Pages

Sunday, December 23, 2012

Nak dapatkan Chenta Allah?



Dari Abu Abbas, Sahil bin Saad As-Sa'idd r.a, berkata : " Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan bertanya : ' Ya Rasulullah, tunjukkan aku suatu amalan, sekiranya aku buat, nescaya aku dicintai oleh Allah dan orang ramai. ' Maka dijawab Nabi : ' Hendaklah zuhud di dunia, nescaya engkau dicintai oleh Allah dan engkau zuhud pada apa yang ada di sisi manusia, maka nescaya engkau dicintai oleh orang ramai. ' 

Zuhud akan teruji apabila kita dibentangkan dengan macam-macam nikmat dunia, harta, jawatan, rumah, kereta dll, tetapi kita masih memilih untuk menjadi 'tidak sama'. Zuhud membezakan mukmin sejati dan mukmin awam.

Bila ditanya apakah makna zuhud??

Rata-rata akan menjawab:

"bersederhana.."

" Cukup dengan apa yang ada.."

" tidak cintakan dunia.."

dan lain-lain. Saya memenag tidak menafikan kesemua jawapan tersebut betul, tetapi kurang tepat.

Di dalam Surat Chenta Allah, Al-Quranul Karim, boleh didapati banyak tafsiran makna zuhud:

" Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah senda gurau, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warna kuningnya kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu." (Al-hadid:20)

Juga boleh selak (Luqman :33), (Al-Kahfi 45-46), (Al-Ankabut: 64), (At-takasur: 1-5), (Muhammad: 36), (Nisa:77), (Al-a'la: 16), (Ar-ra'du: 26)

Lepas dah tengok ayat-ayat berikut, apa yang boleh kita simpulkan??

Maknanya,  dunia ni yang kita rasa best sangat, yang kita rasa tak puas nak kumpul kejayaan, yang setiap hari kita kumpul duit untuk boleh pergi bercuti, hari-hari update di internet i-phone baru, teknologi yang makin hari makin memudahkan dan haibat, dunia yang makanannya pelbagai..dan dunia yang kita rasa syok sangat ni, sebenarnya hanyalah permainan, senda gurau, hiasan..dan di mata Allah dunia ni tiada nilainya langsung. 

Tapi ini pun kita terlepas pandang dan lalai. T____T

dan bila Allah mention dalam al-quran, banyak ayat yang berkaitan, bermakna perkara ni penting. Ya, sangat penting! 

Sunnatullah, apabila Allah mencintai kita, manusia turut akan mencintakan kita. Macam mana nak dapatkan chenta Allah? kata kuncinya ialah ZUHUD!


"Zuhud pada dunia bukan mengharamkan perkara yang halal. Bukan membuang harta benda, tapi kamu yakin apa yang di sisi Allah lebih baik dari yang ada di sisi kita" (Imam Ahmad)

"Dan tidak satu pun makhluk bernyawa di bumi melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya...Semua (tertulis) dalam kitab yg nyata (Lauh Mahfuz) ", (Hud, ayat 6)

dan apabila ditimpa musibah, kita mengharapkan ganjaran Allah dan akhirat.kerana kita yakin apa yang Allah nak bagi tu, pasti itu yg terbaik, dan terselit hikmahnya.

Zuhud ni bukan pada anggota, tp pada hati.


Abu al-kailani berkata:
 Kamu jangan katakan seseorang itu zuhud, kerana zuhud terletaknya pada hati.


Makna zuhud terbahagi kepada 3:

1- Seseorang yakin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang ada di sisinya. (Hud: 6)


2. Apabila seseorang ditimpa musibah dunia, dia lebih mengharapkn pahala, daripada kekalnya dunia ini ditangannya.

Dia lebih mengharapkan redha Allah, drpd nikmat dunia ini kekal padanya.

Contohnya Aminah baru je membeli Samsung Galaxy Note, mahal. Yang terbaik! dan selepas tu Aminah asyik sangat dengan Galaxy Note barunya. Sampaikan bila ibunya menyuruh ke kedai membeli santan, pun akan diberikan alasan "Buzy la mami, suruh adik laaa.."

Ditakdirkan Allah, Samsung Galaxy Note kesayangannya dicuri sedang dia tertidur di dalam bas. 

Jika Aminah zuhud orangnya, dia akan segera mengerti, bahawa Allah mengambil semula Galaxy Note itu, kerana aminah terlalu 'sibuk' dengannya, sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai muslimah, anak dan pelajar. 

3. Pujian atau celaan tidak mendatangkn kesan pun kepadanya.

Yakin ialah kamu tidak berusaha utk dapatkan redha manusia, sehingga mendapat murka Allah.


Jeritan di wall FB seorang rakan saya:


Pakai macam kampung tapi tutup aurat lagi better dari pakai bergaya dan up to date untuk mata orang tapi tak mendapat keredhaan dari Allah.


ouch! T____T



Tahapan zuhud terbahagi kepada 3:

1. Zuhud orang awam: meninggalkan perkara-perkara haram (eg: cakap bohong, caci org, arak, menipu etc)

2. Zuhud orang alim: meninggalkan berlebihan dalam perkara-perkara halal. (Eg: makan, sembang, study, shopping- semua ni halal dan tidak ditegah oleh Islam, tetapi jika sampai tahap berlebihan, shooping nak rak sampai lewatkan solat, tak elok dan makruh la cik adik ooiii..)

3. Zuhud orang yang mengenal Allah: meninggalkan sesuatu yg menyibukkan diri dia daripada mengingati Allah (eg: perniagaan yang takut rugi, still buka kedai walaupun dah masuk waktu solat, study melampau sampai tak menyahut bila mak panggil, dan apa2 perkara yang boleh menjebak kepada lalai mengingati Allah )

So, kita yg mana satu?


Perkara2 yg boleh membawa kepada zuhud:

1- Ingat dan bayangkan suasana akhirat- (syurga, neraka, titian sirat etc).
Cuba datangkan perasaan takut dan fikirkan suasana ni tiap-tiap kali kita nak buat kejahatan.


Harithah berkata: 
aku memalingkan diriku dr dunia. Bagiku mutiara dan tanah itu sama. Aku seolah-olah melihat arasy tuhan dgn jelas, aku seolah-olah melihat orang-orang di syurga sedang sibuk menikmati kenikmatan, manakala oranag-orang di neraka sedang diseksa.

kalau kita boleh bayangkan kita yang berada di dalam neraka tu, nauzubillah min zalik, takkan la kita tergamak nak buat kejahatan kan?? T_T

2. Sedar keseronokan dunia boleh melalaikan hati kita (at-takasur:8)


Nikmat-nikmat yang banyak  Allah kurniakan ni nnt akan ditanya di akhirat kelak! T___T 
So, lagi banyak nikmat, lagi lama la masa diperlukan untuk menghisab kita.sebab Allah count on every single things. 

T_T

So, bila kita dapat satu nikmat, be zuhud dan gunakan sebaiknya untuk Islam dan untuk dakwah. At least kita ada reason bila Allah tanya kita di akhirat kelak.

3. Sedar nikmat dunia hanyalah sementara.

4. Sedar dunia ini dilaknat, kecuali ilmu-ilmu yang bermanfaat.

makna dilaknat di sini: Dunia ni akan menjauhkan kita dari Allah kecuali ilmu-ilmu yang bermanfaat yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah.

So, ambil la pengajaran-pengajaran daripada ayat-ayat Al-quran dan sirah ar-Rasul SAW dan para sahabat supaya kita sentiasa berhati-hati dan tidak tertipu di dunia yang sementara ni. 


# zuhud adalah tangan mengenggam dunia, tetapi hati memandang akhirat.

# Bukan zuhud jika membuang dunia dan mengurungkan diri di dalam masjid semata-mata, kerana islam bukan terhad di dalam masjid sahaja, islam adalah cara hidup. Buat apa-apa mesti niatkan kerana Allah.

# Analogi zuhud macam kita sedang menjinjing 2 baldi penuh air, satu baldi diletakkan di atas kepala, dan satu lagi dijinjing di tangan. apabila kita rasakan baldi di atas kepala hampir jatuh, lepaskan baldi yang ada di tangan. (Baldi di kepala: perkara-perkara akhirat), (baldi di tangan: perkara-perkara dunia)

# Zuhud cukuplah sederhana dan sekadar mencukupi

Cinta apa lagi yang mahu kita tagih selain cinta Allah??
 Jom muhasabah diri dan jadi lagi baik?? (^.^)v

Wallahua`lam. Saya rasa sangat skema bila menulis post ni. Ala-ala menulis tazkirah pagi. ehe. 

May Allah bless, people~

bait SQ, 
11.02 pm

Thursday, December 13, 2012

Marah itu mudah, Sabar itu Indah


"Mushe, aku perasan lately threeshold marah kau dah merendah. Senang sangat nak meletup,"
 tegur seorang bestfriend satu hari.

Tersentap! Auch...! sakit.

"Erm, aku pun rasa macam tu juga. Salah sikit je terus nak melenting", balasku ringkas.

***
“Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergusti tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah.” 
- Hadis riwayat Bukhari

Senangnya nak marah. Sakitnya nak menahan marah. Kan?

Segelintir rakan-rakan di sekeliling saya mengadu yang saya selalu tak dapat nak tahan emosi bila tengah marah. Erm, nama pun tengah marah kan? Boleh ajarkan saya cara untuk bertenang bila rasa darah dah menggelegak??



Rasulullah SAW bersabda : 
"Tidaklah ada yang lebih besar pahalanya di sisi Allah SWT daripada menahan amarah yang dia tahan dengan harapan mendapatkan pahala dari Allah SWT."


(HR. Ibnu Majah)



Kejap, nak pergi potong bawang la~  T_______T

Marah = Syaitan bersorak riang
Menahan marah = Sakit hati= Pahala

Musyirah, tak cool la kalau kita beri peluang dekat syaitan untuk bersuka ria kan? 

InsyaAllah takkan! ~ :) 

Semoga Allah menilai mujahadah ini, walaupun orang di sekeliling berterusan mengata.

akhir kalam, 
“Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) tertimpa musibah.” 
– Hadith riwayat Bukhari


* Ok, bawang memang dah masuk mata ni~ T_________T *



May Allah bless , people~

Sehubungan dengan pengertian inilah diriwayatkan satu kisah olehWahab Bin Munabbih yang mengatakan:"Sesungguhnya Iblis pernah bertemu dengan Nabi Allah Yahya binZakaria a.s, lalu Nabi Zakaria a.s berkata kepada Iblis: "Ceritakankepadaku tabiat perangai manusia menurut pandangan kamu". Lalu Iblismenjawab:
1.Golongan pertama dari manusia ialah seperti kamu ini. Mereka initerpelihara (dari kejahatan dan dosa).
2.Golongan yang kedua adalah mereka yang berada dalamgenggaman kami sebagaimana bola berada di tangan anak-anakkamu. Mereka menyerah diri mereka bulat-bulat kepada kami.3.Golongan yang ketiga ialah golongan yang sangat sukar untukkami kuasai mereka. Kami menemui salah seorang dari merekadan kami berjaya memperdayakannya dan mencapai hajat kamitetapi ia segera memohon keampunan (bila ia sedar) dan denganistighfar itu rosaklah apa yang kami dapati darinya. Maka kamitetap tidak berputus asa untuk menggodanya i

Wednesday, December 5, 2012

Of Gaza

*Ini semua randomly coretan tentang Gaza.

Aqsa 2 Gaza 11- Emergency Relief

"Teruskan berdakwah & berdoa, kerana kita berhutang dgn rakyat Palestine, mereka bermati-matian utk membebaskan Al-Aqsa, tanah suci kita umat islam"

Allah!! 
T________T

Sedar tak sedar, banyak sangat nikmat Allah yang setiap hari kita nikmati, 
kadangkala sampai kita tak hargai dan syukuri.

Siapa sangka setiap pagi dapat menaiki bas untuk ke hospital dengan harga LE1 (RM0.50) itu satu rezeki?
Siapa sangka setiap pagi dapat membuka mata, dan mendapat peluang untuk membuang air itu satu nikmat?
Siapa sangka setiap hari dapat berjalan kaki itu satu kepuasan?

Kadang kala, disebabkan itu adalah rutin harian kita, kita tidak mensyukurinya.

Baru-baru ni Allah lapangkan masa saya dan rakan-rakan untuk mendengar satu Sharing dari Gaza, yang disampaikan oleh Dr Hafidzi, Pengerusi Aqsa Syarif.

Beliau beserta Dr Selamat, Dr Fauziah dan Ustazah Rosmawati baru sahaja selamat keluar daripada Gaza, untuk menyampaikan bantuan daripada rakyat Malaysia.

Kebetulan clash 2 program malam tu, kata-kata dari seorang ukhti membuatkan saya berfikir,

"Sharing ni sekali sekala je, panas dari ladang. Kita nak dapat masuk Gaza macam jauh lagi, apa salahnya kalau kita dengar perkongsian daripada Gaza ni. Dapatlah naikkan semangat kita, 
dapatlah sikit-sikit tempiasnya".

***  


Memetik ucapan Dr Hafidzi, “Perjuangan kita bukan setakat memerdekakan 22 peratus tanah Palestin (Gaza dan Tebing Barat), tetapi juga perjuangan untuk membebaskan lagi 78 peratus tanah Palestin yang telah dijajah oleh negara haram Israel sejak sekian lama.”


***


Tidak putus-putus dermawan yg mengeluarkn infa' untuk palestine. Ada seorang pesara, mendermakan saki baki harta yg beliau ada, rm12..(melalui transaksi ke akaun Aqsa Syarif)


Malah ada yg tak punya duit ringgit, juga mahu menyumbang. Didermakannya puisi yg dicipta sendiri..



Bak kata Dr Hafidzi, "Berilah, walaupun kita tak punya apa-apa"


T_________T   *touched!*

Saya yakin walaupun sumbangan kita sedikit, malah mungkin dengan Doa sahaja, yakinlah, itulah yang merantai hati-hati kita dengan pejuang-pejuang di sana.

Bukan hasilnya yang kita mahukan, tapi usaha kita yang mahu kita persembahkan kepada Allah. Kerana kita tahu, hasil dan natijahnya sudah Allah tentukan.

"Allah boleh je nak turunkan tentera-tenteraNya untuk menghapuskan Israel, tapi sekarang Allah nak bagi kita peluang untuk berusaha dan beramal dulu."

Sampai satu masa nanti, pintu usaha akan ditutup. Janganlah melopong ketika itu~



****

Tulisan daripada seorang ukhti,

cerita 'beliau' *:


kami membawa masuk ke Gaza dan membahagikan soft toy serta coklat2 kepada kanak2 Gaza, 

tiba-tiba ada satu coklat terjatuh, saya membiarkannya,



ada seorang anak kecil yang sedang beratur tunduk dan memungut coklat tersebut dan memulangkannya kembali kepada saya.



***************



ketika di sempadan Gaza-Rafah,
saya memberikan sedikit hadiah (berupa wang) untuk pemuda2 yang banyak membantu urusan di sana, memang saya nyatakan, "ini sedikit hadiah dari saya untuk kamu, ambillah"



tetapi, kemudian saya mendapat berita, 
KESEMUA mereka memberikan wang tersebut kepada ketua mereka, 



kerana apa?
mereka sangat bimbang TERambil hak orang lain, dan menzalimi orang lain, kerana bagi mereka itu bukan hak mereka kerana mereka sudah mendapat gaji



sehinggalah ketua mereka menyatakan, 
"ambillah dan simpanlah, itu sebagai upah kamu untuk hari ini",
barulah mereka tenang dan menyimpan wang tersebut pada poket masing2..

masyaAllah, betapa jujurnya mereka! 



JUJUR PADA ALLAH,
dipupuk sejak kecil
walau kat mana2 pun, Allah MAHA TAHU dan MAHA MELIHAT, 
sekalipun bersendirian



maka tak hairanlah lahirnya jundi-jundi dan tentera-tentera Allah yang cintakan syahid dan amat menggerunkan pihak zionist



KITA? T_____T


*** 

Teringat saya seloroh Dr Hafidzi, 

"Lepas ni, orang yang akan paling sibuk berceramah ialah afdlin shauki, bukan saya,"


Tegas beliau, "siapa sangka, melalui lawak, orang lain boleh bersama kita dalam islam. 
Oleh itu, jangan ketepikan sebarang kemungkinan dalam dakwah!" 

Kalau kita IKHLAS, Allah akan mudahkan jalan-jalan untuk kebaikan.

# Personally saya sangat cemburu dengan selebriti2 yang Allah pilih untuk masuk ke bumi suci Gaza, mungkin kita tak tahu amalan mana yang Allah pilih mereka untuk dapat nikmat ni, IKHLAS dan selalu bersangka baik dengan Allah.
Mungkin ini peluang mereka, peluang kita barangkali akan datang. Selain berdoa, must do something..


another touched video~


A2G11 - ER | Interview Afdlin, Bront Palarae, Zain Saidin


***
Alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk saya dan rakan-rakan menjemput delegasi A2G11-ER di Airport Cairo pagi tadi, 4 Disember 2012. 



Sebelum berpisah dengan makcik-makcik,

"Doakan kami yang dah dekat sebelah Palestine ni(mesir) dpt masuk Palestine satu hari nnt," pinta kami. 

"InsyaAllah, makcik doakan semua umat Islam dpt masuk ke Aqsa," balas salah seorang drpd mereka..

"Yet, but not soo soon.."

Ya Allah, sampaikanlah hajat kami, untuk dapat meletakkan dahi-dahi kami yang hina ini di Masjid Al-AqsaMu Ya Allah..Ameen :)


muka semangat semua!

*beliau = Doktor Fauziah Hassan, pakar O&G di Ampang Puteri, delegasi misi Aqsa2Gaza 10-emergency relief

p/ssss: Teruskan menembak doa utk saudara-saudara kita di Palestine dan Syria:)


"Mereka (Israel) mungkin akan memotong hubungan kami dengan dunia luar (internet, telefon,etc)..Tapi jangan risau, teruskan mendoakan kami kerana mereka tidak mungkin dapat memotongkan perhubungan kita dengan Allah"

dan jangan lupa memBOIKOT barangan2 dan makanan2 Yahudi yang menyokong Zionis. 


bait Saifuddin Qutuz,
1.24am

Monday, November 26, 2012

Jangan Remehkan!


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Perasan tak? Yang besar bukanlah dimulai dari yang besar, namun dimulai dengan hal-hal yang kecil. Yang dilakukan dengan KESUNGGUHAN dan CINTA. Cinta itu yang menggerakkan dan menghilangkan segala rasa sakit.

Jangan bertangguh akan perkara-perkara kecil. Seringkali hal-hal kecil akan menyebabkan penyesalan yang besar pabila diremehkan. Seperti kisah seorang kanak-kanak berlari tergesa-gesa ke arah ibunya, "Ibu, lubang yang di depan rumah kita ni namanya apa?" ." Adik tak nampak ke ibu tengah memasak ni? Pergi tanya ayah!"

Kanak-kanak itu kemudian berlari ke ruang tamu, "Ayah, lubang dekat depan rumah kita ni namanya apa?" "Ayah tengah baca surat khabar ni, pergi tanya abang!"

Dan kanak-kanak itu masuk ke bilik menemui abangnya, "Abang, lubang depan rumah kita tu namanya apa?" " Ouh, lubang besar tu? Namanya perigi"

"Cepat-cepat, kakak kita terjatuh ke dalam perigi"

Sesuatu perkara kelihatan remeh di mata kita, tetapi sebenarnya besar implikasinya kelak.

Kadang-kadang, kita sudah biasa ada kawan karib yang akan mengingatkan tentang jadual kuliah esok hari. Mengingatkan tentang kerja rumah yang tidak siap. Tapi, apabila kita berpisah, kabut seorang diri menguruskan diri. Silap-silap kita mungkin terlajak tidur dan terlepas kuliah pagi atau lagi horror terlepas hari peperiksaan (kerana tersilap melihat hari).

Dari sudut lain pula, kadang kita rasa berzikir atau selawat ke atas Nabi adalah perkara picisan, yang selalu kita terlupa..lagi-lagi bila jadual seharian sangat sibuk. Sampaikan untuk solat pun kita terpaksa mencuri masa. Realiti kan? Pelajar yang sedang sibuk di kuliah, doktor yang buzy di hospital, apatah lagi di bilik bedah. Ibu yang menguruskan rumah, pelajar yang sedang mengejar due date assignment dll.

Imbas kembali rutin seharian kita. Jika kita terlalu buzy sehingga tidak punya banyak masa berlama-lama di tikar sejadah. Muhasabah dan fikirkan ikhtiarnya.

Zikir, maathurat pagi petang dan selawat, perkara yang ringan di bibir, tetapi berat di timbangan.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ:
قَالَ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه وسلم :كَلِمَتَانِ خَفِيْفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ، ثَقِيْلَتَانِ فِي الْمِيْزَانِ، حَبِيْبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ. سَبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ
Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkataRasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda: 
Dua kalimat yang ringan untuk diucapkan, tetapi berat dalam timbangan dan disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih, yaitu: “Maha Suci Allah dengan segala pujian-Nya dan Maha Suci Allah Tuhan Yang Maha Agung


Boleh sahaja dibuat sambil- sambil menunggu bas. Sambil memasak. Sambil berjalan kaki ke kuliah. Sambil menunggu order makanan. Kreatifkan cara berfikir.

Juga, perkara yang ringan di mulut tetapi berat pada timbangan ialah MENGUMPAT. 

Sambil jalan-jalan laju pulak mulut nak mengata orang daripada nak memuji Allah T_____T


Dakwah juga tidak akan maju jika kita meremehkan sunnah Rasulullah. Saya pasti ramai antara kita yang boleh menyenaraikan sunnah-sunnah Rasulullah. Tapi, ketahuilah Sunnah beliau yang terbesar adalah BERDAKWAH. 

Kita mengaku kita ummat Muhammad, tapi kenapa tidak mahu mengikuti sunnah beliau?? T__T

Saya menulis ini lebih kepada peringatan dan muhasabah untuk diri sendiri. Kala ini, saya memang diburui oleh masa. Tercungap-cungap untuk mengatur rutin seharian. Sedang menjadi medical student ni pun dah cukup hectic, tak boleh bayang bila dah jadi doktor nanti..hurmm..memang kena latihan dari sekarang T____T

Kawan-kawan, kala saya menulis post ini, entah berapa ramai saudara-saudara kita di Syria dan Palestine yang syahid setiap detik. Teruskan mendoakan mereka! dan jangan lupa untuk memboikot barangan Israel. (Untuk apa perlu diboikot boleh rujuk di SINI )

SAVE SYRIA, FREE GAZA @KLCC
cool sangat! Jealous tak dapat join. 

p/s: Sementara masih baru shj masuk tahun baru awal Muharram, boleh la nak letakkan azam untuk tidak meremehkan perkara-perkara kecil :)


11 Muharram 1434H
Bait SQ, kaherah,
10.16 pm

Friday, November 16, 2012

Tahun baru, Spirit baru!



Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Apa khabar iman semua?

Sedar tak sedar semalam kita dah melangkah ke tahun baru.. 1 Muharram 1434H..

Dalam islam, inilah tahun baru kita, bukannya 1 januari yg biasa kita sambut dan cuti tu, sebab itu adalah sambutan orang kafir.

So, macam mana dengan azam semua? Dah letakkan target baru? Mana-mana azam yang tak tertunai tahun lepas, boleh dibawa ke tahun ini. Untuk mana-mana azam yang dah tertunai, set kan azam lain pula, teruskan berhijrah kepada yang lebih baik lagi. Selalu letakkan diri kita dalam mujahadah. Tinggalkan comfort zone. Allah sediakan banyak ganjaran dan pahala untuk mereka yang bermujahadah. Cukup-cukup la kita dah rehat dan tidur yang sangat lama sebelum ni.

Sedarlah bahawa ketika anda sedang membaca post ni, abang-abang, kakak-kakak, ibu-ibu, adik-adik kita di Palestine sedang ditibai besar- besaran sekarang. Sempena 1 muharram ini, musuh tegar kita Israel sedang melancarkan ulang tahun pembantaian kepada kaum muslimin. Mereka targetkan kematian beramai- ramai mujahid al-qassam. Dan menteri keselamatan Palestine baru sahaja menemui Allah.Tahukah anda?

Lapor seorang pemuda palestine, "Mereka (Israel) mungkin akan memotong hubungan kami dengan dunia luar (internet, telefon,etc)..Tapi jangan risau, teruskan mendoakan kami kerana mereka tidak mungkin dapat memotongkan perhubungan kita dengan Allah"

Allahuakbar!

Tahun baru vs Tahun yang lalu

Renung semula kehidupan seharian kita. Adakah jika Allah mengambil nyawa kita sekarang, sudah cukup bekalan untuk kita meniti titian siratul mustaqim? Mencukupi untuk kita dapatkan hotel lima bintang syurga milik Allah? Atau hanya cukup untuk berada di pinggir syurga dan melihat mereka-mereka yang menang bercanda di dalam? Atau kita akan dikelilingi dengan api-api, bau nanah dan darah, malaikat zabaniah yang bengis wajahnya, jeritan di kiri dan kanan di neraka kelak? Nauzubillah min zalik..

Adakah masa-masa yang telah berlalu dalam kehidupan kita, akan menjadi hujah kepada kita di depan Allah kelak? Atau dijadikan hujah kepada kita?

Adakah masa-masa muda yang kita lalui telah dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk mendapat redhaNya? Atau kita lalai dan habiskan begitu sahaja sehingga makhluk bernama masa ini akan claim depan Allah nanti untuk mengazab kita kerana mensia-siakannya? Renungkan semula..

Hijrah

Alhamdulillah, berkat hijrah Nabi dan kaum muhajirin ke Madinah, agama Islam tersebar luas. Sampai sekarang, kita tetap akan berjumpa dengan orang islam walau di mana-mana pelosok bumi yang kita jelajahi. Allahuakbar!

Semua ini kerana apa? Kerana mereka berhijrah berlandaskan dengan IMAN dan TAQWA.

Betapa dahsyat dan Osemnya keimanan dan aqidah yang ditanam sepanjang dakwah Rasulullah di Mekah. Dakwah 13 tahun yang mendapat tentangan yang maha dahsyat. Yang menuntut darah, air mata, harta dan nyawa. Berapa ramai mereka yang syahid disebabkan kekejaman kaum musyrikin Mekah ketika itu?

Sumayyah yang disula di depan anak dan suaminya. Khadijah yang wafat selepas peritiwa boikot. Bilal yang diseksa, diletakkan batu besar di atas dadanya, di tengah padang pasir yang gersang.

Semuanya tidak lain adalah kerana kalimah La Ilaha illallah..

Walaupun mereka tahu, jika masuk islam = diseksa keras = Mati.

Tapi kerana keyakinan yang mendalam dan aqidah yang kukuh, mereka tetap di jalan ini.

Mereka tahu MATI mereka bukan mati yang sia-sia. Istilah mati yang hanya di dunia, sedangkan di sisi Allah mereka tetap hidup.

Dan semua ini terbukti dengan penghijrahan ke madinah. Hijrah yang menuntut meninggalkan harta dunia. Meninggalkan ternakan mereka. Meninggalkan rumah tercinta. Hijrah ini bukan satu percutian yang menyeronokkan. Tapi ia adalah satu jaulah yang menuntut pengorbanan. Semuanya demi menyebarkan islam dan akhirnya tersampailah islam kepada kita sekarang.

Kepada kita? Ya KITA la..

Tapi adakah kita menyedari akan hakikat ini? Terfikirkah akan pengorbanan agung ini?

**Muhasabah apa yang dah kita sumbangkan untuk Islam sepanjang hidup kita ni~

Oleh itu, pembaca-pembaca sekalian, jom tanamkan spirit baru. Menjadi diri yang baru. Mari tambahkan amalan seharian kita. Supaya nanti kita punya alasan untuk duduk bersama-sama dengan ar-Rasul swt di syurga kelak.

Pekara yang paling saya takuti adalah, kita rasa kita dah banyak beramal, rasa penat dan sibuk di dunia, tapi rupa-rupanya di mata Allah, kita tiada nilainya, kerana apa? Kerana kita tidak menjaga niat kita dalam beramal.

So, dalam sibuk beramal, jangan lupa untuk selalu memperbaharui niat. Kerana Allah semata-mata. Fullstop!


Hijrah Zaman Moden

Sabda Rasulullah S.A.W :  

“Tiada hijrah selepas al-Fath (Pembukaan Makkah), tetapi jihad dan niat. Dan apabila kamu dikerah untuk keluar berjihad, maka keluarlah kamu” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Salam Maal hirah, 1434H

p/s: Jangan lupa baca surah al-kahfi, hari ni hari jumaat!

p/ss: 10 Muharram 1434h is coming! jangan lupa puasa ya Hari Asyura nanti~ :)

Take care people, may Allah bless, here and hereafter :)


Bait SQ,
1.22am
2 Muharram 1434H

Wednesday, October 31, 2012

Penulis yang disayang Tuhan


Assalamualaikum wbt,
Selamat Hari Raya semua~ :)
Semoga ibrah dari korban dpt kita hayati dan membekas di hati..

Jika tentera di sempadan, bersenjatakan  M-16 di sisi,
Doktor di hospital bersama sthatescope dan picagarinya,
Guru di sekolah beserta marker dan kapurnya,
Penulis pula bersenjatakan pena dan dakwatnya..

Untuk melepaskan kebaikan kepada ummah sejagat...

Siapa kata menulis ini perkara remeh? Perkara yang dilakukan pabila ada waktu lapang?

Kerana bisanya pena ini, hingga membawa Syed Qutb ke tali gantung. Betapa berbisanya kesan penulisan beliau kepada masyarakat, sehingga menakutkan pihak musuh!

Lihat kesannya!

Pesan Pak Latib, "Penulis harus sentiasa fikirkan apakah faedah yang diperolehi oleh pembaca-pembaca daripada penulisannya!"

Menulis bukan kerana suka-suka. Bukan hanya untuk kepuasan penulis. Bukan setakat meluahkan perasaan dan berkongsi pengalaman. Bukan setakat itu! Bukan!

 Dunia ini, dengan penulisan, dakwah dapat disampaikan dengan meluas. Malah mungkin akan bertahan bertahun-tahun lamanya. Seperti tulisan Hamka, kitab-kitab sejarah dan falsafah. Boleh bayangkan dengan usaha yang sedikit ini, pahala akan mengalir hingga ke kubur, walaupun penulis sudah meninggal dunia.

" Ya Allah, dari manakah datangnya pahala ini?"

" Daripada usaha yang kamu kerjakan di dunia ketika hidupmu"

Boleh bayangkan tenang dan gembiranya sang penulis di dalam liang lahad beliau? Tapi, itu jika menulis perkara kebaikan. Boleh bayangkan pula jika penulisan itu berunsur keburukan? Mungkin sampai ke kubur dosa-dosa akan mengekorinya! Nauzubillahminzalik..

Jadi, jika kita hanya menulis untuk kepuasan penulis. Untuk diabadikan sebagai catatan hidup, penulisan tidak akan ke mana-mana. Pahala tidak akan diganda. Berbeza jika kita cuba  untuk menulis, dan mengajak orang lain membacanya, siapa tahu dengan usaha kecil ini akan menyantun hatinya? InsyaAllah~ :)

Sasterawan vs Sasterawang

Sasterawang, istilah yang pertama kali saya dengari dari mulut Cik Puan Azzah AR ketika bengkel penulisan tempoh hari.

Pernah saya terfikir, kenapa menulis harus berkira tentang duit? Kenapa penulisan harus dibukukan? Jika dibukukan, buku-buku bestseller pantas sahaja kehabisan stok. Sehinggakan saya terpaksa fotostat untuk membacanya. Fikir saya ilmu harus disampaikan, tak perlu berkira sangat jika ada sesiapa yang ingin mencetaknya. Tapi sekarang saya mengerti, dunia kini, tanpa duit kita takkan ke mana-mana.

Dakwah perlukan duit. Bukan hanya untuk meneruskan hidup perlukan duit, tapi untuk tidak membiarkan dakwah terus berkubur, perlukan dana yang besar! Malah, penulis juga punya keluarga untuk disara, perlukan makanan untuk dimakan, perlukan pakaian dan barang keperluan. Malah, perlukan duit untuk membayar tol, cukai, dan duit kereta. *dunia sekarang nak buang air pun kene bayar. Huuu*

Oleh itu, nampak sangat keperluan WANG dalam penyebaran dakwah. Dengan wang, boleh diadakan program-program kebaikan, majlis-majlis ilmu, konsert amal Palestine, dan lain-lain.

*Tips dari Cik Puan Azzah, lagi tebal sesuatu buku, lagi tinggi royalti yang akan diperolehi.huu*

Bahasa Melayu Tinggi vs Bahasa Melayu Rendah

Biasa kita dengar pasal bahasa arab tinggi kan? BMT bukanlah bahasa melankolik yang berbunga-bunga. BMT hanyalah bahasa Melayu yang kita belajar di sekolah. BM yang betul tatabahasa dan penggunaannya.

Ramai orang termasuk saya berfikir, jika menulis dengan BMT, penulisan akan menjadi skema dan bosan serta tidak 'basah' dan tidak sampai ke hati, tapi ini sebenarnya hanya akan berlaku jika penulis tidak pandai menggunakannya dengan baik.

Kenapa mesti menulis dengan BMT?

Kerana BMT akan kekal lama dan pasarannya meluas.

Bayangkan jika kita menulis dengan BMT, penulisan kita masih akan difahami sehingga berpuluh tahun akan datang. Tapi jika kita menulis dengan bahasa kelantan, maka hanya orang kelantan sahaja yang akan memahami penulisan kita. Bahasa kelantan pun barangkali tidak akan bertahan lama.

BMT juga senang diterjemah ke bahasa lain. Sebagai contoh, buku Umar Al-Khattab tulisan Pak Latib sudah diterjemah kepada bahasa Inggeris dan boleh dibaca oleh lebih ramai lapisan masyarakat. Lihat, bukankah dengan cara ini dakwah akan lebih tersebar luas? :)

Contohnya, perkataan kekasih. Jika zaman P. Ramlee dahulu menggelarnya mata air. Kemudian, dekad seterusnya menggelar kekasih sebagai makwe. Dunia berlalu lagi dan menggelarnya awek. Sekarang apa pula? Pelajar-pelajar di sekolah memanggil kekasih mereka cikaro. Baiklah, jika saya menulis dengan membahasakan kekasih sebagai awek. Sekarang kita semua tahu maknanya. Tetapi barangkali 20-40 tahun akan datang, perkataan awek sudah lapuk dek zaman! Mungkin tidak punya maksud lagi. Berlainan jika saya menulis menggunakan perkataan 'kekasih'. 50 tahun dahulu sehingga sekarang dan 50 tahun akan datang pasti semua orang faham akan maksudnya.  Jelas bukan?

Seorang penulis harus mempunyai jiwa sensitif. Seperti dai juga. Sensitif dengan pembaca dan persekitarannya. Dengan penulisan akan memandaikan bangsa. Jika masyarakat membaca tulisan yang tidak proper, mereka akan terikut-ikut untuk mengguna bahasa itu. Silap-silap tulisan SMS pun boleh ditulis dalam karangan SPM Bahasa Melayu. Mana la tak pening guru-guru di sekolah. Tanggungjawab penulis untuk memandaikan bangsa.

Dan sastera Islam itu, apabila pembaca membaca penulisannya, akan membawa dekat kepada TuhanNya, dan bukan sebaliknya.

Bagaimana Izzatul Islam (IZIS) dapat memanfaatkan bakat menyanyi mereka utk menyebarkan dakwah dan menaikkan hammasah (semangat) berjuang, seharusnya begitulah penulis-penulis harus memanfaatkan bakat dan tenaga mereka untuk menyebarkan kebaikan.

Kerana IZIS menyanyi bukan setakat dengan suara, tapi mereka menyanyi dengan dakwah dan cinta,
maka penulis sekalian, seharusnya bukan setakat menulis dengan pena, tetapi menulis dengan semangat jihad! Biiznillah~


p/s: Jika ada salah silap sepanjang penulisan saya, harap dimaafkan. Dan jika ada sebarang komen, sangat-sangat dipersilakan! :)

May Allah bless you all people!


bait SQ,
7.36pm

Friday, October 26, 2012

Eid Adha 1433H


Assalamualaikum wbt,
Salam eidul Adha..

Orang arab akan cakap,
kullu sanah wa antum tayyibin :)

Apa perasaan raya esok hari? Pasti di malam hari, kaum perempuan sudah sibuk menyinsing lengan di dapur. Untuk kami yang beraya di perantauan ini, mahu atau tak,haruslah menyediakan juadah sendiri. Bulan september lepas, saya baru sahaja berpindah masuk ke rumah sewa baru. Namanya Bait Saifuddin Qutuz, sempena nama tokoh yang membebaskan Mesir darpada kekuasaan Monggol suatu masa dahulu.

Bersama saya 10 orang bidadari. Masing-masing sedang sibuk di dapur. Ada juga yang sedang menggosok baju. Ada juga yang baru hendak menjahit baju raya. Dari dapur, bunyi lagaan kuali dan senduk kedengaran. Turut memeriahkan suara-suara daripada hef-chef yang bertungkus lumus menyiapkan juadah nasi impit, kuah kacang dan rendang ayam . Buat sarapan esok hari selepas pulang dari solat hari raya. Meriah rasanya mempunyai keluarga besar di perantauan ini. Alhamdulillah~

Ini baru satu gambaran typical di malam raya. Mesti orang lain pun lebih kurang juga. Mungkin masih ada yang keluar membeli belah di malam raya ini. Yang pastinya di sini jalan raya sudah lenggang. Orang-orang Arab semuanya sudah pulang ke kampung masing-masing. Yang tinggal hanya mereka yang akan beraya di kota kaherah ini.

"Anis, macam ni la kot suasana malam raya di KL. KLCC penuh dengan orang asing. Penuh dengan orang bangla dan Indonesia. Macam kita sekarang ni la~", ujarku kepada teman rapat di sebelah.

"Tu la, kita pulak yang macam yang jadi orang asing sekarang", balasnya.

Pembaca sekalian,
Saya ingin bawakan kepada anda semua. Apakah erti sebenar Hari Raya Korban ini? Yang lebih dikenali dengan hari . Adakah saban tahun kita merayakannya hanya sebagai ritual?? Tanpa membekas sedikit pun di dalam hati??

Semua maklum tentang besarnya pengorbanan Nabi Ibrahim AS mengorbankan anaknya Nabi Ismail untuk disembelihkan. Dan dengan rahmat Allah, digantikannya dengan kibas.

Saya pasti semua sudah maklum akan kisah ini.

Tapi itu daripada lipatan sejarah, bagaimana pula dengan kita semua?? Apakah ertinya pengorbanan dalam diri kita?

Pengorbanan. Berkorban. Perit untuk didefinasikan. Perit di tekak untuk menggambarkan perbuatan ini.

Untuk menjadi doktor, harus mengorbankan masa-masa senang.
Untuk menjadi cemerlang, harus mengorbankan hampir separuh kehidupannya. Disiplin dalam mengatur khidupan. Silap-silap masa libur pun harus digadaikan.
Untuk menjadi ibu yang mantap di depan anak-anaknya, harus mengorbankan diri dan menstabilkan karier dan keluarga.
Untuk menjadi apa-apa sekali pun, hatta hanyalah pembantu rumah di dapur, ternyata tetap perlukan pengorbanan.

Dan, Surga itu adalah perkara yang paling mahal nilai dan harganya. Maka, untuk mendapatkan sesuatu yang bernilai tinggi, haruslah pengorbanan yang Maha hebat. 

Mana mungkin dapat masuk ke syurga, jika jadual harian kita penuh dengan hiburan?
Mana mungkin dapat duduk di sisi Rasulullah kelak, jika harta sangat susah untuk didermakan?
Mana mungkin untuk dapat berjumpa para anbia, jika perkara kebaikan sangat allergik untuk kita rapati?
Mana mungkin kesenangan akan berhimpun pada satu masa.

Pepatah melayu pun menyokong perkara ini. "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian"

Bersusah payah dahulu di dunia. Bersenang lenang kelak di akhirat. InsyaAllah~
Ataupun bersenang-senang di dunia, bersusah-susah di akhirat?? Nauzubillahminzalik.

Korbankanlah sebanyak mana masa untuk kebaikan. Untuk memberi manfaat kepada sejagat. Kurangkanlah masa rehatmu, lebihkanlah masa berjumpa Tuhanmu. (dengan beribadah, majlis-majlis ilmu, usrah dan sebagainya)

Hartamu jangan disimpan. Gunakanlah untuk kebaikan. Kelak kita juga yang akan mendapat manfaatnya.



Kata seseorang, " bergembiralah kerana terpilih untuk berada di gerabak tarbiah dan dakwah ini. Kita semua maklum yang jalan ini tidak ditaburi carpet merah dan bunga-bunga. Apatah lagi pujian manusia. Tetapi, memang sunnatullah jalan ini, perlukan pengorbanan. Tanpa nilai ini, dakwah ini akan hilang rohnya. Berkurangan nilainya. Apa yang membuatkan kita akan tetap berada di jalan ini, selagi mana kita bertahan dalam pengorbanan kita (pengorbanan masa, tenaga, masa, fikiran, harta dan mungkin nyawa)"

Ya Allah, tetapkanlah kakiku dan rakan-rakan seperjuanganku di atas jalan ini. Semoga kami semua akan bertemu di surgaMu kelak. Ameen~

Dan bagaimana dengan pengorbanan saudara-daudara kita di Palestine waktu ini? Adakah kita cakna dengan isu ini? Juga perihal boikot barangan Israel, kita sudah sertai 'gerabak' ini ?

Selamat hari raya semua, kullu sanah wa antum tayyibin~


p/s: Esok hari jumaat tau, sakan raya pun, jangan lupa baca al-Kahfi ye! :)


bait SQ,
12.38 am
10 Zulhijjah 1433H


Tuesday, October 23, 2012

Diari: With Pak Latib


" Penulis ni Allah dah kurniakan bakat menulis kepada kita, So, kita kene laksanakan tanggungjawab kita dgn baik.."

Terkesan sungguh saya pabila terdengar kata-kata ini. Tak pernah disangka yang menulis ni satu tanggungjawab. Saya fikir ini hanya minat dan mahu mencuba-cuba.


Monolog saya, 'Boleh jadi esok lusa Allah akan persoalkan balik anugerah ini. Kita buat untuk kebaikan atau tak? kan?'


Tapi selepas menghadiri bengkel penulisan, mata saya terbuka luas. Tak pernah saya terfikir untuk menulis secara serius. Apatah lagi untuk menghasilkan buku.

Niat saya menyertai bengkel untuk membetulkan gaya penulisan saya disamping berkongsi pengalaman dengan orang lama dalam arena penulisan ini, Ahmad Latib Talib yang hanya membahasakan dirinya Pak Latib.

***
Speechless! Kagum dengan semangat beliau. Pak Latib sebelum ini pernah menulis beberapa novel kanak-kanak, dan remaja. Malah pernah memenangi anugerah sayembara cerpen, tapi malangnya buku yang dicetak 3000 buah sampai sekarang tidak habis dijual.

Kemudian, bermula tahun 2005, Pak Latib mula berkecimpung dalam penulisan novel pahlawan islam. Alhamdulillah, tuah Pak Latib di sini rupanya, hikmah Allah yang tersembunyi. Sampai sekarang, hampir 32 buah buku yang terhasil. Dan baru-baru ni, buku Umar al-Khattab sudah diterjemahkan ke bahasa Inggeris. *Saya tak sabar nak tunggu buku Sheikh Hassan Al-Banna siap ditulis. Barangkali dalam bulan 12 InsyaAllah*

Dan sehingga sekarang, rezki Pak Latib melimpah ruah. Kata Pak Latib, "Doakan satu hari nanti Pak Latib dapat bina Yayasan Pak Latib. Untuk membantu orang yang menuntut ilmu dan lain-lain"

Kata Pak Latib, "Pak Latib rasa, daripada anak-anak kita kenal robot kucing (doraemon), Ultraman, baik la mereka kenal Salahuddin Al-ayubi, Khalid al-walid, Umar al-khattab"

Betul! Saya setuju sangat. Kalau kita tanyakan anak-anak generasi ini, berapa ramai pahlawan islam yang mereka kenal, boleh kira dengan jari beberapa nama yang disenaraikan. Tapi kalau tanya berapa ramai Hero dalam movie dan kartun? Berjela-jela Hero yang boleh mereka senaraikan. Silap-silap Hero dalam Geng Bas Sekolah pun masuk senarai..!

Boleh bayangkan jawapan untuk beberapa tahun akan datang? Sedih bila memikirkan kecilnya skop pemikiran anak-anak kita. Saya tak salahkan mereka seratus peratus. Ibubapa sangat memainkan peranan dalam hal ini, selain guru dan persekitaran.

***
Kongsi Pak Latib, "Daripada pemerhatian Pak Latib, saya nampak wali-wali Allah ni, mereka hidup di dunia ni, ada tanggungjawab masing-masing. Dan mereka takkan mati sebelum selesainya tanggungjawab ni. Macam Rasulullah, selepas dah turun semua ayat Al-quran, selepas semua wahyu dah turun baru beliau wafat. Walaupun sebelum tu banyak cubaan untuk membunuh beliau.

Macam tu juga Sheikh Badiuzzaman Syed Nusi, beliau pernah diracun 19 kali. Tapi Allah masih pelihara nyawanya, hingga lepas lahirnya Risalah Nur di Turki, barulah beliau wafat."

Saya terfikir, berapa lama lagikah saya akan hidup di muka bumi ini? Maknanya adakah saya akan pergi sebelum atau selepas saya laksanakan tanggungjawab saya? Atau pun tanggungjawab yang ada melebihi masa yang Allah pinjamkan?? T_____T Nauzubillah, harapnya sempat la saya seberkan sebanyak mungkin kebaikan sebelum Allah panggil semula bertemuNya. Ameen~

Pesan Pak Latib, " Setiap hari mesti menulis walaupun hanya 1 mukasurat. Cukup setahun nanti dapat la 350 mukasurat. Dah siap satu buku"

Err..Hurmm. Baiklah. Pesanan yang memberi semangat positif untuk menulis. Satu mukasurat InsyaAllah boleh diusahakan.

"Cari ilham. Cari idea. Bukannya menunggu ilham datang. Macam nelayan, setiap hari nelayan yang pergi mencari ikan, bukannya menunggu ikan datang ke pantai"

Pergh..Memang terbaik. Lagi-lagi selepas sudah belajar Teknik menjana idea, memang dah takde alasan la untuk tidak menulis.Huu..

Banyak lagi pengalaman yang dikongsikan. Pengalaman beliau melawat beberapa buah negara untuk mencari bahan-bahan penulisan. Menulis novel sejarah, nama, peristiwa, latar masa, latar tempat, dan faktanya harus benar. Tidak boleh direka-reka. Kelak Allah akan persoalkan, ibarat menipu la juga~

Sejujurnya, perkara yang paling saya terkesan melihat betapa humble nya Pak Latib. Walaupun sudah popular. Beliau sangat sporting dan merendah diri. Bagaimana beliau sentiasa membetulkan niat. Jika kita menulis kerana Allah, Allah akan bantu dan kemudian popular, duit dan lain-lain akan datang kepada kita. Bukan kita yang mengejar dunia~

 InsyaAllah, semoga Allah mudahkan semua urusan beliau. Dan Allah kurniakan kesihatan yang baik. Nak menulis ni kesihatan yang paling penting, selain duit, idea dan lain-lain.

ps: Ikut resmi padi, semakin tinggi semakin tunduk. Moga Allah bantu aku menyebarkan dakwah dengan penulisan. Ameen

p/ss: JAngan lupa puasa pada hari arafah nanti!

bait falah,
7.56 pm
6 Zulhijjah 1433H