Pages

Tuesday, April 30, 2013

HAK??


When I say STEP, you say HAIBAT!!
Selesai membaca beberapa komen dan cadangan daripada peserta -peserta STEP 2 tempoh hari, saya menyimpulkan sesuatu,

" Manusia ni suka betul mengomel dan sangat cerewet dengan setiap benda/ perkara. Hujahnya, kerana kami sudah membayar untuk program ini, so haruslah kami dilayan dengan terbaik. Ini HAK KAMI"

Setuju. Saya bersetuju bahawa setiap peserta yang membayar yuran ada haknya di situ.

Tapi saya kurang bersetuju bahawa, mana mugkin kita dapat memenuhi permintaan semua orang, hampir seribu kepala pulak tu. Jenuh la AJK nak melayan. Ajk pun mahu mendengar pengisian.

Kenapa kita manusia ni sangat particular dan cerewet bab hak ni ya?

Seolah-olah manusia lain tiada hak pula.

Jika kita sangat mementingkan hak kita untuk dipenuhi, adakah hak kita dengan Allah sudah kita penuhi?

Tak adil la jika hak kita sahaja yang nak dipenuhi. sedangkan kita sendiri tak memenuhi hak Allah. kan?

T______T

Diri kita ni, semuanya datang daripada Allah, dan akan pergi kepadaNya juga satu masa nanti. Maka diri kita ini pinjaman yang perlu dijaga dengan baik. Setiap organ dan pancaindera perlu digunakan dengan baik dan sebaik-baiknya.

Adat kita meminjam barang, sudah pinjam dengan baik, maka haruslah memulangkan barang itu kepada tuannya dengan keadaan yang baik juga. kan?

Takkanlah dah pinjam tudung orang, kita nak pulangkan dengan keadaan yang koyak.

Alih-alih orang tu serik nak berurusan dengan kita lagi.

Tapi Allah bukan sebegitu. Buruk macam mana pun perangai kita dekat Allah, Allah masih lagi memberi nikmatnya kepada kita. Allah masih tak menarik semula nikmat oksigen, masa, harta, ilmu dan kesihatan daripada kita. Ini pun dah kira bernasib baik.

So, hak Allah tu macam mana ye?

Mata perlulah melihat perkara-perkara yang baik. Jaga pandangan mata. Rendahkan pandangan kepada mereka-mereka yang berlainan jantina dengan kita. Jaga jangan sampai ada penglihatan mata yang khianat. Jangan melihat sesuatu yang LAGHA.

Telinga haruslah mendengar yang baik-baik. Jangan mendengar lagu-lagu atau apa-apa yang melalaikan.

Mulut, aduh....tak layak rasa nak komen, sebab mulut saya ni pun, especially perempuan suka sangat membebel. Bercakap akan menaikkan mood gembira. huuuu. Tapi, alang-alang bercakap banyak tu, kena la bercakap perkataan yang baik-baik sahaja. Jangan bergossip. jangan memakan daging saudara sendiri. Jangan mengumpat. Jangan menyumpah dan memaki orang lain. Jaga percakapan. Kerana mulut, badan binasa.

Tangan, Kaki, badan dan semua anggota badan kita, harus betul-betul dilakukan untuk beribadah kepadaNya.

dah namanya meminjam barang, kena la buat cara peminjam yang berhemah. :)

HATI. Jaga hati, jangan dikotori dengan dosa-dosa dan maksiat. Jangan berzina hati. Sekalipun mengenangkan dan rindu kepada mereka yang tidak halal bagi kita.

Even, jika sayangkan suami, isteri, anak-anak, ibubapa, keluarga dan rakan-rakan sekalipun, tidak boleh melebihi cinta dan sayang kita kepadaNya.

Jaga hati kerana ia RAJA kepada badan kita.



dan banyak lagi yang saya rasa anda boleh fikirkan berkaitan hak kita dengan Allah.

Ini tak termasuk lagi adakah kita sudah buat semua yang disuruhNya, dan meninggalkan apa yang dilarangNya?

T___________T *rase mcm dicucuk-cucuk sembilu*


So, macam mana pulak Hak kita dengan manusia di sekeliling kita?

Hak kita dengan ibubapa.

dengan Keluarga.

dengan housemates atau roomates.

dengan kawan dan BFF.

dengan jiran dan kawan tempat kerja.

dengan rakan satu bulatan gembira atau mad'u-mad'u.

dengan orang yang memandu sebelah kita, yang parking kereta sebelah kereta kita, yang beratur nak bayar dekat kaunter belakang kita dll.

banyak sangat hak kita dengan orang-orang disekeliling kita, di mana-mana sahaja kita berada. Kerana kita tidak hidup seorang sahaja di muka bumi ini.

Orang kata, jangan banyak mengungkit akan hak kita dipenuhi, fikirlah sebanyak mana sudah kita memenuhi hak orang lain.

dengan itu kita akan berpuas hati dengan apa yang Allah yang bagi kepada kita, baik sikit mahupun banyak. baik selesa mahupun sebaliknya.

Bukan saya menolak untuk menuntut hak kita, bukan juga saya mahu memenangkan AJK program yang sudah bertungkus lumus. Bukan. Cuma saya mahu membuka mata kita tentang Hak itu. Cuma sedikit nasihat daripada saya yang marhaen ini.

Janganlah sampaikan kuih samosa yang hangit pun nak dikomenkan. Bukannya sempat Ajk tu nak memasak.   Dia cuma memesan dari sebuah restoran. Cuma silapnya dia tak memantau dengan baik, ataupun restoran tu tak memasak dengan ihsan. Mungkin?

Errr....

"Jom kita pandai-pandai mencari inisiatif sendiri, jika kita merasa tak puas hati dengan sesuatu"

Maksudnya, jika kita tak dengar apa yang prof mengajar di depan, kita yang bangun ke hadapan atau tambahkan focus kita. Bukannya menjerit meminta Prof menguatkan suara beliau sampai sakit tekak.

Jika kita lapar, kita yang bangun mencari makanan. Bukannya meminta sesiapa menghidangnya kepada kita.

Rebutlah pahala itu. Jagalah adab sesama manusia.

Kerana Erti hidup itu pada memberi.


Wallahua'lam. Saya yang bercakap ni pun banyak sangat kurangnya. Seolah-olah sedang smash diri sendiri.
T__________T


ok, Take care people (^.^)v


bait SQ,
11.42 pm

No comments:

Post a Comment