Pages

Wednesday, April 3, 2013

Kita Semua Adalah HERO!





Ketahuilah manusia,

Sesungguhnya nafsu yang memerintahkan kejahatan itu lebih memusuhimu daripada iblis. Iblis dan syaitan hanyalah faktor external dan mereka menggoda kita dari luar, mereka hanya akan berjaya masuk ke dalam diri kita melalui pintu-pintu mazmumah. Syaitan hanyalah memperalatkan nafsu untuk menguasai manusia.

Watak nafsu adalah sukakan permainan, berlengah-lengah, suka bermalasan, dan tidak suka merasa susah. Setiap rayuannya adalah batil dan palsu belaka. Jika kita menuruti rayuannya, maka hancurlah kita! Jika kita lambat melawannya, maka kita tentu akan tenggelam.

Nafsu tak pernah menuju ke arah kebaikan. Nafsu adalah sumber bencana. Dialah markas tempat Iblis bersarang dan menghasut kita. Maka, sesungguhnya,

Jika seorang hamba itu merenungi dan muhasabah semula umur-umurnya, dan berfikir untuk mencari akhirat, maka itu lagi baik daripada ibadah setahun.

" Berfikir sesaat lebih baik daripada ibadah setahun"

Maka, orang yang bijak akan segera bertaubat atas dosa yang lalu dan mencari keselamatan di akhirat. Orang yang berakal akan memutuskan angan-angan duniawi, segera bertaubat, mengingati Allah, sabar dari menuruti nafsu dan tidak menuruti hasutan syaitan.

Mari kita ambil banyak contoh daripada Rasul Saw, para sahabat dan tabiin terdahulu.

Diceritakan Malik Bin Dinar, seorang tabiin yang sangat thiqah (dipercayai). Beliau menahan nafsunya sampai ke saat akhir ajal beliau. Diceritakan ketika beliau sedang nazak menghadapi mautnya, dia teringinkan segelas madu, susu dan dimakan dengan roti panas. Maka, pelayannya segera menyiapkannya. Kemudian Malik mengambil gelas dan memandanginya seraya berkata " Wahai nafsu, engkau telah bersabar selama 30 tahun, padahal tinggal sesaat lagi umurmu". Maka dia membuang gelas itu daripada tangannya dan menahan nafsunya sehingga beliau meninggal dunia.

Nabi Sulaiman AS berkata:

"Sesungguhnya memerangi nafsu itu lebih sulit daripada membuka sebuah kota bersendirian"

Tengoklah betapa perumpamaan menjaga nafsu ini sangatlah rumit dan mujahadah.


Yahya b Muaz Ar Razi berkata:

Perangilah nafsumu dengan taat dan latihan rohani. Latihan itu adalah mengurangi tidur, makan dan bercakap. Sedikit tidur akan menyucikan hati, sedikit bercakap akan selamat daripada bencana. Bahkan sedikit makan dapat menundukkan syahwat. Dan cahaya hikmah adalah lapar. Serta kenyang dapat menjauhkan diri daripada Allah taala.


Sabda Rasulullah saw,

"Terangilah hatimu dengan berlapar. Perangilah nafsumu dengan lapar dan haus. Serta sentiasalah mengetuk pintu Syurga dengan lapar. Sesungguhnya pahala demikian ibarat pahala pahlawan yang membela agama Allah. Dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih disukai oleh Allah daripada lapar dan haus. Tidak akan masuk ke kerajaan langit orang yang memenuhi perutnya dan kehilangan lazatnya beribadah"

ouchhh!! sentap!! T_______T

Inilah antara hikmah berpuasa. Dengan berpuasa, kita mengurangi makan. Maka nafsu akan berjaya ditundukkan. So, hati akan lebih banyak mendengar nasihat daripada AKAL, berbanding arahan daripada Nafsu. Dengan syarat Akalnya waras dan dididik dengan ilmu agama.

Berpuasa mendekatkan diri kepada TAQWA



Selalunya,
bila terlambat bangun tidur untuk sahur, maka akhirnya aku terus tak puasa.
bila terlambat bangun subuh, then akan tertidur semula selepas solat subuh,
bila ada jamuan makan-makan dan aku makan semuanya dengan semangat,
bila selera makan memuncak dan aku membeli banyak jenis makanan untuk memuaskan nafsu makan,
bila sale 70% dan aku berbelanja macam nak rak..


I feel like a loser. L.O.S.E.R...!

Nafsu yang tak pernah puas ini pun aku turutkan?
hinanya aku kerana mencari dunia.

Nafsu adalah berhala. Ingat! barangsiapa yang menurutinya, bererti ia menyembah berhala. Orang yang menyembah Allah, dialah mampu menahan nafsunya.

Allah, mata pedih masuk habuk~ T___________________T



Abu bakar as-siddiq RA berkata,

"Aku tidak pernah semenjak aku masuk Islam agar ditemukan lazatnya beribadah kepada Allah. Dan aku tidak pernah minum puas semenjak masuk Islam kerana rindu bertemu dengan Tuhanku. Ini kerana banyak makan akan sedikit beribadah. Sesungguhnya jika orang banyak makan beratlah badannya, mengantuk dan lemahlah anggota badannya sehingga tidak membuahkan sesuatu. Dia tidur melulu bagaikan bangkai terbuang"

aduh, siapa yang potong bawang ni?? T______T


Dulu masa pertama kali aku mendengar perihal nasihat untuk menyikitkan makan, aku tak ambil peduli. sebab aku tahu perut manusia berbagai jenis. Ada yang metabolismanya tinggi, maka beliau perlu makan banyak. Ada yang memang metabolismanya rendah, so separuh pinggan sudah mengenyangkannya.

Tapi aku sedar sesuatu hari ini, YA, kalau kita banyak makan, maka badan akan malas dan susah untuk membuat kebaikan. Lagilah bila selepas makan, terus tidur, maka possibility untuk bangun qiam itu sangat rendah. Tapi tak mustahil.


Rasulullah pernah bersabda,

"Janganlah engkau membunuh hati dengan banyak makan dan tidur. Sesungguhnya hati akan mati bagaikan tanaman jika digenangi air."

Sesiapa yang pernah menanam pokok mesti tahu teori ini. Pokok memerlukan air untuk hidup. Dan baja untuk membesar dengan subur. Tetapi, jika berlebihan air dan baja itu. maka akan merosakkanya pula.

Begitu juga dengan badan manusia. Tak dinafikan kita perlu untuk makan, minum dan tidur, untuk kecerdasan aktiviti seharian kita. Tetapi jika makan berlebihan, akan gemuk dan obesiti. Jika tidur berlebihan akan malas dan kurang productivity.

Setiap benda ada pertengahannya. Perlukan keseimbangan.


Jadi, kesimpulannya, kita kena menjaga diri kita dari melakukan perkara-perkara mazmumah, even sekecil-kecil benda. Kerana daripadanya. syaitan dapat masuk ke dalam diri kita dan menggoda-goda nafsu kita.

Syaitan dan Iblis ni, depa dah hidup dari zaman Nabi Adam lagi, so nak dibandingkan dengan kita, pengalaman mereka sangat banyak. So, jangalah kita rasa kita dapat memperdayakan Iblis, takut-takut kita yang terpedaya.

Kita yang marhaen ni, better mencegah daripada merawat. kan?


Orang yang BERJAYA di mata Allah, bukanlah orang yang dapat Dean list setiap tahun, bukanlah orang yang dapat pingat daripada sultan. Tapi, orang yang BERJAYA di mata Allah adalah orang yang berjaya mengawal nafsunya dan dapat menjadi hamba yang patuh. Untuk mereka disediakan Syurga Firdausi. Maka, beruntunglah orang mukmin yang berjaya itu. ( Surah al-Mu'minun: 1-10) * Sila refer terjemahannya*

Tak cemburu ke??


Jom kita cuba mujahadah melawan nafsu kita, sebab kita pun nak merasa Syurga tertinggi tu kan? InsyaAllah~


Plus, kita semua manusia Allah bekalkan dengan Akal, Aqidah dan Hati untuk membuat perhitungan.

Antara kebaikan dan keburukan. Mesti kita dapat bezakan.


Sebab kita semua kan SUPERHERO? ('',) Mari melawan dengan cool dan bergaya. !


Take care people~ (^.^)v

p/s: Doakan kami nak exam 4, 7, dan 15 April ni. Cuak. Sebab kena exam time orang lain tak exam...~

=.=

p/ssss: Start counting. Ramadhan is just 99 days from now. Allahumma balighna Ramadhan~


** Sumber: Penenang Jiwa, Imam Ghazali.


bait SQ,
7.51 pm
22 jamadil awal 1434H

No comments:

Post a Comment