Pages

Monday, June 2, 2014

KEMPEN MENJADI MUKMIN CEMERLANG


Bismillah..
Alhamdulillah ala kulli hal~

Rasanya sudah terlalu lama tidak menulis di sini.

Benarlah kata-kata seorang ukhti,

"Kewujudan laman pencicit, laman tayang gambar semuanya buat hammasah penulis tercicir. Sebab semua idea dah bocor kat sana."

=.=

Err, this is really true. Setiap kali buka blog, tangan rasa malas nak update. Tetapi apabila buka MukaBuku atau Instagram, rajin pula.

Alahai, tangan pun sudah pandai memilih sekarang~


Apa-apa pun, di MukaBuku saya ada melancarkan KEMPEN MENJADI MUKMIN CEMERLANG. Sebenarnya, saya mendapat idea ini daripada satu tazkirah berkaitan amalan sunnah Nabi. Dan saya mendapat ilham untuk meng 'edit' tazkirah ini dan menambah gambar bagi menjadikan ianya lebih menarik. Gambar-gambar hampir semuanya diambil dan di edit sendiri oleh saya, terima kasih kepada model-model yang membantu. Semoga Allah mengganjar kalian dengan sebaik-baik pahala. Ameen.

Kebiasaannya, manusia akan lebih tertarik dengan gambar daripada kata-kata.

Oleh itu, saya compilekan semua gambar-gambar itu di sini. Saya membenarkan gambar-gambar ini di share, silakan selagi mana ianya memberikan kebaikan..

***




[ PELANCARAN KEMPEN MENJADI MUKMIN CEMERLANG]

Tazkirah pagi untuk diriku dan sahabat-sahabat..

Dalam kehidupan sehari-hari kita mungkin telah melampaui batas. 
Imaginasi kotor, percakapan & perbuatan yg tak betul 
menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. 

Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..
dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, 
agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat lebih berkat. 
Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu MENJAGA Tujuh Sunnah Nabi SAW ini -:

* bersambung...






#1 TAHAJJUD

Kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. 

Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Allah mengkhususkan waktu sepertiga malam ini untuk ber'dating' bersamanya.

Mana mungkin 24 jam kita dihabiskan begitu sahaja tanpa bertemu dgnNya, 
sedangkan kita bisa menghabiskan berbelas-belas jam seharian untuk belajar atau bekerja.

" Jangan dipendekkan malam yg panjang hanya dengan tidur tanpa bermunajat kepadaNya"

Mengapa terlalu kedekut dan berkira dengan tuhanmu yg mengurniakan 24 jam kepadamu dan memberimu rezeki dan nikmat yg melimpah ruah?

Mari, kita tingkatkan keazaman kita untuk bangun di malam hari. 

Tips dari saya, Tidur awal supaya dapat bangun awal. Set alarm clock dengan lagu yg paling annoying sekali supaya anda akan terjaga di malamnya untuk menutup lagu itu!
Tetapi jangan di snooze alarm itu, mujahadah untuk bangun dari lena anda!






#2: MEMBACA AL-QURAN SEBELUM TERBIT MATAHARI

Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, 
sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan PENUH pemahaman.

Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3 Qul, atau ayat qursi.

InsyaAllah, al-quran adalah kitab yang paling berbaloi sekali apabila membacanya.

" Setiap hari kita boleh membaca MukaBuku (FB) berjam-jam, 
tetapi apabila membaca Al-quran, surat chenta dari Allah, mengapa liat??" 

Auchh, teguran daripada seorang ukhti.

Apabila permulaan hari kita dimulakan dengan sesuatu yang baik, 
membaca Al-quran khususnya, saya sendiri merasai bahawa perjalanan 
seharian itu akan berjalan dengan smooth dan diberkati. 
Bukan tiada kesukaran langsung, 
tetapi at least kita masih boleh tersenyum di dalam apa-apa jua situasi.

Dari Abu Umamah Al-bahili ra, dia berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda,

"Bacalah Al Qur'an. Karena ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaƔt kepada para pembacanya." (HR Muslim)

Alhamdulillah, bagi mereka yang sudah join ODOJ, teruskan berODOJ.

Dan kepada yang masih belum/ tak mampu, tak apa, satu hari setengah juzuk pun sudah berganda-ganda pahala anda!

Mari, kita rebut pahala berganda dan berubah menjadi semakin baik!

Lagipun, ramadhan pun dah hampir ni.. (^.^)

** ODOJ: One Day One Juz






#3: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.

Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, 
kerana masjid merupakan pusat keberkahan, 
bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan 
Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Drpd Abu Hurairah RS, Rasulullah SAW bersabda: ِ
Ada tujuh golongan manusia yang akan dilindungi Allah dengan lindungannya pada hari tiada lindungan lain kecuali lindungannya sahaja iaitu :-

Pemimpin yang adil, pemuda yang membesar dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah, lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang hanya kerana Allah bertemu dan berpisah hanya keranaNya, seorang lelaki yang digoda oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi lelaki iti menolak dengan berkata sesungguhnya aku takutkan Allah, seorang lelaki yang merahsiakan sedekahnya sehingga tidak diketahui oleh orang lain dan seorang lelaki yang duduk menyendiri munajat kepada Allah lalu mengalirkan air matanya.

Bagi perempuan yg susah hendak ke masjid, jangan sedih.. kita bole laksanakan solat jemaah di rumah.

InsyaAllah..




#4: MENJAGA SOLAT DHUHA

Kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. 
Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)

Solat dhuha magnet menarik rezeki.

Perlu diingatkan, rezeki bukan sekadar wang! Tetapi kesihatan yg baik, cukup makan pakai, keselamatan di jalan raya, hatta mendapat pertolongan di waktu susah juga dikira rezeki.. 

Mari, kita ambil wudhu dan laksanakan solat sunat 2 rakaat ini! 





#5: MENJAGA SEDEKAH SETIAP HARI

Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Sedekah bukan setakat memurahkan rezeki, malah boleh memanjangkan umur, 
menyembuhkan penyakit, disenangi oleh ramai org dan diampunkan dosa. 

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai; Seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (Al-Baqarah: 261)

Lumayan bukan? 

Mari, kita menabung untuk tabung dan saham akhirat kita!





#6: BERTERUSAN MENJAGA WUDHU'

Wudhu membersihkan diri kita dan mengangkat hadas kecil.

Sesungguhnya Allah menyayangi hamba yang suci dan berwudhu. 

Sedangkan tapak kaki Bilal Bin Rabah dapat didengari oleh Rasulullah SAW ketika peristiwa isra' dan mi'raj hanya kerana beliau sentiasa berada di dalam keadaan berwudhu dan memperbaharui wudhunya.

Berkata Ali bin Abu Thalib, 
“Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.






#7: AMALKAN ISTIGHFAR SETIAP SAAT

Dengan istighfar masalah yang terjadi oleh sebab dosa-dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Istighfar bukan sahaja menghapuskan dosa, tetapi ia adalah zikir bukti syukur kita kepada Allah. 

Maka, apbila kita kurang bersyukur, maka kita kebiasaannya kurang berzikir.

Istighfar juga mampu memurahkan rezki dan menenangkan jiwa.

Oleh kerana itu, seharusnya setiap waktu kita harus selalu berada 
di dalam penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. 

Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, 
dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal.

Lebih-lebih lagi akhir-akhir ini pelbagai kejahatan berada di sekeliling kita. 
Keselamatan kita juga berasa terancam. Kes kecurian berlaku saban hari.

Ini tidak termasuk lagi bala bencana yang Allah turunkan kepada kita bagi memberi pengajaran kepada kita. 

Rasulullah SAW yang maksum pun ber istighfar hampir 100x setiap hari, 
apatah lagi kita hamba Allah yang sering berdosa ini?

Mari, kita menjadi hambaNya yang bersyukur! 

Semoga Allah menjauhkan bala bencana daripada menimpa kita semua . Ameen.. 




Hayati ilmu-ilmu ini, semoga Allah memudahkan kita untuk mengamalkannya. Memang payah ingin menjadi cemerlang, tetapi, syurga itu kan memang harganya mahal?

Takkan sama mereka yang masuk syurga di tingkat bawah dengan mereka yang masuk syurga di tingkat atas!

Ayuh, mari kita perbaiki lagi diri kita dan selalu meng upgrade amalan-amalan seharian kita!

Selamat bermujahadah!!



MHZ,
Beyt SQ, Cairo,
1 Jun 2014
7.42pm


No comments:

Post a Comment