Pages

Tuesday, February 8, 2011

Jurnal Revolusi Mesir III


29 jan


2 pagi
Tiba2 Allah datangkan seorang sahabat ke rumah kami. Dan yg lebih best die datang dgn kereta..
Haa...tiba2 terbunga harapan utk ke airport..dah ade kete..ape lagi..Ecah, Sheeda dan Kak Nadia pon jadi wakil kitorg g airport..nak tengok je dulu status flight kami camne.kot2 delay esok pagi,bole la datang lepas abes masa Curfew..

3 pagi
Mereka balik..tapi..dengan kabar yg x best..FLIGHT KITA CANCEL..org lain punye flight semua
delay tapi kita punye mmg cancel. Ade org suroh dtg ke office BMI utk deal balik kol 8 pagi sok.
dgn pasrah, aku terus tarik selimut sambung tido :(

8 pagi
aku,ecah,anis n hajar siap2 pg airport.Naik teksi. Sepanjang jalan raya..mmg nampak la kereta kebal, kereta hangus kene bakar mlm smlm. Ecah cakap malam semalam lagi seram.macam kat palestin. dengar je bunyi tembakan semua. kereta pon kene geledah. Tapi alhamdulillah, jln raya lengang je kecuali bile nk masuk kawasan airport tue, ade road block sikit la.Tapi teksi kami dpt masuk je, alhamdulillah

8.30 pagi
terjumpa dengan sahabat2 dari alex, yang jugak sama flight dgn kami, 7 orang semua. Kesian tengok diorg, dah la sampai penat2 jauh2 dari alex nak ke cairo airport ni dlm 4 jam,
sampai2 kol 4 pagi tgok Flight CANCEL. So, diorg mmg tido je kat airport tu. kami beratur di depan pejabat BMI (British Airways).

9.15 pagi
dah abes deal....MAlangnya, flight harini ke LONDON semua dah penuh, just kawan2 dari alex tue je sempat masuk. 7 org je lepas..yang lain2 tu, 15 orang stuck. Pegawai BMI, EN Ahmad suroh kami dtg lagi esok pagi pukul 5 utk deal balik kalo ade flight esok ke london. kalau ade, ade la tapi kalau xde, xde la.Tu je kesudahannya.

10 pagi
sampai rumah dengan hampa. Hampa sangat. x tau kenapa. Maybe Allah nak uji lagi kami
kan???

12 tgahri
waktu zohor dah masuk. Aku siap2 solat. baru teringat, harini ade kenduri kahwin seorang classmate aku. Haila,...maybe Allah x terbangkan kami sebab nak suroh pergi kenduri ni ke?? huu..terus siap2 pakai baju cantek nak pegi kenduri kawen..(dalam hati, hebatnya..time2 darurat ni, bole je nak kawen..dah la mmg internet xde n line nak call or sms pon xde..x tergendala ke majlis??)

2 tgahri
aku sampai ke Rumah Negeri Kelantan, tempat majlis berlangsung. Masuk2 je, nampak
mempelai. Cantik dan berseri2. Mungkin rezeki dia kawen masa2 ni. Tapi sheeda sempat tanya pengantin..."mak ayah cakap ape sebelum nikah pagi tadi??"

pengantin jawab.."tak dapat nak call mak ayah pun. Line xde.."
aku terdiam dan terus sambung makan. Sayu jugak bile hari bahagia kita xde mak ayah nak raikan sekali kan?? Ya Allah tabahnya dia...


ni gambar mase kenduri tu..

2.30 ptg
waktu syok2 makan n tangkap gambar dengan pengantin, tibe naik seorang ustaz. Nak buat announcement.."perhatian kepada semua jemputan, tadi pihak polis mesir datang. Mereka suroh stop kan walimah ni pada pukul 3 ptg. Dan terus balik rumah masing2, jangan merayau2. Harini tempoh Curfew kita start pukul 4 ptg sampai pkul 8 pagi esok..."

selesai announcement tue, aku terdengar pengantin cakap dalam nada slow.."ni la nasib kawen time darurat"
aku tersenyum je. Terus aku salam2 pengantin dan nak balik umah cepat2..

3 ptg
sampai di rumah. terus kecoh2 bincang dengan kawan2 semua.. "tempoh curfew dah makin awal. dan esok pkul 8 bvaru habis. Tapi kita nak kene ade kat pejabat BMI pukul 5 pagi..so, camne?? gerak siap2 before pukul 4 nak?? senagn sikit..tapi kene bermalam kat airport la..."

semua setuju dan terus siap2 n bawak beg turun ke bawah.

3.15 ptg
azan asar kedengaran. Aku terus solat. lepas hsbis tu terus bawak beg masuk teksi. teksi pon punya lah susah nak carik. semua teksi pon penuh. Tapi alhamdulillah ade jugak 3 teksi yg sudi bawak kami je airport.

lepas angakat barang2 naik teksi,. kami deal harga...MasyaAllah, terkejut sangat2..Pemandu tu mintaj tambang 3x ganda.. Ternganga jugak la..ade ke buase nye dlm LE20 je. Tapi pakcik tu nak LE60. nak xnk, terpaksa la kene ketuk, dah xde jalan lain. kami pun naik dan terus berkejar ke sane. Pakcik teksi pon bising, nak pkul 4 ni. Mane bole ade kereta atas jalan raya ..bla2...kami tadah telingan je.Redha.


4.30 ptg
sampai kat airport...

[bersambung..]

No comments:

Post a Comment