Pages

Saturday, May 30, 2015

Selamat Hari Guru



Guru membina ilmu, menyempurnakan akhlak      

Inilah slogan sempena Sambutan Hari guru tahun ini.

Sejujurnya, selepas hampir sebulan saya menjadi guru ganti, saya akui bahawa tak mudah untuk merealisasikan slogan ini.

Lebih-lebih lagi dalam mendidik generasi Z hari ini tak semudah mendidik generasi X dan Y. saya sendiri tak boleh nak bayangkan bagaimana dengan generasi alpha.

Di dunia ini, terdapat 4 jenis guru;
1-      Mudarris (pengajar)
2-      Muallim 
3-      Mursyid (orang yang memberi penunjuk)
4-      Mutarabbi (orang yang mendidik) 

Mudarris adalah pengajar. Ie; guru yang mengajar mengikut silibus sahaja. Apabila silibus telah selesai diajar, dia seronok, tulis buku laporan dan pulang ke rumah dengan senang hati. 

Muallim adalah guru yang better sikit dari mudarris.

Mursyid adalah guru yang pakar dengan bidangnya. Tetapi dia better than muallim.

Dan kemuncaknya adalah murabbi, yang mana dia bukan sahaja mengajar jasad dan akal manusia, tetapi juga menyentuh hati anak-anak muridnya.

Dan Rasulullah merupakan sebaik-baik murabbi yang patut kita contohi. Di mana beliau berjaya mentarbiah dan mendidik para sahabat menjadi manusia yang sangat hebat.

Bagaimana untuk menghasilkan anak murid yang hebat?

Kuncinya pada guru yang hebat. Hanya guru yang hebat mampu melahirkan anak murid yang hebat!

Pepatah arab juga menyatakan, mana mungkin bayang-bayang itu lurus jika …nya bengkok.

Guru sebagai muaddib

Muaddib adalah orang yang mengajarkan adab, akhlak dan budi pekerti.

Buat para guru yang disayangi Allah, kita adalah contoh dan tauladan bagi pelajar. Mari kita cuba tanamkan sifat uswatul hasanah ke dalam diri kita, supaya tempiasnya akan terkena kepada anak -anak murid kita. 

Sesungguhnya Dakwah bil hal, acting is better than words. 

didiklah anak bangsa kita dengan kasih sayang dan kesabaran . Jangan lupa mendoakan kejayaan moral dan akademik anak-anak didikan kita.

Seperti mana Rasulullah mendoakan orang -orang thaif dan keturunannya selepas dakwah ditolak di Thaif.

Imam As-syahid Hasan Al-Banna berpesan :
"Jadilah kamu seperti sepohon pokok, mereka melemparimu dengan batu, lalu kamu gugurkan mereka dengan buah yang ranum"..


Tugas Guru Menurut Imam al-Ghazali rahimahullah :

1. Mencari iLmu
2. Beramal dengan iLmu
3. Menyayangi peLajar
4. Mengajar dengan niat menyelamatkan pelajar daripada kesengsaraan Akhirat.
5. Meneladani Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam
6. Jangan mengganggap dirinya orang yang paling berjasa kepada pelajar
7. Mengutamakan pahala daripada yang lain.
8. Memandang akibat yang buruk jika guru lalai dengan tanggungjawab.

Guru harus sedar bahawa menjadi guru bukan semudah yang disangkakan. Mereka merupakan pemegang amanah bagi memastikan generasi akan datang akan terus cemerlang sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Guru bukan sekadar mengajarkan mata pelajaran di sekolah, tetapi guru adalah manusia istimewa yang terpilih untuk menyambung tugas para rasul dan anbia dalam mendidik manusia. 



Saya sendiri sehingga kini menyanjungi mereka yang sanggup menjadi guru dan murabbi. Insan istimewa yang sanggup bekorban masa dan tenaga demi anak-anak bangsa.

Mereka korbankan masa tidur mereka untuk prepare bahan pengajaran esoknya.

Mereka korbankan hujung minggu mereka untuk ke kursus-kursus atau bengkel-bengkel menjawab peperiksaan.

Malah mereka mengorbankan cuti sekolah mereka untuk menanda kertas peperiksaan, di kala anak-anak murid sudah seronok bercuti sakan.

 Sedangkan guru sendiri sudah bertungkus lumus menyiapkan kertas peperiksaan, mengejar silibus peperiksaan, membuat ulangkaji dan sebagainya.

Sekalipun kita melihat guru yang mempunyai cuti yang terpanjang di dalam setahun, tetapi sebenarnya tugas guru tak pernah surut.

Pesanan bagi para guru sekalian, satu sahaja penawar untuk kelelahan ini, iaitu KESABARAN.

Bersabarlah menanam benih, kerana kita bukan sahaja ingin menanam satu pokok yang bagus sahaja, tetapi kita ingin menumbuhkan satu generasi yang berkualiti insyaAllah.

Teringat saya satu pesanan seorang ukhti,
Semua orang boleh mengajar, tetapi bukan semua orang mampu menanam benih." 

Jadilah kita guru yang mendidik jasmani, akal dan juga rohani anak-anak murid.
Kerana remaja kita ketika ini, mereka kehausan sentuhan rohani.  Sentuhan yang mampu membina diri mereka.

Semoga Allah memberkati kesabaran kalian dan mengganjari kalian dengan syurga tertinggi di surga kelak.


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan berjuta-juta penghargaan kepada guru-guru yang telah mengajar saya, baik secara langsung atau tidak langsung.

Terima kasih tak terhingga kepada muallim dan muallimah di Sek Ren Islam Al Amin Gombak. Guru-guru SMKA KL. Professor di Kolej Matrikulasi Johor. Doktor dan Dukturah di Universiti Al Azhar.

Terima kasih untuj setiap saat, titik peluh yang kalian telah korbankan.


Juga kepada murabbi-murabbi saya yang telah menyentuh jiwa saya, menjadikan saya manusia yang kembali kepada tujuan penciptaan saya.

Ni3mat ajrun amilin. 
Semoga Allah mengganjari kalian dengan syurga tertinggi di surga kelak.

Dan juga special thanks kepada guru-guru seperjuangan di SMIAA Gombak. Seronok berada di samping antum semua. 

P/s: Terima kasih kepada anak-anak murid yang bagi jadiah dekat cikgu. 

Masa sambutan hari guru semalam, beberapa kali air mata saya menitis. 

" La, kenapa menangis? Hari ni kita sepatutnya kita happy" seorang guru datang memujuk.

" Saya tak nak jadi doktor. saya nak jadi cikgu... ", dan air mata saya terus mengalir bila menyedari yang saya hanya tinggal sebulan lebih sahaja di sekolah itu. 


Jumpa di syurga insyaAllah,
MHZ
Musyirah Hanan Zulkarnain

Saya budak baru belajar~

Monday, May 18, 2015

Allahu ghayatuna





Allahu ghayatuna

Jika ditanyakan slogan ini kepada ikhwah dan akhawat, juga sesiapa pun yang pernah mendengar slogan ini, pasti slogan ini sangat familiar.

Kerana di dalam perjuangan yang suci ini, akhirnya inilah matlamat semua, iaitu mencari Redha Allah.

Tetapi timbul satu persoalan yang bermain-main di fikiran saya, sebenarnya apakah yang istimewa pada slogan ini?

Bila saat kita menyanyikan nasyid ini, terfikirkan anda sejauh manakah kita betul-betul yakin dengan slogan ini?


Allahu ghayatuna dalam setiap aspek kehidupan

Apabila kita beriman dengan slogan ini, maka kita seharusnya membuktikannya di dalam setiap amalan seharian kita. Bukan hanya ketika membuat dakwah sahaja.

A020
Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang diingini). (Al-Hasyr : 20)

Jika diteliti ayat ini, kita dapati tidak sama kesudahan ahli syurga dan ahli neraka di akhirat kelak.

Dan jika tidak sama kesudahan mereka di akhirat, pasti permulaan kehidupan mereka di dunia juga berbeza. Pasti takkan sama walau sedikit.

Baik dari segi aqidah, akhlak, ibadah, cara bergaul, dll. Pasti tidak sama. Barulah adil pembalasan bagi dua golongan ini di akhirat kelak.

Ahli syurga pasti akan menjadikan Allahu ghayatuna sebagai matlamatnya. Dan matlamat ini takkan berubah selama-lamanya. Malah dipraktikkan di dalam setiap sudut kehidupannya. Baik ketika pagi, petang, siang, malam, ketika masih bujang, atau sudah berumah tangga, ketika sudah beranak-pinak, bermenantu, bercucu, sihat, dan sakit, semuanya masih di dalam berputar di bawah satu matlamat, Allahu ghayatuna.

Allahu ghayatuna fi kulli makan….
Allah matlamat kita pada setiap tempat.

Di tempat kerja, di jalan raya, di sekolah, di universiti, di restoran, di rumah even di tandas. Kesemuanya Allahu ghayatuna.

Wa fi kulli zaman….
Allah matlamat kita pada setiap masa…

Ketika sakit, Allahu ghayatuna.
Ketika sihat, Allahu ghayatuna.
Ketika memberi nasihat, Allahu ghayatuna.
Ketika mendengar nasihat, Allahu ghayatuna.
Ketika datang kerja/ kuliah, Allahu ghayatuna.
Ketika tidak hadir pun, Allahu ghayatuna.
Ketika rehat, Allahu ghayatuna.
Ketika marah pun, Allahu ghayatuna.
Ketika memandu, Allahu ghayatuna.

Allah matlamat kita pada setiap keadaan…

Ketika bersendirian,
Di hadapan rakan-rakan dan keluarga,
Di dalam kenderaan,
Di dalam negara, di luar negara,
Sebelum graduasi, selepas graduasi,
Sebelum bfg, selepas bfg,
Sebelum bekerja, ketika bekerja,
Ketika bersama ikhwah akhwat..

Kesemuanya masih berpaksikan Allahu ghayatuna dan semua perkara dibuat kerana sebab yang munasabah(di dalam redhaNya.)


Allahu ghayatuna di dalam pelajaran

Oleh itu, bersempena musim peperiksaan ini, maka mari kita refresh semula semangat Allahu ghayatuna di dalam study kita. Seorang mukmin seharusnya mengetahui priority mereka. Buat ketika ini, fokuskan diri pada study masing-masing.

Di samping, menguatkan hubungan dengan Allah tanpa meninggalkan hak sesama manusia. Jangan melengahkan solat subuh semata-mata kerana ingin stay up. Dan ini juga tak bermakna anda boleh tidak memasak untuk ahli beyt semata-mata kerana pulun belajar. Cuba untuk menstabilkan semua tanggungjawab anda.

Bila kepala anda sudah tepu, cuba ubah mood study. Jika perlu, cari rakan-rakan untuk belajar bersama-sama. Lakukanlah apa-apa sahaja, asalkan anda yang menguasai mood anda, dan bukan sebaliknya.

Don’t too stress. Stress is killing. Terus ceria mendepani imtihan ini. Kerana imtihan ini hanyalah salah satu fasa dalam kehidupan anda.

Kerugian besar menanti

Maka di dalam perjuangan kita, kekalkan matlamat ini. Jangan double standard dan jangan menukarkan slogan hidup ini.  

 Analoginya seperti orang yang bermain bola. Bola akan dihalakan ke arah gol.
Dan tiang gol itu tetap berada di tempatnya. Mana boleh memindahkan tiang gol sesuka hati.

Begitu juga untuk mendapatkan redha Allah, tetaplah matlamat itu di situ.

Satu perkara yang menarik tentang Allahu ghayatuna ini, ianya boleh dicapai oleh semua orang. Baik yang pandai, yang miskin, yang kurang pandai, yang kaya, yang cacat, orang yang kurang hafalan, yang sihat, yang sakit, yang bujang, yang sudah berkahwin dll semuanya mampu mencapai matlamat ini InsyaAllah.

Jika saya katakan, dalam masa 5 tahun semua orang mesti menjadi jutawan.
Adakah ianya rasional?

Saya rasa tak semua orang mampu untuk menjadi jutawan di dalam 5 tahun sahaja.

Tetapi, jika saya katakan semua kita perlu menjadikan Allahu ghayatuna sebagai matlamat, maka ianya rasional. Kerana Allah itu Maha Adil.

Semua mampu mencapai sorgaNya, walaupun dia bukanlah budak agama.
Medan apa-apapun kita, maltamat ini boleh dicapai insyaAllah.

Kesimpulannya, jika kita benar-benar beriman dengan slogan ini di dalam kehidupan kita. Kita seharusnya:

1-      Akan mengajak manusia kepada Allah mengikut cara yang disuruh oleh Allah
2-      Membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang
3-      Oleh kerana Allah matlamat kita, maka kita takkan berhenti berlari sampai saat kita bertemuNya. Ikhlas dan istiqamah sampai bertemu redha Allah
4-      Ikhlas. Kita tidak mengharapkan apa-apa ganjaran daripada manusia
5-      All out di dalam setiap perkara, termasuk di dalam study dan kerjaya.

Buat yang sedang menghadapi peperiksaan, Bitaufik wannajah imtihan dan teruskan mujahadah!
Allah melihat kepada effort dan bukannya effect!





Moga Allah redha,
Salam imtihan,


Musyirah Zulkarnain
Gombak, 6.40pm

Friday, May 8, 2015

Inspirasi: Dr Faizah 2.0




“ So, how was your attachment?” Dr Faizah bertanya ramah. Ketika itu kami berjumpa seketika di pantry PICU (Paedatric Intensive Care Unit), tempat Dr Faizah bertugas. Saya pula ketika itu sedang membuat attachment di bahagian Cardiothoracic surgery.

“ Haaa.. teruk kami kena belasah dengan Mr E. Dia tanya macam-macam medical questions. “ aku mula mengadu.

“ Tu la. I dengar jugak cerita you all kena marah dekat dalam operation room hari tu” (boleh bukak link ni utk baca peristiwa yang tak dilupakan tu)

Aduh, tak sangka sampai jugak berita itu di telinganya~

Aku terdiam. Kalau diingati pengalaman dimarahi teruk di OT tu, memang segannya terasa sampai ke hari ini.

“ Dah la.. you all jangan ambil hati sangat. Buat tak kisah aja. Bukannya sengaja nak marah-marah tu, untuk kebaikan you jugak. Sebenarnya, jujur saya cakap. Kami ni doktor-doktor pakar bukannya suka-suka nak marah-marah. Tapi untuk menjadikan you seorang doctor yang boleh berdiri sendiri, can stand by yourself, kami terpaksa tegas.


Let say kalau semasa HO, you buat salah, then kesalahan tu akan dipersoalkan kepada your MO. Sebab ketika HO, you masih lagi dalam tempoh pembelajaran. Tapi bila you dah MO nanti, semua kesilapan you dan anak-anak buah you, you yang kena tanggung.  Lebih-lebih lagi kalau kesilapan yang memudaratkan nyawa pesakit!

Biasa la.. jadi doctor ni, you kena marah dengan doctor pakar, dengan kawan-kawan doctor, kena marah dengan ibubapa pesakit, dengan pesakit itself and even you kena marah dengan nurse.

Tapi, semua tu bukan sengaja. Semuanya untuk menjadikan you seorang doctor yang boleh membuat keputusan sendiri di saat memerlukan. Takkan la setiap masa you nak tanya doctor pakar bila you nak treat patient?” Dr Faizah memberikan penjelasan. Yang mana ianya masih melekat di hati saya.

Cukup nasihat ini untuk mententeramkan hati saya yang dah rasa macam taknak sambung attachment ni sebab hari-hari kena marah.

***

“ Kenalkan ini Dr Musyirah, from Al-Azhar University”.

With proud, Dr Faizah akan memperkenalkan aku kepada doctor-doktor, rakan sekerjanya setiap kali aku mengikutinya di wad atau ICU. Selalunya aku akan attach dengan dia sehari dua setiap kali saya balik bercuti di Malaysia.

Aku hanya mampu tersenyum. 

'Jangan la tiba-tiba diorang tanya aku macam-macam. Karang tak dapat jawab, malu Al-Azhar disebabkan aku',  monolog hatiku.

Even ketika itu aku masih di bangku universiti, Dr Faizah akan memperkenalkan aku dengan title ‘ Doktor’ di hadapan namaku.

Segan aku dibuatnya.

“ Bestnya you belajar dekat Al-Azhar. The oldest university, I teringin sangat nak belajar dekat sana”

“ Bestnya boleh hafal al-quran sekali di Al-Azhar,” Ini komennya setiap kali nama Al-Azhar disebut.

Kekagumannya kepada Universiti Al-Azhar kadang-kadang membuatkan saya terfikir semula akan nikmat berpeluang belajar di gedung ilmu ini.

Kerana, seperti yang anda maklum dengan doktrin bahawa graduan perubatan Mesir kurang standard jika dibandingkan dengan lepasan dari UK, Ireland, Australia, dan Malaysia. Maka kebiasaannya saya akan inferior apabila memperkenalkan diriku adalah graduan medic dari Mesir.

But Dr Faizah is different. Dia mengajarkan aku erti menghargai dan bersyukur.

Mesir,

Bersyukur Tuhan campak aku ke bumi Mesir, bumi yang banyak mengajar aku erti kehidupan.

Bumi yang aku melihat orang-orang yang susah, bekerja keras membanting tulang.

Bumi yang tak pernah surut dengan perjuangan menuntut keadilan

Bumi barakah yang Ramadhannya tak pernah menghampakan, bagaikan berada di zaman sahabat. Masing-masing menghargai Ramadhan dan berlumba-lumba menambah amalan.

Bumi yang mengajar aku disiplin dan tak manjakan diri.

dan di Universiti Al Azhar khususnya, aku bersyukur Tuhan campak aku ke sana untuk bertemu lecturer yang sangat motherly dan suka memberi ilmu tanpa meminta balasan.

dan aku juga menghargai detik-detik mempelajari medic sambil menghafal Al-quran dan belajar subjek2 agama, yang menjadi tunjang kekuatan Al Azhar.


Terima kasih Allah.
 Terima kasih mami dan ayah.

dan terima kasih Dr Faizah


yang merindui Mesir,
MHZ

sri saujana, gombak,
8 Mei 2015
8.30 pm