopel..aku??

Salahuddin al-ayubi dlm umur 20-30 dah mentadbir mesir, aku??

Saidatina aishah dlm umur muda dah riwayatkan hadis..aku??

Saidina Ali dlm umur belasan, gantikan tempat tidur rasulullah masa hijrah ke madinah.AKU???


Muhasabah diri...Ya Allah...kerdilnya aku...

YA ALLAH, bantulah hamba-mu yang hina ini untuk terus thabat dan tetap atas jalan-Mu ini..

insyaallah...

readers...ameenkan doa di atas ye..terima kasih byk2...

ok la..till then...

sayang, musyirahanan \(^.^)/


gombak,
8.50 pm

Monday, February 14, 2011

Jurnal Revolusi Mesir IV

sambungan....

4.30 ptg
sampai kat airport...okeh..kami terus cari port baik untuk letak barang2 semua..alhamdulillah..jumpe 1 tempat best..soo..ape lagi, kami sorong troli ramai2 dgn beg yg banyak2 tue..kepong tempat tu..hehe..nilah tanah jajahan kami J

5.30 ptg
Waktu terus berlalu. Kami dok melepak2 di situ.sembang2 dan ade yg baca al-quran..Ye la…semua dah buat keputusan nak lepak epot awal2, supaya esok pagi bole cepat2 beratur depan pejabat BMI. Azan dah masuk ni..terus amek wudhu dan solat berjemaah.
Kami duduk2 di surau bawah tanah tu sampai la isya masuk dlm kol 6.40. so, terus solat isya` sekali.


nilah tanah jajahan kami..hehe.. tolak 7 troli dan membuat bulatan..

8 mlm
Waktu berlalu terasa lambat je. X tau nak buat ape lagi nak tunggu esok. Sekarang ni musim sejuk, so malam lama la.Lagi la rasa mcm masa ni x bergerak pon.huu L
Soo..tok hilangkan bosan, kami semua makan2 la bekalan nasi goreng, roti sardin yg dibawak. Makan2 sambil sembang2.

9.30 mlm
Terasa masa2 kami x terisi. Haa..dapat 1 idea..jom baca Yassin ramai2..mana tahu Allah oermudahkan urusan kita semua.Start la baca Yassin.

10 mlm
Mata sesetengah org dah start mengantuk. Ade yg dah syahid atas troli.Ade yg dah tumbang kat atas lantai. Masing2 cari port baik utk melelapkan mata. Ade jugak yang pandai, pg jalan2 sambil minum2 dekat café terdekat.minum kopi. Haha..terbaek la..boleh la mereka tolong jagakan beg sementara semua org len nk tido malam ni.
mereka yg pegi berjalan2 tu kata.. "Huyyo..kat luar dengar bunyi tembak2..macam dekat palestin je rasa.."
aku hanya terbayang bunyi tembak2 dan kereta kebal lalu2..oh imaginasi :)

11 mlm
Masih berjaga. Ade yg membaca al-quran. Ade yg dah tido, terjaga sebab badan sakit tido atas troli. Ada yang pandai sgt, g tengok movie berfaedah. Dan ada yang masih berjaga sambil sembang2 dan membaca buku berfaedah.
Aku buat ape?? Hehe..lepak2 dekat surau(sambil melayan movie berfaedah)..maka aku pon tido lah di situ..


mereka2 yg terkorban :)

30 jan 2011
4.15 pagi
Ecah turun surau kat tingkat bawah ni, kejut semua org bangun. Jom bangun, alang2 tu boleh qiam sekali.kami semua pon bangun la..mamai2 terus masuk tandas, siap2 n amek wudhu..solat sunat dan tunggu subuh masuk, lalu kami solat subuh berjemaah..

6 pagi
Dah ade antara kami yang beratur depan pejabat BMI. Tapi xde gaya nak bukak pon.sian mereka, terlentok2 tunggu. Dah ade jugak 2-3 orang mat saleh beratur sekali.
Mereka sabar menanti.

7.30 pagi
Kesabaran menanti depan pejabat mmg menguji.penantian satu penyeksaan. Masing2 dah tarik muka. Dah lama kot tunggu depan ni,kejap diri, kejap duduk atas troli.kejap sembang2.kejap2 mengaji.tapi xde tanda2 nak bukak pon. Semalam janji nak bukak pukul 5 pagi.ni dah 7 lebih xde gaya pon..ade yang dah membebel2.

Kawan2 dah tanya aku.. ''mushe, bile nak bukak ni?? Dah tunggu lama dah ni??’

Aku hanya boleh cakap” kejap lagi kot..mane tahu pakcik2 pekerja tu tunggu habes perintah b`kurung kol 8, pastu baru nak pegi keje” ,padahal dalam hati berdebar2.jgn la pekerja ni x dtg..mmg akan menghampakan kami semua yg dah berkorban utk tido semalaman di epot ni.

8.30 pagi
Alhamdulillah..akhirnya penantian itu berhasil. Pekerja pejabat tu datang. Die bukak pejabat dan terus kwn2 aku serbu.aku hanya tunggu di luar je.

9 pagi
Resah. Mereka di dalam pejabat x keluar2 lagi.haaiii..lain macam je..akhirnya dalam 9.20 pagi camtu mereka keluar.
pekerja tu cakap, harini xde flight BMI ke London. Yang ade hanya lah ke New York..”
“haa??? Abes kita camne?? Semalam kata nak carikan..”
“dia tengah nak sambungkan dengan mana2 airways lain.die suroh aku datang balik pejabat tu, 2 jam lagi”
Aku tengok jam. Terus duduk. Tibe2 je rasa mcm harapan tue ade ke x?? mula rasa risau dan resah. Hurrmmm…tido je la kejap, sementara nak tggu 2 jam tu.
Mata aku mula terkatup tanpa aku sedari.

10.30 pagi
Terjaga. Mata dah x boleh tidur. Hati berdebar sangat. Masing2 pon nak hilangkan risau tu, bersembang2 dengan kawan2 sambil2 makan biskut dan minum air kosong.tue je bekalan yg tinggal sekarang.

11.30 pagi
Dah 2 jam berlalu. Tapi masih xde khabar berita. Baru je aku nak pegi serbu pejabat tu, datang En Ahmad, pekerja dekat pejabat BMI tu. “Until now I still can`t find any free flight to London. Hope u all just stay here, its easier for mr to reach u all if I get any information.Tq”

12.30 tgahari
Perut dah mula berkeroncong.lapar.baru perasan dari semalam makan macam x makan je. Tapi keadaan sekarang ni, mane ade kedai runcit nak beli ape2. Epot ni pon buzy giler dengan semua orang pon nak fly, tapi semua org pon stranded dlm ni. Nak masuk kaunter check –in pon sampai berebut2 macam tengah buat tawaf. Dah xde istilah beratur dalam hidup semua orang kat sini. Keadaan sgt2 tertekan. Bising dan masing2 pon berebut2.Aku hanya dapat memerhati sambil dalam hati, doa x henti2 moga allah permudahkan semuanya.


see..ramai giler org. macam buat haji dekat mekah.
kalau tgh jalan tue terjatuh ke, mmg nahas la.

1 tgahri
En Ahmad datang. Die cakap..dia akan cuba try buat kali terakhir ni. Pukul 2.30 tghari nanti, dia kan close kaunter check-in utk penerbangan ke London. Lepas tu dia akan check bape tempat lagi kosong. Then dia akan tolong seludup kami semua senyap2…
Aku dah terkata apa2. Ni je la harapan terakhir kami. Kalo x terbang jugak harini.mmg semua org pon akn down kot. Dah la tido kt epot 1 mlm pon menyeksakan. Kalau x dpt terbang jugak, duit tiket kami mmg burn camtu je la, bukan boleh dapat ganti rugi pon. Tpi aku fikir balek, ade flight ke London?? Tadi kata ke New York je ade..haii..macam2 la ..jgn dia kelentong kami sudah.
Susana masih tegang. Antara kami pon, ramai dah mula hilang sabar. Penantian tue yes, mmg menyeksakan. Aku hanya bole doa semoga hati aku cool dan semoga semua org pon bole bertahan lagi sampai kol 2.30 t.aku harap.

1.30 tghari
Lepas solat zohor tadi. Dah dpt tenaga sikit. Alhamdulillah. Tapi hati makin berdebar2. Risau.hepi.cuak.semua bercampur-baur. Berlaku sedikit adegan yg x diingini.
Ade beberapa org yang mengajak kami pulang ke rumah negeri masing2. “Dah korang dok sini tunggu2 pon, x sure ade tiket”
Hampa gile aku. Hati betul2 b`tegas nak bermalam jugak kt sini kalo xde tiket harini.
Tapi ade beberapa kawan aku dah mula x sedap hati, mula rasa nak balik rumah.keadaan dah makin x terkawal. Anis perasan benda ni, soo dia ajak kami semua baca Yassin. Tambahkan lagi tawakal kepada Allah. Kami pon membuat bulatan, amek al-quran masing2 dan mulakan bacaan Yassin.

Dalam hati aku time tue doa.. "Ya Allah, aku bukan lah Rasul-Mu yg maksum, bukan juga sahabat2mu yg hebat tapi hanya hamba-Mu yang hina, Tapi ya Allah kau perkenankanlah pinta kami. Jikalau rezeki kami utk terbang ke ireland, maka permudahkanlah urusan kami jika itu bukan rezeki kami, maka kau tenangkanlah hati kami. Ya Allah, jika kami x fly kali ni, mungkin sebahagian dari kami akn down dan x mungkin akan join tarbiyah ini lagi. Janganlah kau duga hati kami yg x sekuat mana ini..
Dan Tawakal aku sgt tinggi waktu ni.

2.15 ptg
Bacaan yassin selesai. Semua org dah semakin bertenang. Riak muka lepak je, tapi dalam hati allah je tahu kan?? Huu
Semua berdebar tggu pukul 2.30 ptg.

2.30 ptg
Akhirnya masa yg ditunggu tiba. Masing2 mencari2 En Ahmad tu. 10 minit kemudian dia dtg.. “Ok, now u all please go to this way, until in front of the gate. There I’ll take u. but please, be quiet!!”
Kami faham.masing2 terus amek beg masing2 dan berjalan menghala ke pintu depan. Tapi dalam hati nak gelak gak, macam buat keje x senonoh je kene gerak senyap2 n perlahan2..hehe
Akhirnya kami sampai kat depan pintu tu. Tunggu la En Ahmad, 5 minit later dia sampai, dia bawak kami semua masuk check-in tapi pakai pintu lain. Masing2 menarik nafas lega bila dah sampai depan kaunter check-in tu.

3.15 ptg
Masih depan kaunter check-in. semua org beratur dekat kaunter penerbangan ke London. Sampai2 je turn kami.. tibe2 seorang pegawai angkat tangan.. "sorry enough for today. U all can come tomorrow”
Haa??? Semua orang muka terpinga2. Dah tutup ke kaunter?? Esok?? Ade harapan lagi ke nak terbang esok?? Maunye Husni Mubarak tu tutup penerbangan keluar-masuk mesir. Mmg stuck la kami dlm ni..wuaaa..hati dan nak nangis, tp cuba cool lagi.
Tiba2 encik penyelamat, En ahmad tu datang. Dia bertekak sikit dengan pegawai tu dan alhamdulillah kami semua dapat masuk!! We’re in.. muka pakcik pegawai tu ketat je.huu..
Soo..ape lagi semua org sambung beratur balik utk check-in beg masing2.

3.30 ptg
Aku org terakhir yg check-in barang. Sebenarnya beg aku sgt berat. Tapi dah kabut2 ni x kesah dah tu sume. Kat kaunter aku dengar.. "Flight will be depart at 4 o’clock. Either with or without passenger. And the gate will close 30 minutes before departure"
Aku tengok jam. ..Lagi 30 minit.. what??? Sempat ke??
Lepas dapat je boarding pass..aku terus berlari masuk dalam. Tapi kawasan tu mmg sesak gile dengan semua org yg stuck jugak. Depan meja imigresen, haiii..ni mmg plg mencabar. Kitorg kene berebut dengan pakcik2 n makcik2 korea, arab, org puteh tok dpt cop imigresen tu. Haa…mula la keluar semua skill memotong barisan..(ni mmg sila jgn contohi)
Sampai la turn kami..tah camne rezeki kami, potong line dan dpt awal padahal sian org len dah berebut (bukan beratur ye!!) lama dah. Ade org arab tue sampai nangis2 kene tolak dgn kawan aku..org korea tu dah ngamuk2 kat kami maki-hamun..haila…mmg kami ni x patut dicontohi langsung. Malu pon ade.
Tapi kalau x buat, mmg tertinggal flight kan??

4.30 ptg
Baru melepasi semua rintangan dan imigresen2. En Ahmad tu bantu lagi. Dalam hati harap2 la kapal terbang x terbang lahi. Sila la tunggu kami!!!

5.00 ptg
Akhirnya….finally aku smpai jugak kat depan kapal terbang tu, lepas penat rebut2 nak mintak cop, lepas penat berlari2 nak check-in, lepas penat marathon nak sampai ke sini…dan alhamdulillah kapal terbang masih di situ…
Rezeki kami utk naik jugak kapal terbang ni even time tu dah kol 5.40 ptg..kwn aku org yang last sampai sambil diiringi En Ahmad.haha..malu kot..tapi alhamdulillah 3x :)

finally, kitorg dapat gak nek kapal terbang ni.. :)

Byk sgt yg aku dpt belajar dlm pengalaman ni. Bukan semua org merasa utk tido kat epot berbantalkan lengan berkatilkan troli. Dan kami dgn brutal nye dah buat semua ni.
Bukan semua org kene rebut2 nak mintak cop. Dan kami dgn skill tersendiri berjaya mendapatkannya.
Bukan semua org sanggup bertahan berjam2 menanti sesuatu yg x pasti dan alhamdulillah Allah pilih kami utk masih bertahan.

Dan bukan semua org Allah pilih utk rasa terbiyah (didikan) dan pengalaman sebegini dan Alhamdulillah Allah pilih kami jugak utk merasainya dan utk amek ape2 pengajaran drpdnya.
Then, kitorg smpai di London 4 jam kemudian, pukul 10 mlm serta dapat hotel utk tido mlm sementara nk tunggu flight ke dublin pukul 6.35 pagi esoknya, 31 jan 2011..

“sesungguhnya setiap kesusahan disertai dengan kesenangan..dan Aku sgt2 percaya dgn statement ni…!!”
Allah nak bg kami rasa susah tu supaya dgn susah tu, kita akan hargai kesenangan yg diberi kemudian..alhamdulillah 3x..\(^.^)/

till then~ thanks baca!!

Gombak
1.48 pm
14 feb 2011
p/s: mlm ni nak balik kg. x sabar nak merasa mee bandung Muar..terbaek lah!!!!


Sunday, February 13, 2011

Hari ini?


Alhamdulillah...sudah selamat menjejak kan kaki di tanah melayu terchenta...

ermm....sampai2 je pukul 8.30 malam dekat rumah...
dah dapat tast 1- "angah, amek kan hakim dari tusyen yer jap lg.pukul 10..TQ"

haha..baru je plan nak tergolek2 atas katil...
tapi tue la..Allah sebaik2 perancang..
mungkin la Allah dah tetapkan tok aku balik malaysia even kejap ni..
utk berbakti kpd mak ayah..dan alang2 tue bibik skrg mmg tengah cuti...

tambah2 lagi..sayu je tengok rumah bersepah2..and rumput pon semua dah panjang..maybe along dah potong dulu..tp maybe it is 3 weeks ago...dah panjang balik skrg..

and now...i`m bibik, supir n gardener...OK!! sila ikhlas kan hati ye mushee..:) Allah nak kasik pahala lebih tue..:)

alhamdulillah ala kulli hal...
******************************************************

alhamdulillah jugak..
11 feb 2011..1805 pm waktu Mesir...
tarikh bersejarah bagi semua rakyat Mesir..
rusuhan mereka selama ini, berjaya membuahkan hasil..
finally, Husni Mubarak melepaskan jawatannya..
berakhirla penderitaan rakyat buat 30 tahun yg lepas...

cuma misterinya sekarang ialah..siapa yang akan gantikan Husni?? jangan la puak2 tali barut die jugak..kalo camtu, sampai bila2 la mesir mmg akan jd negara diktator..
:(

***************************************************************

ermm..mood mcm xde sikit tok sambung jurnal tue..
tapi kalau aku nak bebel pasal bende lain sikit bole x??
thanks..:)


teringat kata-seorang doctor muda yg aku jumpa di Cork, Ireland...waktu die tengah bebel2 kami..huu..

"Akak call la Em, tanya kan semua orang ok ke kat Malaysian Hall tu...dan diorg alhamdulillah OK la..tapi cuba teka ape junior2 kamu semua buat??"

"diorang boleh tengok movie korea dari pagi sampai malam.."

"Hello...macam mana boleh jadi macam tu...Egypt now are in the middle of making the
history, u're in the middle of it. and you can just watch the movie??"

"this is the failure of the system.."


THIS IS THE FAILURE OF THE SYSTEM....

SYSTEM apakah?? sistem pelajaran kita la...

cuba anda semua bayangkan..adakah sistem pelajaran di malaysia ni sgt2 berkesan untuk melahirkan seorang individu?? yang ade intelektual dan spiritual??

or hanya just nak hasilkan individu yang pandai nak rak..bole hapal macam2 buku medic yg tebal2 tu..tapi x boleh nak fikirkan masalah umat sekarang..and lagi malu la, org yg ade intelectual macam tu langsung x tahu perkembangan isu semasa...wahlal benda dah jadi depan mata je...(aku sgt2 terasa.sbb sebelum ni mmg camtu jugak)

this is the failure of the system..ke failure diri sendiri yg x develop character tu dalam diri??

Teringat pagi tadi..aku call adek kesayangan aku kat UITM kuala pilah....

"acah, tahu x kenapa org2 mesir mengamuk??"

"haha..x tahu langsung ngah.kalau la Malaysia ni kene bom sekalipun..acah x tahu pon"

dan aku hanya membalas sinis.."dok ceruk kampung org asli ke??"


see...how can this happen..??

ni kata2 seorang siswa..yang kalau dah masuk universiti tu..terpelajar la kan?? Tapi x bole nak pikirkan isu semasa.... apakah nak jadi dengan rakyat2 malaysia sekalian??

kalaulah rusuhan2 yg jadi kat mesir tue jadi kat malaysia??
ermm..aku x bole bayang bape lama je kita bertahan...
dan kalau la malaysia ni diserang musuh ke..Aku x rase kita semua boleh bergabung tenaga, bersatu hati menentang...sebab nye...masing2 pun takut dan buat hal sendiri..setiap hari pon fikir kan hal diri sendiri je..hari ni nak pakai baju ape, nak makan ape, nak masak ape, nak belajar ape...xde makna nye nak sesakkan fikiran fikirkan hal org lain..kan??

kalau macam ni la pemuda2 dan remaja2 kita.jangankan negara, nak merdeka kan diri sendiri pun payah kot....betul x??

seramai lebih 2 juta makmum berimamkan seorang imam mase solat Jumaat 11 feb 2011
(hari Husni Mubarak meletakkn jawatan)


ermm..aku x boleh bayang la..kalau la tengah kene serang jepun ke, bole lagi tengok movie?? Ermm..tah la...kot ye pon..maybe boleh masing2 cuba banyak2 kan doa dan pergantungan kepada allah..
tapi bile fikiran dah di alam lain..alam korea, jepun etc..mmg rasa mcm dunia ni indah je..xde pape berlaku..padahal..hakikatnya semua org pon dalam waktu darurat..huu...(T__T)



gombak
1.29 am


p/s: Em dan junior2 tersebut ditempatkan di malaysia hall Cairo sebelum beramai2 di hantar ke Jeddah..ni mase tengah rusuhan2 semua..dan time tue aku dah berada di bumi ireland...

p/s 2: x sabar nak habiskan jurnal..tapi buat msa skrg ni pause kejap..sorri...xde mood nak menulis :(

Tuesday, February 8, 2011

Jurnal Revolusi Mesir III


29 jan


2 pagi
Tiba2 Allah datangkan seorang sahabat ke rumah kami. Dan yg lebih best die datang dgn kereta..
Haa...tiba2 terbunga harapan utk ke airport..dah ade kete..ape lagi..Ecah, Sheeda dan Kak Nadia pon jadi wakil kitorg g airport..nak tengok je dulu status flight kami camne.kot2 delay esok pagi,bole la datang lepas abes masa Curfew..

3 pagi
Mereka balik..tapi..dengan kabar yg x best..FLIGHT KITA CANCEL..org lain punye flight semua
delay tapi kita punye mmg cancel. Ade org suroh dtg ke office BMI utk deal balik kol 8 pagi sok.
dgn pasrah, aku terus tarik selimut sambung tido :(

8 pagi
aku,ecah,anis n hajar siap2 pg airport.Naik teksi. Sepanjang jalan raya..mmg nampak la kereta kebal, kereta hangus kene bakar mlm smlm. Ecah cakap malam semalam lagi seram.macam kat palestin. dengar je bunyi tembakan semua. kereta pon kene geledah. Tapi alhamdulillah, jln raya lengang je kecuali bile nk masuk kawasan airport tue, ade road block sikit la.Tapi teksi kami dpt masuk je, alhamdulillah

8.30 pagi
terjumpa dengan sahabat2 dari alex, yang jugak sama flight dgn kami, 7 orang semua. Kesian tengok diorg, dah la sampai penat2 jauh2 dari alex nak ke cairo airport ni dlm 4 jam,
sampai2 kol 4 pagi tgok Flight CANCEL. So, diorg mmg tido je kat airport tu. kami beratur di depan pejabat BMI (British Airways).

9.15 pagi
dah abes deal....MAlangnya, flight harini ke LONDON semua dah penuh, just kawan2 dari alex tue je sempat masuk. 7 org je lepas..yang lain2 tu, 15 orang stuck. Pegawai BMI, EN Ahmad suroh kami dtg lagi esok pagi pukul 5 utk deal balik kalo ade flight esok ke london. kalau ade, ade la tapi kalau xde, xde la.Tu je kesudahannya.

10 pagi
sampai rumah dengan hampa. Hampa sangat. x tau kenapa. Maybe Allah nak uji lagi kami
kan???

12 tgahri
waktu zohor dah masuk. Aku siap2 solat. baru teringat, harini ade kenduri kahwin seorang classmate aku. Haila,...maybe Allah x terbangkan kami sebab nak suroh pergi kenduri ni ke?? huu..terus siap2 pakai baju cantek nak pegi kenduri kawen..(dalam hati, hebatnya..time2 darurat ni, bole je nak kawen..dah la mmg internet xde n line nak call or sms pon xde..x tergendala ke majlis??)

2 tgahri
aku sampai ke Rumah Negeri Kelantan, tempat majlis berlangsung. Masuk2 je, nampak
mempelai. Cantik dan berseri2. Mungkin rezeki dia kawen masa2 ni. Tapi sheeda sempat tanya pengantin..."mak ayah cakap ape sebelum nikah pagi tadi??"

pengantin jawab.."tak dapat nak call mak ayah pun. Line xde.."
aku terdiam dan terus sambung makan. Sayu jugak bile hari bahagia kita xde mak ayah nak raikan sekali kan?? Ya Allah tabahnya dia...


ni gambar mase kenduri tu..

2.30 ptg
waktu syok2 makan n tangkap gambar dengan pengantin, tibe naik seorang ustaz. Nak buat announcement.."perhatian kepada semua jemputan, tadi pihak polis mesir datang. Mereka suroh stop kan walimah ni pada pukul 3 ptg. Dan terus balik rumah masing2, jangan merayau2. Harini tempoh Curfew kita start pukul 4 ptg sampai pkul 8 pagi esok..."

selesai announcement tue, aku terdengar pengantin cakap dalam nada slow.."ni la nasib kawen time darurat"
aku tersenyum je. Terus aku salam2 pengantin dan nak balik umah cepat2..

3 ptg
sampai di rumah. terus kecoh2 bincang dengan kawan2 semua.. "tempoh curfew dah makin awal. dan esok pkul 8 bvaru habis. Tapi kita nak kene ade kat pejabat BMI pukul 5 pagi..so, camne?? gerak siap2 before pukul 4 nak?? senagn sikit..tapi kene bermalam kat airport la..."

semua setuju dan terus siap2 n bawak beg turun ke bawah.

3.15 ptg
azan asar kedengaran. Aku terus solat. lepas hsbis tu terus bawak beg masuk teksi. teksi pon punya lah susah nak carik. semua teksi pon penuh. Tapi alhamdulillah ade jugak 3 teksi yg sudi bawak kami je airport.

lepas angakat barang2 naik teksi,. kami deal harga...MasyaAllah, terkejut sangat2..Pemandu tu mintaj tambang 3x ganda.. Ternganga jugak la..ade ke buase nye dlm LE20 je. Tapi pakcik tu nak LE60. nak xnk, terpaksa la kene ketuk, dah xde jalan lain. kami pun naik dan terus berkejar ke sane. Pakcik teksi pon bising, nak pkul 4 ni. Mane bole ade kereta atas jalan raya ..bla2...kami tadah telingan je.Redha.


4.30 ptg
sampai kat airport...

[bersambung..]

Monday, February 7, 2011

Jurnal Revolusi Mesir II

alhamdulillah....
masih diberi nikmat Allah utk menulis lagi...

ok..sambungan...

28 jan

5 pagi

alhamdulillah.pagi tue bangun seperti biase utk menyempurnakan kewajipan seorang hamba kepada tuhannya. teringat kan najla, my housemate. Dia sepatutnya dah naik kapal terbang ke UK pukul 4 pagi tadi.sorang2 pulak tu. Semoga Allah bersamanya. Lepas amek wudhu, aku kejutkan kawan2 lain utk solat sekali.Then masa nak tunggu kwn2 lain siap, aku on la laptop sekejap, ingat nak call family lps ni. Aku terus connect ke internet...loading2...
then lame lepas tu baru aku perasan.."internet dah putus...!! "Ya Allah...time2 camni la internet nak putus..sgt2 terkilan sebab x dpt nak call family. tue la, dalam hati asyik mengutuk diri sendiri, sape suroh bertangguh. xpe la...maybe boleh call pakai phone kot jap lagi even mahal gile.

6.45 pagi
selesai solat subuh berjemaah dan membaca ma`thurat beramai2.tiba2 Ecah ketuk pintu rumah aku, ecah ni jiran tingkat bawah..
"mushee, aku nak pulangkan kete ni, kete yang pinjam buat hantar najla pagi airport tadi.Pakcik tu suroh pulangkan kereta sekarang. Alang2 tue jom la pagi main bola sekali nak?? alang2 ade kereta"

Ok..aku setuju je dan terus siap2, tukar baju, makan sikit2 dan amek bola terus keluar rumah.

7.20 pagi
kami menaiki kereta, aku, ecah,atiqah dan syeeda. Our destination is Hayyu Asyer. harini hari jumaat. weekend kat mesir.biasenye pagi2 ni, kereta x banyak.so berani la nak drive. dan alang2 dah lepas exam, sgt2 teringin utk bermain2 bola keranjang..huu..rindu...
kereta terus meluncur di atas jalan raya dan alhamdulillah selamat sampai tanpa ape2 jem.

8.15 pagi
ade kat tepi court. dah warm-up tadi tapi tengah tunggu ramai2 orang lagi. mane cukup nak main 4 orang je. yang lain semua tgh on the way. mmg janji melayu la kan?? kalo janji kol 8, kol 8 tue sebenarnya baru nak kuar umah..alahai..kene berubah ni.

8.40 pagi
baru semua orang sampai.mulakan permainan. Tapi aku ingat nak sms parents kat malaysia, tapi sgt2 terkejut bila kawan2 cakap talian sms dah diputuskan semalam lagi.so, kalo send sms pon, mmg la takkan sampai. Soo SAD!! aku nak call mak ayah, tapi kredit x cukup lak. seminit ade la dlm LE5.5o. mane nak cukup kredit.. so, cadangnye lepas main kol 10 nanti nak cari topup la. Aku sempat call lagi atiqah zul. seorang lagi player yang x sampai2.then terus letak phone and masuk court.

10.15 pagi
alhamdulillah..dah abes main. puas hati dapat keluarkan peluh.
aku tengok handphone, 1 miss call..wow...time2 ni pun ade orang nak call..aku terus call balik orang tu, aida...dia suro pesankan kepada tiqah, suroh pulangkan kunci rumah Hunain. Sambil2 call tu tangan siap2 nak berkemas balik rumah. nak kene kemas brg harini, esok dah nak pergi jalan2 lawat kawan kat ireland.Ok, set in mind.kemas barang hari ni k??

10.30 pagi
tengah tunggu tremco dekat asyer. nak balik rumah dekat hayyu sabiek. pagi tadi pergi ade la kereta, tapi nak balik ni kene balik sendiri.huuu..malas nye!! Sambil2 tunggu tremco, aku cuba call tiqah. Nak cakap suroh pulangkan kunci tu. Tapi tengok2 kat handphone, NO NETWORK COVERAGE!!

alamak...xde line dah!! teringat khabar angin yang harini kan solat jumaat, soo lepas solat tue org2 mesir nak buat rusuhan yang lagi dahsyat. So, maybe kerajaan putuskan line utk call supaya perancangan mereka terganggu . Aduhai...macam mane ni.dah la x call mak ayah lagi..huuu...mmg dalam hati menyesal yang amat la, bertangguh x call mak ayah. X la rindu sgt sampai kene call tiap2 mggu, tapi at least kasi mereka x risaukan keadaan kita kat mesir ni. Aduh, rase bersalah sgt2.

tremco sampai, aku naik, tapi x terus balik rumah pon. nak singgah gami` jap, nak beli barang2 rumah.

12 tgahari
masih berpusing2 di gami`. mencari stok makanan. risau sgt2 kalau harga akan naik mendadak nanti and plus kami semua akn tinggalkan rumah 2 mggu. soo, kene sediakan stok makanan, takut after 2 mggu t xde makanan lak. pusing2 di gami` akhirnya belilah beras 5 kilo, gula 10 peket, garam 2 peket, minyak 3 kilo. Ok. ready nak balik umah.

1 petang
sampai di rumah.dengan tangan yang penuh gile dengan barang yang berat nak rak. bayangkan aku dengan ecah je, sorang bawak 10 kilo naik bus pulak tu..aduyai.. sampai2 rumah je mmg muscle cramp la.huhu..

lepas zohor tanpa aku sedari dah terlelap atas katil. sedar2 je dah asar pukul 3 ptg. terus bangun utk solat asar.

4 ptg
lepas abes solat, sempat baca ma`thurat kejap. Aku siap2. nak kene pegi rumah seseorang, amek barang yang nak dikirimkan kepada kwn lain dekat ireland. disebab kan kami sekarang dah kembali ke zaman kuno, mmg xde line nak call..so, cara berkomunikasi hanyalah dengan kaki..pegi dari rumah ke rumah. nak hantar burung merpati pon xde.huu

6 ptg
selamat sampai di rumah semula. tadi sempat amek seorang kawan di rumah KL,Farhana. dia pun nak join jugak trip ke ireland tue. sepatutnye flight kami esok pagi pukul 8 pagi. So, kene pegi check-in pukul 5 pagi la. ingatkan nak gerak ramai2 dari umah aku. Sampai2 rumah terus buzy kemas2 beg dan kemas2 rumah.

8 mlm
Ecah datang rumah. "korang, abesla...macam mane nak pargi airport ni?? Line xde. X bole nak call pakcik driver yang nak antar kite kat airport...!"

anis pun sambung.."tau x sekarang ni Kerajaan dah isytiharkan darurat?? sekarang ni pukul 6 mlm sampai 7 pagi esok adalah tempoh berkurung. kene duduk rumah, x boleh keluar rumah langsung. Takut2 terkena apa2 dekat luar, polis2 pun akan lepaskan je tembakan merata-rata."

OK..Otak terus blank..macam mana ni?? dah la nak kene check-in pukul 5 pagi. Curfew pulak sekarang. mane nak cari transport nak pagi airport?? bukan sorang dua, trip kitorang ni ade la 15 orang. Nak cari teksi pun xde waktu2 skrg ni. Curfew!!

Terus buntu. teringat jiran bawah rumah. kami cuba mintak tolong pakcik tue carikan apa2 transport ke airport. kebetulan anak dia 2 org polis. mane tahu bole tolong apa2 ke..
tapi pakcik tu lepas dia dah cuba call macam2(call pakai number rumah x kene block)...dia hanya pasrah.."mintak maaf, aku dah cuba nak tolong kamu semua. Tapi sekarang tempoh berkurung, x bole ade apa2 kenderaan atas jalan raya melainkan kereta polis atau ambulans je. Dan sesiapa yang nak keluar rumah, kene ade polis sekali dengannya. Bole kene tangkap kalau x ikut arahan. so, aku cadangkan korang semua balik rumah tidur je la. Bgn pagi esok baru pergi sana"

cess...macam tue je..mmg xde pilihan lain la. nak keluar x bole. tapi mmg takut sagt la tiket tu burn macam tu je. Tapi ape bole buat, mmg kami semua balik rumah dan tidur je.


[bersambung...]

Sunday, February 6, 2011

Jurnal Revolusi Mesir 2011

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah 3x..Allah masih bagi kesempatan utk aku menghirup udara nya..masih dipinjamkan nyawa utk beribadah kepadanya...

dan alhamdulillah Allah masih sayangkan aku, hambanya yg xde ape2 pun...

ok..jurnal ni aku tuliskan..utk tatapan semua...semoga boleh diambil iktibar dan cuba merasai ape yang aku alami..insyaAllah...

Revolusi Mesir ni merupakan rusuhan yang dibangkitkan oleh rakyat2 mesir lebih2 lagi org muda...yang tercetus daripada kebangkitan Tunisia baru-baru ni..
Soo.. orang2 Mesir amek la contoh daripada tu utk bangkit beramai2 menggulingkan presiden mereka, Husni Mubarak. Husni dah memerintah mesir lebih kurang 30 tahun..lame kot..aku pon x lahir lagi mase tue..sedangkan lepas aku lahir pun Malaysia dah berubah 3 Perdana Menteri sampai sekarang ni.

Pemerintahan Husni kuku besi. sgt menzalimi rakyat Mesir. Bayangkan, kerajaan sangatlah kaya tetapi rakyat2 ramai je yang merempat,mengemis dan homeless. Pembangunan apelah sangat, padahal cukai dibayar je setiap tahun. wahlal, semakin kaya lagi kerajaan, tetapi semakin miskin rakyat. sedangkan gaji seorang doktor di Mesir pun, boleh jadi lagi murah daripada biasiswa pelajar Malaysia di Mesir. mungkin LE1500 je sebulan yg lebih kurang RM 700. Macam gaji seorang pekerja Mc'D lepasan SPM je kan?? Apelah sgt nilainya. See, tu baru doktor...soo, semua boleh la bayangkan lagi lain2 kan??

Oleh sebab itulah, x hairan lah kalau rakyat2 bangkit beramai2 menentang kerajaan yg diktator.

Mereka start membuat rusuhan pada 25 januari 2011.
waktu ni aku masih lagi dlm peperiksaan utk paper terakhir. x sedar sgt pon ape yang berlaku. Just dengar2 berita mcm tue je la. tak amek pot pon ape yg berlaku di sekeliling sebab dlm otak serabut pikir pasal parasitology. Tapi dengar cerita METRO (train) yang melalui kawasan rusuhan x berhenti di stesen nye. Takut ape2 yg buruk terjadi.

26 jan 2011
hidup seperti biase. Rusuhan hanya terlihat di television. takde ape2 yang bahaya.

27 jan 2011
hari terakhir periksa utk sem ni. Sgt lega. Dah abes buku nak kene baca.
Petang tu ade kelas sirah di Sayeda. Sejam jugak nak pergi Sayeda ni dari umah aku. and plus Sayeda tue lebih dekat dengan kawasan rusuhan, Tahrir Square. So, lepas habes paper, terus amek tremco ke ramsis dan naik tren ke Sayeda. Sampai di Sayeda pukul 3.30 ptg. Sempat makan lunch dengan Anisa Farihin dan lepas asar tue terus ke kelas sirah oleh ust mahmud.

9 mlm
kelas tamat. dengan rase tepu (sebab kelas dlm bahasa Arab, penat otak bekerja utk translate dari bahasa arab ke bahasa melayu.huu) aku singgah di rumah Anfaal utk solat sekejap sebelum pulang ke rumah. Dekat sana la terdengar ura-ura pasal harga barang maybe akan naik. Rusuhan maybe akan melarat dan mungkin Mesir akan mengalami Darurat. Barulah kat sini aku tahu kisah sebenar kebangkitan rakyat Mesir ni yang selama ni aku dengar2 je org cakap.

10.30 mLm
masih di rumah Anfaal. tapi kami digemparkan dengan berita..."Facebook dah disekat!!! sebab ura-ura mengatakan rusuhan ni bermula dari FB".. x boleh dah nak access ke FB. aku menarik nafas. dalam hati lega, nasib naik aku x kisah sgt pasal FB ni.huu..tapi hati terdetik utk call parents di Malaysia since dah semingu lebih x call mereka.
tapi niat terpaksa ditangguhkan kerana kesuntukan masa. Lepas ni nak berkejar balik rumah pulak. maybe call dkt rumah je la.

11 mlm
aku pun keluar dari Anfaal utk pulang ke rumah. seminit kemudian aku ternampak segerombolan pemuda2 Mesir berarak beramai2 sambil bawak api, parang dan kayu sambil jerit2. tapi aku x paham ape yg mereka jeritkan tu. Seram jugak la. X sangka depan mata nampak sendiri benda2 macam ni. Aku dan rakan2 terus mempercepatkan langkah. guna jalan lain utk ke stesen METRO utk balik ke rumah.

12 mlm
Alhamdulillah sampai selamat di rumah. teringat utk call mak ayah. Tapi sebab ngantuk sgt, terus pengsan atas katil smpai la ke subuh.


[bersambung...]