Pages

Saturday, February 23, 2013

Paediatrics


Sekarang saya tengah posting Paediatrics. Setiap hari ke hospital mesti akan terasa sesuatu.....

Erm, tabahnya melihat ibu-ibu di sini. Di samping mereka mesti ada anak mereka yang sakit. Sakit pun macam-macam. Ada yang sakit bronchial asthma, cerebral palsy, rickets, short stature, thalasemia dan macam-macam lagi penyakit pelik. 

Biasalah budak-budak sakit, ragam mesti macam-macam. Ada yang menangis la. Seorang tu tergolek-golek atas katil. Seorang pula tak mahu makan ubat dan sebagainya.

Ada seorang ibu di sini, dua orang anaknya sakit. Si abang berumur 13 tahun, tapi ketinggiannya hanyalah 132cm. Sekali pandang macam budak darjah 3 sahaja. Si abang disahkan menghidap G-6-PD disease. Dimana beliau tiada satu enzyme penting di dalam badan,ebzyme yang bertanggungjawab untuk menjaga kestabilan sel darah merah daripada pecah atau mati sebelum 'ajal' nya. Jadi, sel darah merah akan fragile dan cepat mati.

Si adik pula, berumur 5 tahun tapi kelihatan seperti kanak-kanak 3 tahun. Doktor mengkhabarkan bahawa injap jantung si adik lemah, jadi darah tidak dapat dipam dengan baik ke seluruh bahagian badan. 

Dan si ibu hanya tersenyum dan melayan karenah kami, budak baru belajar ni dengan baik. Si ibu menjawab semua soalan yang kami ajukan dengan baik. Tabahnya melihat beliau dikelilingi 2 orang anak yang sakit dan masih boleh melayan anak-anak itu dengan senyuman.


Tabahnya menjadi seorang ibu, anak buat macam mana pun, masih boleh tersenyum dan melayan karenah anak-anak dengan cool dan bergaya.

Kalau la ada budak-budak kecik menangis menjerit dekat tepi telinga saya, mesti saya dah emo.

Buat ibu-ibu di luar sana, dan juga bakal ibu, saya salute dengan anda semua. Pastikan didiklah anak-anak anda dengan didikan agama sejak kecil lagi. 


p/s: Padan la jodoh tak sampai lagi, sebab Allah tahu sebenarnya saya tak bersedia pun nak menggalas tanggungjawab besar ni. Moga Allah tetapkan yang terbaik~ Ameen.


bait SQ,
10.25pm