Pages

Thursday, December 29, 2011

Kakak Chantek




Tengah blogwalking tadi...jalan2 dekat blog seorang kakak chantek...
teringat komen seseorang tentang akak ni...

"ermm..even nampak akak ni mcm tak dpt nk commit semua program2 tarbiah kita..
sebab buzy hal keluarga...dan sebab ade org di malaysia dah larang supaya tak keluar malam..
( di mana kadang2 kami terpaksa meeting pd waktu mlm)

Tapi, tarbiah tu meresap ke dalam setiap sendi dan darah akak ni... 
apa yang dia cakap...cukup untuk mentarbiah kita-kita yang mendengar..
apa2 yang dia buat, cukup untuk mengingatkan kita kpd-Nya..
apa2 yang dia share, sangat2 bersungguh-sungguh dan datangnya dari hati. Sangat ruhiyy~

kiranya, Tarbiah tu memang meresap sebati dalam dirinya...
walaupun kita nampak macam dia tak aktif sangat berdakwah macam orang lain.." ~

*Insaf!! kadang2 kita cakap je berabuk..tersembur-sembur air liur...
tapi amalan kita selari tak dengan percakapan kita???

Cukuplah ayat kedua dan ketiga dari Surah Saff ni dapat mengoyak-rabakkan hati kita...
Kalau kita cakap tak serupa bikin!

"Wahai orang-orang beriman, mengapa kamu katakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan??"
" Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan"

 (As-saff: 2-3) 

Allah! Allah!

Terbaru, sedang membaca buku Dalam Dakapan Ukhwah karangan Salim A. Fillah...
cukup basah dan merobek-robekkan hati yang kering~


aku takjub pada orang yg suka dipuji atas apa yg tak dilakukannya,

aku takjub pada orang yg suka dikagumi, atas hal yg bukan miliknya,

aku takjub pada orang yg merasa benar dengan menyalahkan kawan,

aku takjub pada orang yg merasa mulia dengan menghinakan sesama,

dan semua itu akn kuringkaskan menjadi: Aku takjub pada diriku sendiri...

-Salim A. Fillah-


p/s: Ya Allah, tak mahu walau secalit pun akhlak ahli neraka itu ada pada diri kita..."

p/s 2: Gambar di atas tiada kaitan dengan tajuk~ :)




bait amru,
1.53am

Tuesday, December 27, 2011

ECG


KEHIDUPAN ni macam ECG, 
ada turun naik..
ada time kita berada kat atas,
dan ada masa time kita berada di bawah..
tapi kalau mendatar je,
hurmm..jawapnya dah mati lah tu~ :)

daie tu doktor jiwa la kan??


and....same goes to DAKWAH...

DAKWAH ni pun macam ECG...
ada turun naik,
ada susah senang..
kalau la mendatar je, xde cabaran langsung..

hurmmm....
maknanya tak buat keje lagi la tu~ 

(^.^)


bait amru,
2.30 pm.

Tuesday, December 20, 2011

Mata

Salam alaik~


haaaacuum...
aduuhh..berhabuk..


lama sgt x update.. huu...sorry sgt2...
nak cakap ape lagi?? 


Lately, sangat2 buzy (huk2..bile pulak yg x bz kn?? huu)
and Alhamdulillah..skrg dah msuk posting baru..now i`m in Ophtalmology posting...
Bahagian mata...


Awal2 sebelum nak masuk posting ni, aku wonder..best ke posting ni eyh??
dan otak cakap..."haih, awak dah rabun tu, g la belajar rajin2 pasal mata ni" :)


And Subhanallah....Maha Suci Allah...
Mata yang saiznya 2.4cm sphere, 
kalau nak compare..hanyalah beberapa centimeter je daripada badan kita...
memiliki fungsi yang sangat haibat...
dan semua orang pun mengaku, kalau la tanpa mata ni, mmg huru-hara lah kita dlm nk menjalani rutin harian hidup kita...


Even kalau ada kecacatan sikit pun, penglihatan kita akan kabur...


rasa sangat2 kagum dengan mereka2 yang istimewa...
yang Allah tak kurniakan mata kepada mereka, tetapi mereka melihat dengan mata hati...


And compare dengan kita ni, yang ada mata, dua2 belah berfungsi elok je, tapi x guna kan nikmat ni baik2 pun...Astaghfirullahal a`zim...


Tak bole bayang macam mana kalau Allah tarik balik nikmat mata ni, even dalam sejam pun..mesti haru-biru kehidupan kita kan???  *Insaf T__T*


and nak tahu tak???
ada satu penyakit ni, nama dia Trichiasis...
Which is the patient has maldirected eye lashes...maksudnya, posisi bulu mata pesakit ni tak normal...kalau biasenye kalau kita perasan, bulu mata akan menghala ke luar kan?? tapi pesakit ni, bulu mata dia menghala ke dalam...dan dia akan sentuh dan menyapu cornea dan conjunctiva (for protection for eye)..


So, pesakit akan mengadu ade bahan asing dalam mata dia, rasa x selesa, mata berair dan merah2...sebabnya simple je, sebab bulu mata tu,masuk ke dalam mata...


dan kalau tak rawat cepat2 penyakit ni, akan menyebabkan corneal ulcer dan lebih teruk lagi, akan menganggu penglihatan disebabkan oleh opacity of the cornea.


Jangan tak tahu, penyakit kecik macam ni pun...rawatannya dengan surgery tau!! (kalau bulu mata melebihi 4 helai)...


kalau perasan, bulu mata bawah dia, yg tengah2 tu masuk ke dalam...


Subhanallah...BULU MATA...yang kita tak pernah pun hargai kehadiran nya, rupa2 nya kalau ada kecacatan sikit pun...memang tak selesa dan akan memudaratkan...


Subhanallah... Betapa banyaknya nikmat Allah yang dah kita dapat...tapi kita memang manusia yang tak sedar pun semua ni.. apatah lagi nak bersyukur kan???


*Sentap!!*


"Maka nikmat Allah yang manakah yang ingin engkau dustakan?" (Ar-Rahman: 13)


dan Allah ulang ayat ni sebanyak 33 kali dalam surah Ar-Rahman ni..
menunjukkan betapa memang fitrah manusia ni, kalau dalam bahasa kasarnya,
tak mengenang budi lah....


aduhh.. T__T




dan cerita tentang nikmat Allah ni, memang kita tak dapat nak balas balik melainkan dengan buat apa yang Allah suruh, dan tinggalkan apa yang Allah larang...dan mensyukuri nikmat-nikmat ni dan gunakan untuk Islam..bukannya menambah lagi maksiat dan dosa dengan nikmat2 yang Allah bagi ni...


InsyaAllah...


dan ingat balik tujuan hidup kita...
macam dalam surah Az-zariyat: 56 dan surah al-baqarah:30...


Jom belajar elok2 agama ISLAM terchenta ni...
kata kita dah islam sejak lahir kan?? sejak keluar dari perut ibu...
tapi ada nilai ke keislaman kita???


kita bukan nak meramaikan orang2 islam kat muka bumi ni yang memiliki angka 0..
yang mana bila didarabkan dengan ribuan atau jutaan pun, tetap jawapannya 0.
(betul kan?? contohnya: bilangan umat islam di bumi ni adalah 1 juta dan bila didarabkan dengan kita seorang yang nilai keislamannya 0, 1 juta x 0 = 0 )

Tapi kita nak meramaikan umat islam yang nilai seorang, bersamaan beribu2 atau jutaan...
InsyAllah. Ameenn.....

apa lagi, jom kita baiki diri dan ajak orang lain jadi baik sekali?? (^.^)



bait amru, 
11.34 pm,
25 muharram 1433H