Pages

Sunday, January 19, 2014

From Cairo to UK with Love 2

Bismillahirrahmanirrahim..

Suatu pagi yang indah di Suffolk, England

Assalamualaikum wbt,

Daripada post yang lepas, apakah kaitannya antara dont judge a book by its cover dengan jaulah saya ke UK?

 Kerana...

 Personally, sayalah antara kategori manusia yang suka menghukum orang tu.. *face palm*

 Sepanjang hidup saya, alhamdulillah saya dibesarkan dalam surrounding yang baik-baik belaka. Mami ayah sangat menitik beratkan tentang ajaran agama. Daripada umur 6 tahun lagi, saya di sekolahkan di tadika amal. Tadika islam dan kemudian menyambung pengajian di sekorah rendah Islam Al-Amin, SMK Sungai Pusu (cuma 3 bulan), kemudian transfer ke Smka Kuala Lumpur sehingga tamat tingkatan 5.

Memang mami dan ayah yang merancang dengan baik setiap perjalanan persekolahan saya. Sekurang-kurangnya saya sudah mempunyai asas-asas agama, fikir mereka.

Kemudian saya ke Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) selama 3 bulan sebelum terbang ke Mesir pada 2008 sehingga sekarang.

Sejujurnya, saya memiliki rakan-rakan yang baik di sisi, even mereka nakal. Tapi mereka tetap seorang muslim yang baik (ie: masih menjaga batas2 sebagai seorang muslimah, solat penuh waktu, menutup aurat etc)

 Dan saya mengalami kejutan budaya yang dahsyat ketika di Matrikulasi, dan lebih malang lagi, saya mula menggemari gaya hidup yang bercanggah dengan islam itu.

Saya seronok apabila dapat keluar dari rutin yang perlu ke surau setiap kali solat fardhu.
Saya merasa bebas dapat mengecikkan saiz tudung saya.
Saya rasa lebih yakin apabila dapat meluaskan jaringan persahabatan saya dengan berkawan perempuan lelaki melebihi batasan.

Sebenarnya, saya lah yang menjerat diri sendiri. T___T

 Tetapi, ternyata Allah lebih menyayangi saya dengan memilih untuk menghantar saya ke Mesir walaupun sebenarnya saya tidak mahu dan rebel.

" Kenapa kena sambung dekat Mesir? Tak boleh ke tempat yang takda bahasa Arab?"
" Haissh.. dah elok-elok belajar dekat Matrik tu, kenapa kena sambung dekat Mesir pula??"

Inilah antara jeritan hati saya. hati yang ak bersyukur dengan nikmat Allah.

Tetapi rahmat Allah itu sangat luas, Dia telah memasukkan saya daripada kegelapan kepada cahaya hidayah yang terang benderang, iaitu jalan dakwah dan tarbiah yang menerangi jalan hidup saya sehingga sekarang, walaupun pada awalnya banyak juga drama rebel2 bla bla..

Dan, jalan dakwah tarbiah ini telah menemukan saya dengan ramai akhwat yang sungguh Osem. yang sangat baik hati, tulus ikhlas, penyayang dan segala-galanya yang baik.

Sehingga saya lupa saya sebenarnya berada di alam yang direka oleh kami. Alam yang kami reka, untuk membentuk biah (suasana) di sekililing kami, supaya dapat sama-sama berubah dan terus bermujahadah menuju redhaNya.

Tanpa disedari, persekitaran yang baik ini telah membentuk pemikiran saya. Sehingga saya sangat cepat jugde orang pada pandangan pertama.

Kalau nampak orang yang warnakan rambut, saya boleh buat muka cool. Tapi dalam hati mungkin dah terkutuk beliau.

Kalau nampak orang yang stok  huha-huha kecoh kepoh, saya akan memandang pelik dalam hati. Lagi la kalau dia buat kecoh dekat tempat awam. Bagi saya dia sangat tak menghormati orang lain.

Kalau nampak orang merokok, ouh memang saya benci. Sebab mereka inilah manusia yang akan menyusahkan doktor bila dah jatuh sakit nanti.

And the list will go on.. (saya tak sanggup nak tulis lagi).

Padahal, suatu masa dahulu saya mungkin tergolong dalam manusia yang sebegitu, malah mungkin lebih teruk lagi. *facepalm. Tak sedar diri betul *

Tapi, Allah telah memberi pengajaran yang sangat besar di bumi UK ini.

Bila mana melihat mamat-mamat yang merokok, mereka lah yang menawarkan diri untuk menolong saya mengangkat beg kargo yang berat menaiki tangga-tangga yang tinggi di stesen tube.

Minah-minah yang pakai baju sendat tiba-tiba masuk ke dalam masjid dan berkejar untuk solat. (Sebab saya dah tahu sangat betapa susah dan mujahadahnya mereka di Uk ini ingin menjaga waktu solat. Kalau jumpa mereka yang masing menjaga solat dan tak hanyut dengan budaya moden mat salih ni dah cukup baik ).

Awek yang warnakan rambut, sebenarnya pakai tudung. Maybe dia warnakan rambutnya dengan inai. Lebih haru dia yang tolong buka kan pintu rumah ketika saya sedang kesejukan menggigil di luar rumah. Kalau tak maybe saya dah mati beku.. (Sebab time tu tengah hujan with 5 degree celcius. Sejuuuuk gile!!)

Dan melihat akhwat di sini, walaupun tudung mereka lebih pendek daripada saya, tetapi penghayatan mereka terhadap islam lebih baik dari saya. Malah mereka tak segan langsung hendak solat di tengah-tengah taman, changing room etc.

Walaupun mereka membaca al-quran tergagap-gagap, tapi effort mereka untuk mengaji itu buat saya malu besar. Terserlah keikhlasan mereka dalam setiap huruf yang dieja.

Dan kadang-kadang saya acuh tak acuh sahaja melayan tetamu yang bertandang di rumah saya di Mesir, lebih-lebih lagi sebelum ini saya buzy exam final, tetapi akhwat UK yang tak pernah mengenali saya selama ini, baru berkenalan melalui FB, boleh menerima saya dengan hati terbuka, juadah terhidang dan diberi penginapan percuma di rumah mereka.

Walaupun secara logicnya saya ini bukan sesiapa pun dalam hidup mereka yang perlu mereka layan dengan ukhwah yang hangat. Tapi inilah kemanisan Islam yang mempersaudarakan kami (Al-Anfaal: 63)

 Seriusly, sebenarnya mereka lebih menghayati islam ini walaupun sekeliling mereka dipenuhi oleh Mat salleh.  Walaupun zahirnya mereka kelihatan biasa-biasa sahaja, tetapi sebenarnya mereka sangat bermujahadah dalam amalan seharian mereka.

Malah ada akhwat yang mengambil kelas bahasa arab untuk lebih memahami Al-quran. (Which is saya menggunakan alasan buzy, sehingga dah lama pause kelas bahasa Arab saya. T______T.)

DONT JUDGE A BOOK BY ITS COVER.

Saya  berharap anda semua mengambil pengajaran daripada kisah hidup ini.

Jangan cepat menghukum orang.

Kerana mungkin sekarang Alhamdulillah kita diberi rahmat Allah dapat terus bertahan atas jalan Islam ini. Tapi kita tak tahu bagaimana penghujung hidup kita.  

Saya sangat berharap kita semua sempat bertaubat sebelum meninggal dan dipilih Allah untuk mati sebagai syahid dan mendapat khusbul khatinah.

Yang paling saya takuti, mereka yang teruk pada pandangan mata kasar kita, tetapi akhirnya mendapat hidayah Allah dan mati dalam khusnul khatimah, dan saya yang konon-konon so called baik ni tersungkur di pintu syurga. Nauzubillah min zalik. T_____T.

Readers, tolong doakan saya diberikan keikhlasan dalam setiap amalan. Dan dipelihara dari riak dan takabbur. Ameen.

  InsyaAllah, kita akan menjadi menusia yang lebih positif dan memandang jauh dalam setiap perkara.

 Seperti yang saya pernah tuliskan,

Biarlah sesiapa pun mad'u kita, jangan cepat menghukum dan teruslah berdakwah dengan hikmah, cool dan bergaya.

 Kerana TARBIAH itu milik semua.   

Dan kerana semua orang layak mendapatkan SYURGA.    
   

MHZ,
28 dis 2013
 10.32pm
Menulis ketika di dalam train pulang ke London.

Friday, January 10, 2014

Contengan Kehidupan 1#


Indeed!

Bismillah..

Sejuk hati saya sepanjang kelas klinikal pagi itu. Professor Pakar Bedah saya, mencampurkan pengajarannya dengan beberapa tazkirah yang sangat menyentuh hati. Inilah untungnya memiliki Professor yang menghafal Al-quran dan pandai pula mengajar.

" Parasympathetic acts on relaxed situation. It evacuates colon, stomach, urinary and all except ejaculation. While Sympathetic acts on fight and flight.

 In Al-quran Allah says that ...


A004


Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan. (Quraisyh: 4) 



Which means that we will never sleep in 2 condition. Hungry and worried.(dangerous).

Well, medicine must walk together with Al-quran. Because Allah already mention that Al-quran is a therapy for heart.

If you have diabetes, then insulin is the therapy.
If you have headache, analgesic can reduce pain.
If you have gastric ulcer, antacid can relieve, insyaAllah..
But if your heart have the problem, then what is the medicine?

Al-quran.

When you read it. You'll feel calm and relaxed. Depression can go away."


***

 Petang tu, semasa saya ingin pulang ke rumah dari hospital. Seperti biasa saya menaiki tramco.   Kebiasaanya, hanya dengan bayaran LE1.50. Tapi hari ini, pakcik driver ni minta lebih, LE2.00 seorang..

Maka, as expected, berlakulah perbalahan di antara pakcik driver dan beberapa orang penumpang.

"Kenapa pulak LE2.00? Semalam aku naik LE1.50 je", marah seorang perempuan. Kuat juga suaranya sampaikan satu tremco kedengaran.

" Takde- takde. Bayaran Le2.00 jugak. Kalau awak tak mahu bayar takpe,boleh turun di tepi jalan ni sekarang", pakcik driver ni membalas. Main ugut-ugut pulak.

 " Okay, aku turun sekarang", nampaknya perempuan itu tak mahu mengalah.

Aku lihat kiri kanan, sebenarnya sekarang ni dah masuk jalan besar highway yang bersimpang siur. Betul ke perempuan ni nak turun dekat sini?

Tiba-tiba, seorang wanita yang duduk di sebelahku menghulurkan duitnya kepada pakcik driver.

"Nah, aku bayarkan untuk dia ", ujarnya ikhlas. Mungkin serabut dengan perbalahan yang berlaku.

tersentak aku yang hanya menjadi pemerhati drama ini..

MasyaAllah, nampaknya masih wujud lagi manusia yang baik hati akhir-akhir zaman ini. Aku ingat kebaikan itu telah pupus dek jual ikan (baca: sellfish) yang semakin bermaharajalela.


***

10.30 pm.
4 januari lepas.

Malam yang hening itu dicemari dengan jeritan seorang perempuan. Nyaring dan jelas kedengaran dari rumahku di tingkat 5 ni.

" Bunyi apa tu? Nauzubillah. Harap-harap tiada apa-apa buruk yang berlaku", monolog hatiku.

5 minit kemudian, bunyi jeritan tadi bersambung dengan bunyi esakan yang memilukan.

Aku dan housemates menjengah ke tingkap rumah. Kelihatan di tingkat bawah sekali, sekumpulan lelaki sedang mengerumuni perempuan itu. Sayu hati melihat esakan perempuan itu.  dan masih ada beberapa orang lagi yang sedang berjalan ke tempat kejadian.

Kemudian, datang beberapa pemuda dengan menaiki motorsikal.

" Aku dah cuba kejar pencuri tu, tapi terlepas", ujar salah seorang daripada mereka. Membawa laporan.

Ouh, baru aku tahu apa yang jadi. Handbag perempuan itu dicuri, dia menjerit sekuat hati dan sepantas kilat ada beberapa pemuda yang tolong mengejar pencuri itu. tetapi malangnya pencuri tersebut berjaya melarikan diri.

Tapi yang aku sangat kagum adalah, sejurus selepas mendengar jeritan itu, berpusu-pusu jiran tetangga yang hadir menghulurkan simpati. Bukan seorang dua, tapi 20 orang lebih.

Subhanallah.    

***   

Sabtu lepas, beberapa rakan sekelas saya pergi ke Emergency Room di Hopital Zahra, hospital tempat kami belajar. Tuah mereka, dapat menyaksikan seorang mangsa yang ditembak di kepala. Mangsa dibawa ke hospital oleh rakan sekerja mangsa. dan mangsa masih lagi memakai pakaian seragam kerjanya. Mungkin mangsa ditembak oleh pencuri  ketika sedang bekerja.

Aku terfikir, sebenarnya hanya Allah yang menjaga kita sepanjang hidup kita. 

Allah juga yang menjaga keluarga kita sebaik sahaja kita keluar dari pintu rumah.

Hanya Allah. Ya hanya Allah.  Allah, Al-wakeel.

 Walaupun kita rasa kita hanya keluar sebentar sahaja ke kedai runcit di hadapan rumah kita.

Ayah saya selalu berpesan, angah selalu amalkan doa pelindung. Maathurat pagi petang. Kita kena selalu berlindung dari bala yang menimpa kita. Kadang-kadang musibah itu bukan datang daripada tangan kita sendiri, tapi datangnya daripada kealpaan orang lain. Nauzubillah min zalik kalau terkena kepada kita.

Aku mengangguk mengiyakan.


"Contohnya, masa drive kereta. Angah dah pasti dah yang angah akan drive elok dan cermat. Tapi nauzubillah mana tahu kemalanfan menimpa kita dari kereta di sebelah kita yang cuai".

Nauzubillah min zalik.   Ya, hanya Allah sahaja tempat kita berlindung. Jangan riak dan bongkak mengatakan kita akan dapat menjaga diri sendiri, dengan usaha sendiri. Ingatlah, kita sekarang ni berpijak di bumi Allah.

A173
Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: 
"Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)".

Indeed!

hanya kepada Allah kita berserah dia. Allah The Guardian.



Hasbunallah wanikmal Wakeel.


beyt SQ,
5.36pm

Thursday, January 2, 2014

Tirai 2014


Ahlan wasahlan ya 2014

2013

Tahun yang memberi seribu satu makna.
Kehidupan saya berputar seperti Roller Coster. Turun naik itu memang lumrah kan?

Alhamdulilah, tirai 2013 saya dibuka dengan sebuah hadiah dari Allah, Alhamdulillah bersama-sama trip A2G12 ke Gaza, kami banyak belajar dari bumi cinta itu.

Melihat anak-anak di sana yang sungguh menghargai kehidupan ini, walaupun mereka tahu yang kematian itu bakal menjemput bila-bila sahaja. Kerana mereka yakin, kematian dan syahid, antara jalan yang akan mengumpulkan mereka sekeluarga di akhirat sana, di syurga.

Gaza dan penduduknya, masih terngiang kata-kata seorang mujahid,

" Kami tiada apa-apa di Gaza ini, yang kami ada hanyalah diri kami sendiri. The only human resourse that we have is ourself!" katanya dengan sangat bangga.

Allahu!

Sedangkan rakyat di negara sendiri, diri sendiri pun entah ke mana! Mungkin kerana kita melihat dunia masih aman, maka kita merasakan kita selamat? entahlah.

Peluang dapat tidur semalaman di rumah seorang penduduk Gaza, masih saya ingati hingga saat ini. Kami dapat bercerita panjang dengan mereka. Sangat terasa hangatnya ukhwah itu, walaupun mereka terkial-kial untuk memahami bahasa Arab yang kami tuturkan.

Seorang nenek menceritakan bahawa dia selalu solat dan menziarahi Masjid Al-Aqsa ketika zaman mudanya, tetapi kini tidak. tetapi katanya, Masjid itu sangat-sangat indah, dan tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Allahu!

Pakcik yang menjaga kumpulan kami berkata, " Tiada lagi A2G, Aqsa to Gaza selepas ini, InsyaAllah selepas ini A2A, Aqsa To Aqsa."

Ameen. InsyaAllah, kita akan solat dan membebaskan masjid Aqsa selepas ini! Ameen.



Wajah suci anak-anak Gaza


Kemudian 2013 terus memecut laju, dengan pelbagai aktiviti dan program-program tarbiah yang sangat menarik. Kehidupan seperti warna-warni yang tercorak di langit selepas hujan, cantik indah.

Tetapi, pertengahan 2013 menyaksikan saat yang saya hampir-hampir tewas dalam perjuangan medic saya. Tak sangka, begitu susah ingin meneruskan langkah dalam bidang perubatan ini, sehingga saya mempersoal kembali kenapa saya berada di Mesir dan mengambil medic? Kerana harapan ibubapa?

Ah, klise sungguh jawapan itu. Hati saya memberontak. Langkah kaki ke hospital setiap hari bagai dipaksa-paksa.

Sehingga Allah memberikan jawapan kepada persoalan di hati saya dengan hadiah Ramadhan yang paling berharga, iaitu Ramadhan tahun ini dengan peristiwa Rabaah.

Dengan mata saya sendiri, saya menyaksikan keikhlasan perjuangan mereka, menuntut hak kebebasan. Menegakkan semula hak demokrasi yang telah dicabul. Demi Allah, saya merasai aura jihad mereka, menyelubungi seluruh perjuangan mereka, sehingga saya malu sendiri dengan diri sendiri,

" Apalah nak dibandingkan perjuangan aku dibanding dengan perjuangan mereka menuntut keadilan di bumi tanah tumpahnya darah mereka sendiri?"

Saya melihat di hadapan mata, tarbiah yang sangat susah untuk menegakkan keadilan. Kebatilan bermaharajalela seperti tiada Allah di dalam dada. Keadilan dipijak-pijak diludah begitu sahaja.

Dan demi Allah, hanya kerana adanya pemuda-pemuda yang ikhlas ini, maka peristiwa ini dapat membuka mata dunia tentang apa sebenarnya yang berlaku di Mesir.

Dan saya sangat yakin bahawa kebenaran akan tertegak semula di bumi anbia ini, InsyaAllah.

" Jangan sesekali kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, sebenarnya mereka itu hidup di sisi Tuhannya mendapat rezeki. 

Mereka bergembira dengan kurniaan yang diberikan Allah kepadanya, dan bergirang hati terhadap orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati" (Al-Imran: 169-170)

Sungguh, Allah mengajar saya bahawa perjuangan ini sangat lurus dan hanya orang yang ikhlas sahaja yang tidak akan merasa takut menegakkan kebenaran walaupun seluruh penduduk bumi membencinya.

Tunggu aku, wahai penghuni syurga sekalian!

Serangan 14 Ogos

Perbezaan Tamarrud dan Tajarrud


Solat zohor di Masjid Rabaah


Ucapan macho Presiden Morsy


dan akhirnya, tirai 2013 ditutup dengan jaulah ke UK.

MasyaAllah. melihat kesungguhan akhwat di sana berubah, buat saya rasa mujahadah mereka sangat besar di mata Allah, dibandingkan dengan mujahadah saya setiap hari.

Ada yang sebelum ini free hair, rambut diwarnakan, skinny jeans, baby T dan sekarang Alhamdulillah sudah manis bertudung litup blause dengan skirt menutup diri.

Bumi UK, bumi yang mana Islam dan Jahiliah itu jelas kelihatan. boleh dinilai sendiri dengan mata hati.

Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.
(HR. Muslim dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)



dan Saya melihat akhwat di sana sangat mujahadah untuk mengamalkan islam itu sendiri. dengan Izzah (bangga), tanpa segan mereka mampu untuk solat di bawah tangga, di dalam fitting room, dan di mana-mana sahaja hanya semata-mata untuk tidak ketinggalan waktu solat.

Tiada azan yang kedengaran di sana, hanya IMAN yang menentukan bahawa kita akan solat atau tidak. Hanya IMAN yang menentukan kita akan menutup aurat atau tidak. kerana tiada sesiapa yang akan kisah jika kita tidak solat atau tidak menutup aurat. Semuanya hanya antara diri sendiri dan Allah.

Tetapi, masih ada yang mampu bertudung labuh di sana, MasyaAllah.

Masih ada yang tidak segan menjadi Asing. Maka beruntunglah mereka.

dan saya sangat bersyukur Allah tamatkan jaulah saya dengan perjumpaan bersama sisters-sisters di program-program, sekaligus membetulkan semula niat saya berjalan ke sana.

Alhamdulillah atas semuanya..

Green Park, London




Cool gile diorang buat FlashMob Syria depan National Gallery of London

Harrods

PMS 2013, Suffolk


Ouh, apa-apa pun, saya ingin mengajak semua pembaca, untuk melihat semula dan muhasabah:

- Apakah amalan kita selama ini sudah mencukupi?
- Apakah azam baru yang ingin kita laksanakan bersempena tahun baru ini?
- Adakah kita sudah berpuas hati dengan kejayaan kita hari ini? Maksud saya, adakah kejayaan kita hari ini akan memberi keuntungan kepada ummah?

atau... Adakah tahun baru tidak membawa apa-apa erti dalam hidup anda? =.=


Semoga Allah mengurniakan kematian yang menghidupkan kepada kita semua.

Semoga Allah menerima setiap amalan seharian kita dan semoga Allah memilih kita untuk mati di dalam khusnul khatimah, Ameen.

Umat islam itu, hari ini lebih baik dari semalam, dan esok insyaAllah lebih baik dari hari ini.

Mari kita semua mencorakkan 2014 kita dengan celupan-celupan Allah. Semoga tahun 2014 akan menyaksikan tertegaknya semula khilafah Islam di muka bumi ini, insyaAllah! Ameen..

Mari semua, kita sumbangkan tenaga kita kepada ummah. InsyaAllah, semuanya bermula dari diri sendiri!



MHZ,
Salam 2014,
Salam Perjuangan,
Road to Ustaziatul Alam.

1 Januari 2014.
8.15pm,
Beyt SQ, Kaherah