Pages

Friday, August 2, 2013

Ramadhan, Firaun dan Al-Qasas~




Tersentak!

Ayat ni macam sangat kena dengan situasi sekarang.

“ Sungguh, Firaun telah membuat sewenang-wenang di bumi dan menjadikan penduduknya berpecah-belah, dia menindas segolongan dari mereka, dia menyembelih anak-anak laki dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sungguh, Firaun termasuk orang yang berbuat kerosakan.” (al-qasas; 2)

Sangat kena dengan Ramadhan sekarang ini, ramadhan kali ini ramadhan berdarah. Ditakdirkan Allah saya dapat merasainya di bumi Mesir ini, dapat menyaksikan sendiri dengan mata saya pertembungan haq dan batil. Dapat menyerap semangat-semangat jihad mereka. Sungguh, mereka memang orang yang hebat, sehinggakan Allah menguji mereka sebegini.

Dek kerana perkara ini, solat-solat terawih dan witir di masjid-masjid lebih terasa basahnya. Lagi-lagi apa bila mendengar doa qunut daripada Imam arab, yang merintih kepada Allah untuk memberikan keamanan kepada Mesir.

 Bersungguh-sungguh mereka meminta ditegakkan keadilan kepada bumi anbia ini. Meminta agar tidak berlaku lagi pertumpahan darah. Memohon agar dimuliakan darah-darah para mukminin. Dan doa itu diaminkan oleh beribu makmum yang hadir, bergegar dewan dengan amin para makmum.

MasyaAllah, tak dapat saya nak gambarkan perasaan ini dengan kata-kata, hanya Allah yang tahu syahdunya perasaan ini.

( * Tapi saya pelik juga jika kawan-kawan saya yang ber ramadhan di sini tapi tak merasa apa-apa. Wallahua'lam. Atau saya ke yang syok sendiri?  )

Entah la, secara peribadi pergolakan yang sedang di Mesir ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada saya. Sejujurnya, saya bukanlah manusia yang cakna dengan isu politik. Lagi-lagi politik dunia. Politik di Malaysia pun saya mula cakna berikutan PRU baru-baru ini. Politik di Negara lain? Harap maaf lah. Saya rasa itu bukan masalah saya.

Tapi berlainan dengan isu politik di mesir ini. Saya tak tahu kenapa saya sangat terpanggil untuk terlibat dan observe politik di sini. Lebih-lebih lagi bila Mesir merupakan antara Negara tentera. So, lagi la menarik jika ingin menganalisa politik di sini.

Tapi, yang saya ingin tekankan di sini, pergolakan yang sedang berlaku sekarang, bukan sekadar isu politik, tetapi ini melibatkan isu yang lebih rumit dan besar lagi, ini berkaitan isu Aqidah!

Pertembungan haq dan batil. Pertembungan Islam dan anti-islam. Pertembungan Islam syumul dan islam secular/ liberalism.

Dan apabila mereka sanggup menyerang rakyat sendiri dengan peluru hidup, ini memang sudah melampaui hak kemanusiaan. Mana boleh sesuka hati membunuh manusia? Orang islam yang tidak bersalah pula tu? Salah kah jika mereka ingin turun padang dan memberikan sokongan mereka kepada Presiden yang sudah dipilih secara sah? Adakah sokongan ini perlu dibayar dengan nyawa?

Oh, saya baru sedar betapa mahalnya harga sebuah keadilan!

Dan apabila imam membacakan ayat 2 surah al-qasas itu, segera ingatan saya melayang kepada peristiwa yang sedang berlaku ini. Firaun yang kita akui jahat dan zalimnya beliau sehingga sanggup menyembelih anak-anak lelaki. Semata-mata kerana takwil mimpi beliau bahawa suatu hari nanti akan ada seorang lelaki yang akan mengambil tampuk kepimpinannya, maka dibunuhnya semua anak-anak lelaki ketika itu.

Tetapi Firaun zaman sekarang ini sanggup membunuh bukan sahaja orang lelaki, malah kanak-kanak dan orang perempuan!

Juga kerana ingin mempertahankan kedudukan dan kuasanya.

Sungguh, firaun zaman sekarang lagi jahat dan zalim daripada firaun dahulu.

Dan beradanya saya di bumi Firaun dan Nabi Musa ini menyaksikan pertembungan ini takkan pernah berhenti, ia hanya akan ternoktah dengan kemenangan Islam kelak, insyaAllah.

Semoga Allah memelihara bumi ini dan seluruh isinya.

Juga Allah memuliakan orang muslim di mana sahaja mereka berada, sama ada di Palestine, Syria, Mesir, Malaysia, Rohigya dan di mana-mana sahaja.

***
“ Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:" Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami." (Al-Qasas : 7)

Allah! Hebatnya keimanan ibu Musa tatkala terpaksa menghayutkan anaknya di sungai Nil. Ibu mana lah yang sanggup buat macam tu, sedangkan seekor nyamuk nak hinggap ke tubuh anaknya pun akan ditepuk nyamuk itu, apatah lagi nak buat kerja berisiko macam tu.

Tapi, Ibu Musa sangat percaya akan janji Allah. Dengan tawakal dan yakin kepada Allah, dihanyutkan nabi musa. Dan beliau meminta kakak Musa mengekori dari jauh, sehinggalah nabi Musa sampai ke dalam kawasan istana Firaun.

Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya ia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah ia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah).  (al-qasas: 10)

Dan berkatalah ia kepada kakak Musa: "Pergilah cari khabar beritanya". (Maka pergilah ia) lalu dilihatnya dari jauh sedang orang ramai tidak menyedarinya. (al-qasas: 11)

Namun, Allah itu sangat pemurah kepada HambaNya yang bertaqwa, akhirnya ditemukan semula ibu Musa dengan anaknya, untuk menyusukan Nabi Musa di istana Firaun.

Boleh bayangkan perasaan syukur dan gembira apabila berjumpa semula anak yang dihanyutkan di atas sungai Nil, berjumpa semula dengan keadaan anaknya sihat dan hidup! Sedangkan semua anak- anak lelaki ketika itu disembelih hidup-hidup!

Allah!

Dan Kami jadikan dia dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan halnya itu), kakaknya berkata: "Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?" (al-qasas: 12)

Maka (dengan jalan itu) Kami kembalikan dia kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinya dan tidak berdukacita (disebabkan bercerai dengannya); dan supaya ia mengetahui bahawa janji Allah (untuk menyelamatkannya) adalah benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (yang demikian itu). (Al-Qasas: 13)

Tingginya taqwa beliau. Tingginya keimanan beliau.


Sedangkan kita di sini, hari-hari disibukkan dengan kehidupan robot kita. Fikiran kita disibukkan untuk memikirkan perkara-perkara remeh. Hari ni nak masak apa? Nak pakai baju apa? Dia terasa hati ke dengan aku? Macam mana nak menambat hati si dia? Etc.

Euuw!

Sedang dunia digemparkan dengan isu ummat Islam. Isu pintu ke Gaza ditutup. Isu rakyat Syria terus ditindas dan dibunuh. Isu rakyat Mesir ditembak kerana menyokong legimitasi.
Kita di Malaysia di sibukkan dengan jualan murah raya. Kuih raya, langsir raya, dan dengan fesyen raya peplum, kurung moden, tudung ainan, jubah umbrella etc.

Err…

T____________T


“ Ya Allah, letakkanlah dunia ini di tanganku, dan bukannya di hatiku.

Ya Allah, jangan lah engkau menyibukkan kami dengan perkara-perkara dunia ini. Perkara yang akan melalaikan kami. Perkara yang akan menjauhkan kami.

Ya Allah, kurniakan kepada kami keteguhan keimanan ibu Nabi Musa. Keteguhan keimanan para anbia yang diuji dengan segala dugaan. Keteguhan iman para sahabat dan para syuhada.

Ya Allah, kurniakan kebaikan kepada kami, di dunia dan Akhirat.

Ya Allah, berkatilah ramadhan kami. Semoga Ramadhan ini bukanlah yang terakhir untuk kami. Semoga Ramadhan ini akan menjadi booster untuk kami untuk terus meningkatkan amal ibadah kami.

Ya Allah, terimalah solat kami, puasa kami, doa-doa kami, rukuk kami, sujud kami, tilawah al-quran kami dan segala amalan kami dan peliharalah amalan-amalan kami dari hangus dibakar riak dan ujub.

Wahai tuhan yang memperkenankan pinta, perkenankanlah. Ameen.”

***

Mari kita muhasabah ramadhan kita. 

Ramadhan dah nak berlalu pergi. Adakah kita sudah memanfaatkannya sebaiknya? Sudah bersedia untuk memburu lailatul qadar?

Bak kata APG, tak mungkin lailatul qadar akan dapat diburu dengan hanya menulis di mukabuku tanpa usaha.

Zaaaaas!! 


"Adalah Rasulullah SAW jika telah masuk sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, beliau mengencangkan kainnya, menghidupkan malamnya, dan membangunkan keluarganya."
Mari kita ikut contoh dari junjungan kita yang Mulia.

Sekarang pun kita sudah melangkah ke fasa terakhir ramadhan. ( Tinggal beberapa hari pun je lagi)

Jom, kita kurangkan online, dan banyakkan tilawah Al-quran.

 Mari kita kencangkan lagi ibadah kita.

Mari Kita kurangkan mengumpat bercakap lagha, dan banyakkan zikir dan selawat.

Mari Kita kurangkan tidur, dan lebatkan qiamullail.

Ajakkan sekali keluarga, housemates, BFF, kawan baik kita mengencangkan ibadah.


Sedih dan RUGI lah, jika kita tidak memanfaatkan ramdhan ini sebaiknya. Jika kita rasa Ramadhan ini sama sahaja seperti bulan-bulan lain, RUGI lah kita. Kerana sesungguhnya Allah sudah menyediakan bermacam- macam offer untuk kita.

Bayangkan Kita yang sangat marhaen ni, setiap hari bergelumang dosa, dan tenggelam dengan dosa kita 

Kemudian, bila nak minta sesuatu, bersungguh-sungguh minta Allah kurniakannya kepada kita.

Setiap hari malas nak beribadah, tapi nak result mumtaz.

Setiap hari bergelumang dosa, tapi sibuk nak kahwin dengan lelaki soleh. Nak dapat rumah besar, harta banyak. 

Allah yang sangat Pemurah ini kurniakan dan makbulkan doa kita.
Malah Allah offer nak ampunkan dosa kita.  Semua dosa kita. 

Dan Allah datangkan Ramadhan kepada kita.

Dengan syarat kita berpuasa dengan beriman dan bersungguh-sungguh.

Tapi kita boleh buat dek je dan tak hiraukan offer Allah tu?

Hello!! Anda ni dah confirm-confirm ke ahli syurga? Anda maksum? ouh tidak mungkin!

Sedangkan untuk dapat masuk ke syurga itu pun, hanya kerana dengan rahmat allah. bukannya kerana banyaknya amalan kita. T____T

Bukan saya nak judge anda tak mungkin akan jadi ahli Syurga. Tapi kenapa kita ego dak tak mahu terima offer Allah tu?




Mari kita muhasabah.

Dan sangatlah rugi dan pelik jika sebelum bulan ramadhan kita tak tengok movie. Tapi kerana masa lapang dlm Ramadhan kita melayan movie. Berjam-jam pula tu. Tapi apabila membaca Al-quran, 10 minit pun kita terasa lama.

Sangatlah rugi jika dalam bulan Ramadhan mulut kita lagi banyak mengumpat, sbb banyak sangat masa lapang sebab tak boleh makan.

Sangatlah rugi jika selama ini kita tidur 5-6 jam, tapi kerana alasan penat, kita bantai tidur 8 jam sehari.

Errr. Apa sudah jadi ni? Kenapa terbalik?

Mari kita check, mungkin masalahnya pada HATI, atau IMAN? 

Masih tak terlambat untuk sedar dan catch up!

Jom, kita muhasabah. Mari kita kurangkan membazir masa dengan sesuatu yang lagha. 

Mari kita focus beribadah, dan tinggalkan dunia yang penuh permainan ini.

kembali kepada Fitrah. Suci. bersih dari dosa.

sebab itu hari raya nanti dinamakan Eidul Fitri. Iaitu kerana kita sudah kembali kepada fitrah, kerana dosa-dosa sudah dicuci sepanjang ramadhan ini.

 Jangan dok sibuk sangat nak raya, puasa ni tak habis lagi. Raya tu nanti kita tak pasti akan hidup atau tak. 


Persoalannya, yang kita dok nak sibuk sambut raya ni, kita ni layak ke nak ber hari raya?

T_________T

 Saya menulis ini pun sebagai teguran untuk diri sendiri .


Moga Allah redha setiap amalan kita, dan memilih kita untuk menjadi tetamu lailatul qadr nya  ~

p/s: Saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf, atas semua penulisan dan percakapan saya. Maaf zahir dan batin.

MHZ,
My Harmonica Zine,


beyt SQ,
2 minit sebelum berbuka puasa,
23 Ramadhan 1434H

No comments:

Post a Comment