Pages

Sunday, March 22, 2015

From Egypt to Spain with Love 4.0 (Masjid Cordoba yang dikhianati)



Mezquita Cordoba



Selepas selesai makan tengahari, kami memulakan ziarah ke Mezquita Cordoba. Masjid ini merupakan baki masjid yang masih tersisa sehingga kini. NAMUN, sayangnya masjid ini telah ditukar menjadi gereja.

Masjid ini dibina oleh Abdul Rahman I sewaktu Kerajaan Bani Umayyah telah berjaya membawa Islam ke sini. Kemudiannya masjid ini dibesarkan oleh Abdul Rahman II dan Al-Mansur sehinggalah saiz yang ada sekarang. 

Masjid ini boleh dipenuhi oleh 3000 jemaah pada satu masa. Dan kerana itu, masjid ini di design khas supaya suara boleh bergema, dan semua orang boleh mendengar khutbah jumaat walaupun tiada microphone. 


Apabila Kristian telah merampas kuasa dari Kerajaan Bani Umayyah, masjid ini kemudiannya di ambil oleh Franz Ferdinand III dan dijadikan sebahagian daripada Roman-Katolik.

Kini, umat Islam dilarang untuk menunaikan solat di sini dan sebuah gereja besar telah dibina di dalam ruang masjid ini. Pernah ada beberapa muslim yang memcuba untuk sujud dan solat di sini, namun telah ditahan oleh pihak berkuasa :( 

Bayangkan anda yang ingin masuk ke masjid milik nenek moyang anda dahulu perlu membayar 8 Euro. Speechless!!

Remuk hati saya. Ini baru adegan sebelum masuk ke masjid.

Selepas tiket diperiksa, kami masuk ke dalam ruangan masjid.

“ Eyh, ini la masjid yang aku selalu tengok di dalam video di youtube tu” getus hatiku.

Tika itu, baru saya betul-betul sedar, bahawa saya sedang berada di Sepanyol. Lebih tepat lagi, saya sekarang sedang berpijak di masjid dan negara yang pernah menjadi negara Islam yang hebat suatu ketika dahulu.

Saya memejamkan mata dan sedang membayangkan masjid ini dipenuhi oleh kaum muslimin. Membayangkan azan berkumandang di sini, para jemaah berpusu-pusu memenuhi ruangan masjid, kemudian mereka tekun mendengar khutbah imam dari mimbar. Saya sedang membayangkan zaman kegemilangan masjid ini.


Namun, apabila saya membuka mata, tepat dihadapan saya satu dinding yang terpampang kalimah Allah, dan terletak di sebelahnya tanda salib!

Seni bina masjid ini membuatkan saya tergamam. Terlihat pertembungan di antara 2 agama dan budaya. Islam dan Kristian.

Hati yang remuk bertambah luka.

Kemudian, kami mula meninjau isi dalaman masjid itu. Kebanyakan binaan asal masjid itu telah diubah suai. MasyaAllah, luruh hati melihatkan masjid yang sudah tidak berupa masjid ini. Di setiap sudut atas bawah kiri kanan penuh dengan salib-salib Kristian. Hati seperti disayat-sayat apabila melihat kalimah Allah terletak sebaris dengan salib-Salib Kristian itu.

Kelihatan seolah-olah mereka mempermainkan Tuhan kita. Hanya di kawasan sekitar mimbar sahaja yang masih dikekalkan dalam bentuk yang asal. Masih tertera kalimah la ila haillah, di sekitar mimbar dan kubahnya.

Mimbar yang masih dipelihara


Kubah masjid yang masih tidak diusik


Kemudian kami melihat kawasan gereja yang telah dibina betul-betul di tengah-tengah masjid. Binaan gereja yang sangat gah. Tapi sangat menyayatkan hati. Ada juga di antara travelmate kami yang panas hati dan ingin keluar segera dari masjid ini. Tak tergamak kakinya ingin berdiri di gereja ini lama-lama barangkali. 

Patung Kristian memenuhi ruang

Gambar Maryam



Berkata Lola, pemandu pelancong kami yang beragama Kristian,

“ Pembinaan gereja di dalam masjid ini mendapat tentangan dari seluruh pihak, sama ada daripada pihak pemerintah Cordoba, paderi-paderi mahupun rakyat tempatan.

Kerana apabila kerja-kerja pembinaan gereja dilaksanakan, mereka akan menghapuskan seni binaan asal masjid yang sangat mahal dan bernilai tinggi.
Namun, akhirnya kelulusan pembinaan masjid itu diberikan oleh raja Fernand dan Ratu Isabella."

“ But, I think this church is saving the Mosque!”, Lola memanjangkan ceritanya.

“Because, few years later, all the mosque in Cordoba is being destroyed. And only this mosque were left, because Christian people cannot destroy their Church”, sambung Lola lagi bersemangat.

Aduh, makin disayat-sayat hatiku mendengar kenyataan ini. Mendengar sejarah Islam daripada mulut seorang Christian, membuatkan aku perlu berfikir beberapa kali sebelum mempercayai kisah-kisah itu.

“ Lola, can I ask you a question?” , dalam keheningan itu, seorang pakcik di dalam rombongan kami mengangkat tangan.

“ Yes, your pleasure,” balas Lola.

“ What is your personal opinion about Islam and Muslims”, soalan pakcik ini sangat berani.

Pakcik ini seperti dapat membaca pemikiranku.

“ Well, in my personal opinion, from the history that I saw, I think Islam was great. In 17th century, Muslim are advanced. They conquer the algebra, medicine and all books were in Arabic. And it was spread all over the Europe.

But, the young Muslims now are migrants, So they do not study their ancestor. They are ignorant.  If they are study a little bit, I think they could be like their ancestor.” balas Lola.

Jawapannya sangat terkena batang hidung sendiri.

Ya, kita la tu anak-anak muda yang ignorant itu. Kita hidup sekarang sebagai seorang Muslim. Tetapi hanya Muslim pada nama. Sekadar cukup solat 5 rakaat sehari, puasa di bulan Ramadhan dan bersedekah sekali sekala. 

Kita merasa cukup dengan keislaman kita ini. Kita ignorant dan tidak mahu mengkaji sejarah-sejarah kegemilangan Islam terdahulu.

Pernahkah kita terfikir bagaimana nenek moyang kita, para sahabat, tabiin dahulu kala mampu menjadikan Islam gah di persada dunia? Mampu menjadikan Islam sebagai Ustaziatul Alam ( World Order) dan menjadi contoh kepada agama-agama lain?

Can you imagine? 

 Pada abad itu, sedang teknologi masih tidak membangun lagi mereka mampu mengerahkan neuron-neuron mereka mencipta teknologi-teknologi yang hebat-hebat belaka?

Ketika istana di Eropah masih dibina dengan kayu, umat islam telah membina Istana dan masjid dengan batu-bata.

How they're advance in knowledge.

Tahukah anda bagaimana Ibnu Sina mampu menguasai ilmu kedoktorannya dalam hanya setahun setengah? Dibandingkan dengan zaman sekarang, minimum 6 tahun untuk menjadi seorang doctor?

Ini hanya kerana ubudiah mereka dan sikap izzah mereka terhadap Islam

Semakin dekat hubungan mereka kepada Allah, semakin banyak ilham-ilham yang Allah tunjukkan kepada mereka. 

Even untuk menjawab satu soalan matematik pun mereka memohon di dalam sujud-sujud mereka supaya diberi ilham untuk menjawabnya. Subhanalllah!

Tetapi kita?  (T___T)

Mereka bukan menjadi pakar untuk menjadi mahsyur dan terkenal, tetapi mereka nekad untuk meninggikan Islam di mata dunia sekaligus mudah untuk mereka menyebarkan Islam di serata alam.

Mereka bukan sahaja ahli zuhud, tetapi mereka juga seorang daie!


Dan jika kita mengkaji, kita akan dapati bahawa anak-anak muda di zaman ini hanya bermain-main di dalam dunia ciptaan sendiri. Banyak membazir masa sehingga banyak kes jenayah yang terjadi. Saling compete each other untuk menjadi manusia yang kononya paling style~

Selesai menziarahi masjid, kami keluar daripada kawasan itu dengan hati yang remuk padam. Ingatkan di dalam sahaja yang berubah, tapi sayangnya rupa-rupanya menara masjid itu juga telah diubah suai. Menara yang suatu masa dahulu digunakan untuk mengalunkan azan bagi memanggil orang ramai menunaikan solat telah digantungkan loceng untuk menarik orang ramai ke gereja!

Ternyata Masjid Cordoba ini telah dikhianati.
Fungsinya sebagai masjid telah bertukar kepada gereja. 
Para muslimin telah kehilangan sebuah harta berharga.

Namun, ia bukan sahaja dikhianati oleh orang Kristian, tetapi juga telah dikhianati, sehingga sekarang oleh ignorant kita, seorang muslim.



Menara yang suatu ketika dahulu menjadi tempat muazzin azan memanggil jemaah ke masjid,
telah diletakkan loceng besar untuk mengajak org ke gereja :(
Kalimah Allah yang masih dikekalkan

Di dalam ruangan masjid 



Jika diperhatikan, di tiang kiri dan kanan masjid ini akan ada salib yang tertampal


Kemudian, sementara menunggu waktu makan malam, kami berpeleseran di sekitar kedai-kedai cenderamata di sekeliling masjid itu sambil menjamu pemandangan.

 Ternyata mereka masih memelihara binaan-binaan lama. Kedai-kedai dipisahkan dengan kaki lima yang kecil, tetapi sangat menarik perhatian.

Sesungguhnya, bandar Cordoba pernah menjadi bandar contoh kepada bandar-bandar maju di Eropah. Paris dan London contohnya. 

Subhanallah. 


MHZ,
Beyt SQ,
a few days before BFG,
22 Mac 2015
2.06pm


No comments:

Post a Comment