Pages

Wednesday, July 3, 2013

of Kot Putih


I'm reading them now. Superb! 

p/s: Post ini panjang. dan ianya hanya bebelan. Tak nak baca pun takpe :) 

10.28 pm

Bunyi cengkerik dan kodok saling kedengaran. Masing-masing nak tunjuk power agaknya.
Sekali sekala kedengaran bunyi helikopter berterbangan di atas rumahku.

Aku duduk di tingkat 5. Ala-ala pent house, jadi bila jenggukkan kepala ke luar, mudah sahaja untuk melihat kelibat helikopter berterbangan. Kuat bunyinya.

Aku meneruskan pembacaan buku. KOT PUTIH. Sebuah novel medik yang menarik perhatianku. Aku bukanlah minah yang tangkap cintan baca novel. Aku baca selected writer je. Hlovate dan Ramlee Awang Mursyid. Bagi aku karya diorang ada kualiti dan ibrah. Tapi aku tak kata novel lain picisan okay? Depends on korang la nak amek ibrah macam mana.

Okay, aku akui zaman dulu-dulu aku memang orang tu. Baca novel lebih laju dari membaca Al-quran. Errk! T____T

 Ditambah pulak dengan adik perempuan yang satu geng. So makin menjadi-jadi lah kami.

Namun, sejak dah mula mengambil medic ni, nak dapat masa terluang membaca novel memang haram   harapan. Jadi hobi membaca novel tu dah tak valid nak letak dekat bahagian 'hobi di masa lapang'. Sebab masa lapang ni susah betul nak menjengah.

Ditambah dengan dakwah tarbiah yang menyapa, aku rasa membaca novel chenta, baca kisah chenta orang lain ni tak bawak ke mana pun. Memang la menarik untuk membaca pengalaman orang lain. Tapi masalahnya bila dah terbuai-buai perasaan tu, kan ke tak best. Ni yang kes semua perempuan nak kawen dengan anak raja. Atau pun berangan nak kawen dengan lelaki nerd, tetapi rupanye hensem gaban banyak harta. haila~

Okeh! bukan tu yang aku nak share.

Lately, aku rasa macam sangat kering. Ya kering kontang. Kurang kasih sayang mungkin. Aku pun musykil jugak, rasanya banyak sangat limpahan kasih sayang yang Allah berikan kepada aku setiap hari, tapi mungkin hati ini yang bermasalah. Penat mungkin. 

Entah.

Aku mula rasa berat dan bosan mengulangi rutin harianku. 

Setiap hari hidup macam robot. Takde perasaan. Rutin yang sama. Setiap pagi terkocoh-kocoh sarapan pagi yang of course aku takkan tinggal walaupun dah lewat macam mana pun. Berlari-lari anak melintas jalan. Menuggu bas merah panjang. Murah rezeki tak sampai 5 minit tunggu, dah sampai basnya. Tapi bila Allah nak uji tu, adalah sampai 20 minit pun bas masih tak menjelma. Nak naik teksi, aduh, dalam LE10. Parah jugak poket. Nak bandingkan dengan naik bas yang hanya LE1. Aku sanggup gagahkan diri menunggu walaupun hati dah rasa macam nak patah balik rumah sambung tidur.

Sampai hospital, terus dengar membe present case yang baru clerk tadi. Untung dapat Dukturah yang best, dia akan explain case yang kami dapat. Dapat case yang bosan, eyh maksud aku case yang dah berulang kali kami ambil, kadang-kadang boleh tersengguk-sengguk semasa dukturah mengajar.

Nasib budak medic. Orang kata doktor ni jahat! Periuk nasi dia daripada kesusahan dan penderitaan orang lain. Student clinical year macam aku ni mesti happy bila dapat case rare. Tapi kes rare ni memang meranapkan masa depan patient. Kebanyakannya lah. Tapi tak semua.

Tapi pesakit dan keluarganya memang sangat tabah. Satu benda yang aku takde.

Then, lepas dah habis 3 jam clinical round. Sepatutnya kami ada rehat setengah jam. Tapi biasanya 30 minit tu habis dengan berjalan ke banggunan sebelah, tunggu lif, berebut dengan arab, kena tolak sampai rase nak nangis. Alih-alih tengok jam dah habis 30 minit tu bila elok-elok je kami sampai di lecture hall. 

Then bersedia untuk 3 jam lecture seterusnya.

Sama juga, untung badan dapat dukturah best, tajuk best, Aku boleh bertahan 3 jam tu tanpa tidur. Tapi lately, aku selalu tewas. akan ada jugak at least 15 minit aku dah berada dalam alam mimpi. Mujur aku tak pernah mengigau dalam lecture hall. Huuu.

Tepat jam 2.30 petang. Lecture terakhir tamat. Semua orang pun macam anak ayam, terus je sambar lif untuk balik rumah.

Hospital aku jauh. terletak di Abbasiah. dan rumah aku di Hayyu sabiek, Madinah Nasr. Pagi-pagi tak jem, 30 minit dah boleh sampai. Tapi petang-petang peak hour macam ni, ajaib la nak sampai awal, melainkan tremco tu bawak macam racing kereta. Itu boleh sampai dalam masa 25 minit. Tapi biasanya dalam 45 minit ke sejam untuk aku dapat sampai ke pintu rumah.

Sampai-sampai di rumah, terus hempas badan atas katil. Mata tak boleh bukak dah. Tapi kena gagahkan diri solat Asar dulu, sebab kalau dah terlelap tu, confirm akan pengsan tak ingat dunia.

Kena pulak hari yang aku ada tusyen. Acara tidur rehat petang ni akan tergendala, sebab kuliah habis jam 2.30 petang dan tusyen start jam 4 petang. Gap masa tu sempat untuk bertolak dari hospital ke tempat tusyen dan solat asar. Kadang-kadang sempat jugak la berehat dalam 15 minit. Itu pun kalau doktor tusyen sampai lewat sikit.

Entah. 

Setiap hari macam ni la jadual hidup aku. Ini baru jadual setengah hari aku. Bab agenda petang dan malam, ini kena tulis dalam post lain.

Ramai orang suka tanya, apa jadual seharian aku? Kenapa pack sangat hidup aku? Atau medic memang macam ni? Best tak ambil medic? MEsti best kan dah clinical year, dah nak habis belajar?

Entah la. Aku tak tau nak respon apa. 

Kadang-kadang sampai aku dah sangat bosan dan penat nak teruskan medic aku. Panas telinga dah kawan-kawan nak dengar aku bebel yang aku nak quit medic. Berabuk nasihat dah aku dengar. 

" Kau dah more than half, takkan kau nak quit? Sayang la. At least ko dapatkan dulu ijazah ni, then kau nak sambung jadi doktor ke tak, itu cerita lain", dia yang selalu mempositifkan aku.

Terima kasih sahabat yang tak penat nak layan karenah aku.

Jangan risau kawan. Aku masih rasional. Aku takkan buat kerja gila tu, Habis kena kejar dengan ayah dan yayasan Terengganu if aku quit tiba-tiba. Huu.

Tapi korang yang minat medic ni, takkan faham perasaan aku. Rasa terpaksa. Berperang setiap hari nak teruskan medic ni. 

Kenapa?

Sebab aku rasa jiwa aku tak sesuai dengan kerja doktor ni. Aku bukannya penyabar nak layan karenah pesakit bagai. Aku bukannya iron lady yang takde perasaan nak inject orang sesuka hati.

Walaupun aku tahu jadi doktor ni nanti boleh menyumbang kepada ummah. etc etc

Ada seorang senior tu cakap " Pelik lah dengan orang yang taknak ambil medic ni, tapi boleh je perform?"

Errk! Aku pun pelik jugak.

Selama 4 tahun sebelum ni, tahun pre-clinical, kami hanya disogokkan dengan teori. Medan kami hanya membaca buku medic dan jawab exam. Maka hafal la dengan segala upaya.

Untuk mendapat Mumtaz tu senang untuk mereka yang pandai menghafal.

Tapi sekarang tahun 5. Tahun clinical. Medan kami berjumpa pesakit. PEsakit itu lah buku kami. Maka, kena harus selalu mendampingi pesakit. BAnyak belajar dari pengalaman orang lain dan doktor-doktor. Maka kepandaian menghafal tu tak menjami segalanya.

Entah. Aku minat je medic ni. Tapi untuk aku menjadi doktor cemerlang, aku kena bina kekuatan dulu.

Sebab aku jenis tak suka hidup aku buzy dengan benda-benda yang takde life. Hidup macam robot. Pergi balik hospital. Kena marah dengan pesakit atau doktor pakar. Takde masa nak spent dengan keluarga. Dengan orang yang kita sayang. Berebut masa nak pergi usrah, daurah program bagai.

Entah la. Ini fikiran naif aku sekarang. Aku tahu cara pemikiran ni salah. Tapi buat masa ni aku tak dapat nak keluarkan diri aku dari kemelut jiwa dan perasaan ni. Ditambah dengan masalah bahasa arab aku yang buatkan aku susah nak mesra dengan pesakit arab. Buat aku susah nak amek history dari pesakit. Selalu buat aku rasa takde keyakinan diri depan pesakit.

Aku down.

***

Dalam aku tengah serabut tu, mungkin Allah mendengar permintaan hatiku. Nak dijadikan cerita, berikutan 30 june di mesir ni. Disebabkan faktor keselamatan, kami tak dibenarkan ke hospital buat sementara waktu. So, dah dapat cuti 3 hari. Boleh lah aku waraskan semula fikiran aku. Jiwa aku.

Dan entah dari mana Allah datangkan malaikat, ada seorang ukhti yang baru datang dari Jordan share kan novel KOT PUTIH ni dekat aku.

Novel kisah budak medic di tanah seberang, Jordan.

Best. Ayat dia santai. Aku rasa dekat sangat dengan semua karakter dalam tu. Sebab seolah-olah aku tengah membaca diri aku. Aku rasa macam nak menulis dan buat buku sendiri. Huu.

Sofeya, seorang yang minat muzik dan seni.Tapi terpaksa mengambil medic demi harapan ummi, abang dan ayahnya. Hari-hari digagahkan untuk melawan jiwanya yang memberontak.

Aku faham perasaan tu, sebab aku tengah laluinya sekarang.

Amran, mamat hebat yang pandai masak. Tapi allergic gila dengan sek-sek persatuan- usrah bagai. Bagi dia orang macam ni bawah kaki je. Perwatakan kasar. Perli dia memang sakit. Serumah dengan Pit.

Orang macam ni best! aku suka baca minda diorang. Suatu masa dulu-dulu aku pernah jadi macam ni. Tapi takde lah tahap bawah kaki tu. Orang macam ni banyak sangat dalam generasi sekarang ni. Tapi orang macam ni la buat aku selalu muhasabah, jangan nak salahkan usrah tarbiah kalau kita gagal study. Salahkan diri sendiri yang tak bahagikan masa sebaiknya.

Pit. Budak batch diorang jugak. Tapi kena repeat year. Aku tahu dekat JUST memang nak score exam memang nangis lebih nak bandingkan dengan kitorg dekat Mesir ni. Tapi korang nanti clicical lagi hebat la dari kitorg dekat mesir ni. Pit, dia baru nak berjinak-jinak dalam usrah lepas rasa hati dia sangat kosong dan ditinggalkan rakan se-batch. Hebat main basketball. 

Nauzubillah, harapnya Allah tak uji aku macam Allah uji Pit. *Walaupun aku suka main basketball*

Imah. Nama panjang dia Iris ape tah. Nama moden yang aku pun tak reti nak tulis. Hidup dia pack dengan aktiviti persatuan-meeting-usrah bagai. Tapi rupa-rupanya dia minat fotografi.

Jadual Imah ni padat macam jadual aku. Aku suka baca macam mana dia manage masa dia.

Aki. Juga sek-sek usrah ni. Budak famous batch dia. Tapi Amran benci dia. kesian~


Bila baca kisah diorang ni. Aku dapat rasakan semua orang pun alami benda yang aku rasa. Cuma Allah uji semua orang dari sudut yang berlainan. 

Sama ada aku akan tewas dengan perasaan ni. Atau aku nak kena mujahadah lawan.

Alhamdulillah, Allah tak uji aku repeat year macam Pit. Allah still kasi markah cemerlang walaupun aku menangis macam Sofeya. Allah masih bukakan hati aku dengan dakwah tarbiah, keluar dari allergic macam Amran. 

Allah masih kurniakan kasih sayangnya yang tak terkira dekat aku. Sama ada aku bersyukur atau sebaliknya.

Selama ni berabuk cakap mujahadah ni Pahit, sebab syurga tu nanti manis.

Then sekarang aku tahu pahit tu macam mana. Sebab tu Allah kasi akal dan hati untuk maniskan pahit tu.

Allah kasi Iman. 

Untuk aku pegang selalu.

Allah juga kasi aku ukhwah. Untuk serikan hari-hari aku.

Dan Allah jugak ajar aku, hidup ni jangan bergantung kepada manusia, sebab akhirnya kau akan merana.

Gantungkan diri hanya kepadaNya. Dia yang memberikan segala-galanya. Sama ada yang baik, atau yang sebaliknya.

DAn aku tahu aku kena kuat. Dan perkara yang menguatkan aku untuk stay atas medic ni hanyalah Dakwah dan TArbiah.

InsyaAllah, ada rezeki aku nak jadi doktor yang boleh menyumbang kepada ummah.

Ummat sekarang tengah tenat. Perlukan bantuan segera. Dan kalam doktor ni macam magic je.

Entahlah, sebab kita hidup dalam masyarakat yang memandang kepada rupa dan jawatan.

Biarlah aku takde rupa, tapi aku perlu ada jawatan itu untuk berdakwah kepada masyarakat.

Readers, doakan aku kuat dan tabah okay! Thank you (^.^)v


Tuesday with Morrie pun sama.

Best. Baca pengalaman hidup Morrie. Seorang professor tua. Dia membesar dengan sangat susah. Tapi akhirnya dia belajar yang benda paling penting dan mahal di dalam dunia ini adalah KASIH SAYANG. Dan dia mati pun dikelilingi kasih sayang. Cuma sayang beliau tak mati dalam Islam.

Takpe, ada masa aku cerita lagi kisah Morrie ni.

Credit untuk penulis 2 buku hebat ni. 

***

11.42pm.

Mata aku dah mula mengantuk. Bunyi helikopter pun dah sekain kurang kedengaran. Kawan pun dah bentang selimut toto dekat sebelah.

Okay, banyak dah aku membebel hari ini.

Moga esok hari, semuanya akan lagi positif. Mesir akan jadi lagi positif. 

Selamat Malam Mesir dan Seisinya.

Mesir. Dalam jagaan dan perlindungan Allah selalu.

p/s: Take care people! Moga sudah bersedia untuk menerima tetamu istimewa 7 hari sahaja lagi.Allahumma balighna Ramadhan. 


MHZ,
My Harmonica Zine

beyt SQ,
mendapatsemangatbaru,
11.44pm
23 sya'ban 1434H



No comments:

Post a Comment