Pages

Monday, April 28, 2014

Mari Kita Kukuhkan Benteng Itu..



A016
Iblis berkata: 
"Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;
A017
"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".

Ya. sumpahan Iblis itu sudah menjadi kenyataan!

Iblis dan syaitan pasti akan menggoda kita dari pelbagai arah, dari kanan, kiri, depan, belakang kecuali atas dan bawah.

Ia tidak dapat datang dari atas dan bawah kerana terdapat pertalian doa dan sujud yang mengikat seseorang hamba itu dengan Tuhannya dari 2 arah berkenaan.

Muhammad Lili Nur Aulia berkata di dalam bukunya,

" Aku perhatikan keimanan itu bak sebuah benteng yang melindungiku dari syaitan. 
Tapi pada dinding benteng itu terdapat lubang-lubang yang bisa dijadikan sela untuk masuknya syaitan. 
Lubang itu di antaranya adalah kesombongan yang mempunyai rongga-rongga yang nyaris tak terlihat.
 Seorang mukmin harus berwaspada terus menerus untuk menjaga bentengnya. 
Menutup semua lubang itu dengan teliti agar terlindungi dari datangnya syaitan."

T___T

Iblis merupakan makhluk yang sangt berpengalaman. Bayangkan dia sudah menggoda manusia dari keturunan Nabi Adam lagi, sehingga kepada cucu cicit Nabi Muhammad.

dan syaitan sangat mengerti bahawa, dia takkan mampu merobohkan benteng itu dengan mudah.

Mana mungkin dia menggoda orang beriman supaya meninggalkan solat?
Mana mungkin dia menggoda wanita beriman untuk menanggalkan tudungnya?
Mana mungkin dia menggoda pemuda beriman agar menderhakai orang tuanya?

Tetapi, berbisanya godaan syaitan, dia mampu membuatkan pemuda beriman meninggalkan khusyuk solatnya. Beerti, seseorang itu menunaikan solat, tetapi hanya sekadar untuk menggugurkan kewajipan, namun tidak hadir sebarang nikmat beribadah!

" Hati-hatilah kalian daripada kekhusyukan yang nifaq. 
Yakni bila tubuh seseorang secara lahir terlihat khusyu' tetapi hatinya tidak khusyu' " 
( Khuzaimah ibnu Yaman RA)

Juga bahayanya godaan syaitan, dia bisa membuatkan wanita beriman meinggalkan zikir hariannya, hanya kerana ingin menyelesaikan beberapa perkara duniawi.

Juga hebatnya penangan godaan syaitan, dia bisa membuatkan orang mukmin melupakan taubatnya kepada Allah dengan menganggap kehidupan sehariannya bersih dari dosa!

Nauzubillahmin zalik. Semoga Allah menjauhkan kita semua daripada godaan bisikan syaitan yang merosakkan.


Marah.

Ia juga merupakan salah satu perkara yang menjadi rongga-rongga yang merobohkan benteng itu.
Apabila marah menguasai diri, fikiran tidak mampu berfikir panjang lagi. Pasti akan terhambur kata-kata kasar yang bisa menyakitkan hati sesiapa yang mendengarnya.

Kemudian, persengketaan akan terjadi dan syaitan akan terus meniupkan bisikan-bisikan yang menghangatkan prsengketaan itu.

Nauzubillahmin zalik. Semoga Allah menjauhkan kita semua daripada godaan bisikan syaitan yang merosakkan.

Mahalkan marahmu. T_____T
Mari, kita kukuhkan benteng keimanan kita. 
Mari kita perbaiki dan sempurnakan solat kita.
Mari kita maknai setiap sujud-sujud kita.
Mari, kita benamkan kesombongan di hati-hati kita.
Mari, kita mahalkan harga kemarahan kita.

kerana,

" Makruh hukumnya bila seseorang mendirikan solat dalam keadaan malas" ( Ibnu Abbas RA)

T_____T

Maka, selamat bermujahadah semua!


Mari jadi kuat!
MHZ,
Beyt SQ,
9.45 pm

Tuesday, April 22, 2014

[Repost] Penulis Yang Disayang Tuhan



Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah dengan rahmatNya, masih lagi kita dapat meneruskan kehidupan di muka bumi ini, menghirup nafas dengan bebasnya, Alhamdulillah.

dan Alhamdulilah juga, saya baru sahaja selesai menghadiri Forum Pena Daie.
MasyaAllah, kagum dengan semangat penulis-penulis semua. Suatu masa dahulu, saya juga pernah berada di tempat kalian. Namun ketika itu, peluang untuk berbengkel/ berbicara mengenai penulisan sangat terhad. Selepas saya sudah menulis mengarut2, baru lah saya menyertai beberapa bengkel penulisan yang ada untuk memperbaiki mutu penulisan saya. Beruntunglah kalian!

dan di bawah ini saya re-post semula beberapa perkara yang saya pelajari di bengkel penulisan suatu masa dahulu, sebenarnya kebanyakan point-point di bawah ini sudah dikongsikan di dalam forum tadi, errr, tapi tak ape, semoga membantu dan selamat menulis!!

Mari, kita jadi Penulis yang disayang Tuhan :) Moga Allah memberkati setiap usaha kita, ameen.

***

Jika tentera di sempadan, bersenjatakan  M-16 di sisi,
Doktor di hospital bersama sthatescope dan picagarinya,
Guru di sekolah beserta marker dan kapurnya,
Penulis pula bersenjatakan pena dan dakwatnya..

Untuk memberikan kebaikan kepada umah sejagat...

Siapa kata menulis ini perkara remeh? Perkara yang dilakukan pabila ada waktu lapang?

Kerana bisanya pena ini, hingga membawa Syed Qutb ke tali gantung. Betapa berbisanya kesan penulisan beliau kepada masyarakat, sehingga menakutkan pihak musuh!

Lihat kesannya!

Pesan Pak Latib, "Penulis harus sentiasa fikirkan apakah faedah yang diperolehi oleh pembaca-pembaca daripada penulisannya!"

Menulis bukan kerana suka-suka. Bukan hanya untuk kepuasan penulis. Bukan setakat meluahkan perasaan dan berkongsi pengalaman. Bukan setakat itu! Bukan!

 Dunia ini, dengan penulisan, dakwah dapat disampaikan dengan meluas. Malah mungkin akan bertahan bertahun-tahun lamanya. Seperti tulisan Hamka, kitab-kitab sejarah dan falsafah. Boleh bayangkan dengan usaha yang sedikit ini, pahala akan mengalir hingga ke kubur, walaupun penulis sudah meninggal dunia.

" Ya Allah, dari manakah datangnya pahala ini?"

" Daripada usaha yang kamu kerjakan di dunia ketika hidupmu"

Boleh bayangkan tenang dan gembiranya sang penulis di dalam liang lahad beliau? Tapi, itu jika menulis perkara kebaikan. Boleh bayangkan pula jika penulisan itu berunsur keburukan? Mungkin sampai ke kubur dosa-dosa akan mengekorinya! Nauzubillahminzalik..

Jadi, jika kita hanya menulis untuk kepuasan penulis. Untuk diabadikan sebagai catatan hidup, penulisan tidak akan ke mana-mana. Pahala tidak akan diganda. Berbeza jika kita cuba  untuk menulis, dan mengajak orang lain membacanya, siapa tahu dengan usaha kecil ini akan menyantun hatinya? InsyaAllah~ :)

Sasterawan vs Sasterawang

Sasterawang, istilah yang pertama kali saya dengari dari mulut Cik Puan Azzah AR ketika bengkel penulisan tempoh hari.

Pernah saya terfikir, kenapa menulis harus berkira tentang duit? Kenapa penulisan harus dibukukan? Jika dibukukan, buku-buku bestseller pantas sahaja kehabisan stok. Sehinggakan saya terpaksa fotostat untuk membacanya. Fikir saya ilmu harus disampaikan, tak perlu berkira sangat jika ada sesiapa yang ingin mencetaknya. Tapi sekarang saya mengerti, dunia kini, tanpa duit kita takkan ke mana-mana.

Dakwah perlukan duit. Bukan hanya untuk meneruskan hidup perlukan duit, tapi untuk tidak membiarkan dakwah terus berkubur, perlukan dana yang besar! Malah, penulis juga punya keluarga untuk disara, perlukan makanan untuk dimakan, perlukan pakaian dan barang keperluan. Malah, perlukan duit untuk membayar tol, cukai, dan duit kereta. *dunia sekarang nak buang air pun kene bayar. Huuu*

Oleh itu, nampak sangat keperluan WANG dalam penyebaran dakwah. Dengan wang, boleh diadakan program-program kebaikan, majlis-majlis ilmu, konsert amal Palestine, dan lain-lain.

*Tips dari Cik Puan Azzah, lagi tebal sesuatu buku, lagi tinggi royalti yang akan diperolehi.huu*

Bahasa Melayu Tinggi vs Bahasa Melayu Rendah

Biasa kita dengar pasal bahasa arab tinggi kan? BMT bukanlah bahasa melankolik yang berbunga-bunga. BMT hanyalah bahasa Melayu yang kita belajar di sekolah. BM yang betul tatabahasa dan penggunaannya.

Ramai orang termasuk saya berfikir, jika menulis dengan BMT, penulisan akan menjadi skema dan bosan serta tidak 'basah' dan tidak sampai ke hati, tapi ini sebenarnya hanya akan berlaku jika penulis tidak pandai menggunakannya dengan baik.

Kenapa mesti menulis dengan BMT?

Kerana BMT akan kekal lama dan pasarannya meluas.

Bayangkan jika kita menulis dengan BMT, penulisan kita masih akan difahami sehingga berpuluh tahun akan datang. Tapi jika kita menulis dengan bahasa kelantan, maka hanya orang kelantan sahaja yang akan memahami penulisan kita. Bahasa kelantan pun barangkali tidak akan bertahan lama.

BMT juga senang diterjemah ke bahasa lain. Sebagai contoh, buku Umar Al-Khattab tulisan Pak Latib sudah diterjemah kepada bahasa Inggeris dan boleh dibaca oleh lebih ramai lapisan masyarakat. Lihat, bukankah dengan cara ini dakwah akan lebih tersebar luas? :)

Contohnya, perkataan kekasih. Jika zaman P. Ramlee dahulu menggelarnya mata air. Kemudian, dekad seterusnya menggelar kekasih sebagai makwe. Dunia berlalu lagi dan menggelarnya awek. Sekarang apa pula? Pelajar-pelajar di sekolah memanggil kekasih mereka cikaro. Baiklah, jika saya menulis dengan membahasakan kekasih sebagai awek. Sekarang kita semua tahu maknanya. Tetapi barangkali 20-40 tahun akan datang, perkataan awek sudah lapuk dek zaman! Mungkin tidak punya maksud lagi. Berlainan jika saya menulis menggunakan perkataan 'kekasih'. 50 tahun dahulu sehingga sekarang dan 50 tahun akan datang pasti semua orang faham akan maksudnya.  Jelas bukan?

Seorang penulis harus mempunyai jiwa sensitif. Seperti dai juga. Sensitif dengan pembaca dan persekitarannya. Dengan penulisan akan memandaikan bangsa. Jika masyarakat membaca tulisan yang tidak proper, mereka akan terikut-ikut untuk mengguna bahasa itu. Silap-silap tulisan SMS pun boleh ditulis dalam karangan SPM Bahasa Melayu. Mana la tak pening guru-guru di sekolah. Tanggungjawab penulis untuk memandaikan bangsa.

Dan sastera Islam itu, apabila pembaca membaca penulisannya, akan membawa dekat kepada TuhanNya, dan bukan sebaliknya.

Bagaimana Izzatul Islam (IZIS) dapat memanfaatkan bakat menyanyi mereka utk menyebarkan dakwah dan menaikkan hammasah (semangat) berjuang, seharusnya begitulah penulis-penulis harus memanfaatkan bakat dan tenaga mereka untuk menyebarkan kebaikan.

Kerana IZIS menyanyi bukan setakat dengan suara, tapi mereka menyanyi dengan dakwah dan cinta,
maka penulis sekalian, seharusnya bukan setakat menulis dengan pena, tetapi menulis dengan semangat jihad! Biiznillah~

Mari, kita kukuhkan hubungan kita dengan Tuhan.

Mari kita ambil cinta dari langit, dan sebarkan kebaikan kepada penduduk bumi.

Kuatkan hubunganmu, jaga solatmu, ikhlaskan niatmu, InsyaAllah Dia akan sentiasa disisimu, dan Dia akan memudahkan gerakan-gerakan tanganmu menulis berkarya untuk menyentuh hati-hati di luar sana, InsyaAllah! :)

**

Di sini saya sertakan beberapa laman web yang boleh dijadikan rujukan.
- untuk melihat tafsir Al-Quran, boleh refer http://www.islamgrid.gov.my/quran/terjemahan_ayat1.php
- untuk melihat keshahihah sesuatu hadith, boleh rujuk http://www.searchtruth.com/ , www.islamweb.net. 
atau boleh bertanya panel fiqh di http://www.alahkam.net/
-untuk mencari perkataan bahasa Melayu or mungkin nak tengok ejaan, boleh pulak pergi ke website:


p/s: Jika ada salah silap sepanjang penulisan saya, harap dimaafkan. Dan jika ada sebarang komen, sangat-sangat dipersilakan! :)

May Allah bless you all people!


MHZ,
bait SQ,
7.42pm