Pages

Saturday, May 30, 2015

Selamat Hari Guru



Guru membina ilmu, menyempurnakan akhlak      

Inilah slogan sempena Sambutan Hari guru tahun ini.

Sejujurnya, selepas hampir sebulan saya menjadi guru ganti, saya akui bahawa tak mudah untuk merealisasikan slogan ini.

Lebih-lebih lagi dalam mendidik generasi Z hari ini tak semudah mendidik generasi X dan Y. saya sendiri tak boleh nak bayangkan bagaimana dengan generasi alpha.

Di dunia ini, terdapat 4 jenis guru;
1-      Mudarris (pengajar)
2-      Muallim 
3-      Mursyid (orang yang memberi penunjuk)
4-      Mutarabbi (orang yang mendidik) 

Mudarris adalah pengajar. Ie; guru yang mengajar mengikut silibus sahaja. Apabila silibus telah selesai diajar, dia seronok, tulis buku laporan dan pulang ke rumah dengan senang hati. 

Muallim adalah guru yang better sikit dari mudarris.

Mursyid adalah guru yang pakar dengan bidangnya. Tetapi dia better than muallim.

Dan kemuncaknya adalah murabbi, yang mana dia bukan sahaja mengajar jasad dan akal manusia, tetapi juga menyentuh hati anak-anak muridnya.

Dan Rasulullah merupakan sebaik-baik murabbi yang patut kita contohi. Di mana beliau berjaya mentarbiah dan mendidik para sahabat menjadi manusia yang sangat hebat.

Bagaimana untuk menghasilkan anak murid yang hebat?

Kuncinya pada guru yang hebat. Hanya guru yang hebat mampu melahirkan anak murid yang hebat!

Pepatah arab juga menyatakan, mana mungkin bayang-bayang itu lurus jika …nya bengkok.

Guru sebagai muaddib

Muaddib adalah orang yang mengajarkan adab, akhlak dan budi pekerti.

Buat para guru yang disayangi Allah, kita adalah contoh dan tauladan bagi pelajar. Mari kita cuba tanamkan sifat uswatul hasanah ke dalam diri kita, supaya tempiasnya akan terkena kepada anak -anak murid kita. 

Sesungguhnya Dakwah bil hal, acting is better than words. 

didiklah anak bangsa kita dengan kasih sayang dan kesabaran . Jangan lupa mendoakan kejayaan moral dan akademik anak-anak didikan kita.

Seperti mana Rasulullah mendoakan orang -orang thaif dan keturunannya selepas dakwah ditolak di Thaif.

Imam As-syahid Hasan Al-Banna berpesan :
"Jadilah kamu seperti sepohon pokok, mereka melemparimu dengan batu, lalu kamu gugurkan mereka dengan buah yang ranum"..


Tugas Guru Menurut Imam al-Ghazali rahimahullah :

1. Mencari iLmu
2. Beramal dengan iLmu
3. Menyayangi peLajar
4. Mengajar dengan niat menyelamatkan pelajar daripada kesengsaraan Akhirat.
5. Meneladani Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam
6. Jangan mengganggap dirinya orang yang paling berjasa kepada pelajar
7. Mengutamakan pahala daripada yang lain.
8. Memandang akibat yang buruk jika guru lalai dengan tanggungjawab.

Guru harus sedar bahawa menjadi guru bukan semudah yang disangkakan. Mereka merupakan pemegang amanah bagi memastikan generasi akan datang akan terus cemerlang sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Guru bukan sekadar mengajarkan mata pelajaran di sekolah, tetapi guru adalah manusia istimewa yang terpilih untuk menyambung tugas para rasul dan anbia dalam mendidik manusia. 



Saya sendiri sehingga kini menyanjungi mereka yang sanggup menjadi guru dan murabbi. Insan istimewa yang sanggup bekorban masa dan tenaga demi anak-anak bangsa.

Mereka korbankan masa tidur mereka untuk prepare bahan pengajaran esoknya.

Mereka korbankan hujung minggu mereka untuk ke kursus-kursus atau bengkel-bengkel menjawab peperiksaan.

Malah mereka mengorbankan cuti sekolah mereka untuk menanda kertas peperiksaan, di kala anak-anak murid sudah seronok bercuti sakan.

 Sedangkan guru sendiri sudah bertungkus lumus menyiapkan kertas peperiksaan, mengejar silibus peperiksaan, membuat ulangkaji dan sebagainya.

Sekalipun kita melihat guru yang mempunyai cuti yang terpanjang di dalam setahun, tetapi sebenarnya tugas guru tak pernah surut.

Pesanan bagi para guru sekalian, satu sahaja penawar untuk kelelahan ini, iaitu KESABARAN.

Bersabarlah menanam benih, kerana kita bukan sahaja ingin menanam satu pokok yang bagus sahaja, tetapi kita ingin menumbuhkan satu generasi yang berkualiti insyaAllah.

Teringat saya satu pesanan seorang ukhti,
Semua orang boleh mengajar, tetapi bukan semua orang mampu menanam benih." 

Jadilah kita guru yang mendidik jasmani, akal dan juga rohani anak-anak murid.
Kerana remaja kita ketika ini, mereka kehausan sentuhan rohani.  Sentuhan yang mampu membina diri mereka.

Semoga Allah memberkati kesabaran kalian dan mengganjari kalian dengan syurga tertinggi di surga kelak.


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan berjuta-juta penghargaan kepada guru-guru yang telah mengajar saya, baik secara langsung atau tidak langsung.

Terima kasih tak terhingga kepada muallim dan muallimah di Sek Ren Islam Al Amin Gombak. Guru-guru SMKA KL. Professor di Kolej Matrikulasi Johor. Doktor dan Dukturah di Universiti Al Azhar.

Terima kasih untuj setiap saat, titik peluh yang kalian telah korbankan.


Juga kepada murabbi-murabbi saya yang telah menyentuh jiwa saya, menjadikan saya manusia yang kembali kepada tujuan penciptaan saya.

Ni3mat ajrun amilin. 
Semoga Allah mengganjari kalian dengan syurga tertinggi di surga kelak.

Dan juga special thanks kepada guru-guru seperjuangan di SMIAA Gombak. Seronok berada di samping antum semua. 

P/s: Terima kasih kepada anak-anak murid yang bagi jadiah dekat cikgu. 

Masa sambutan hari guru semalam, beberapa kali air mata saya menitis. 

" La, kenapa menangis? Hari ni kita sepatutnya kita happy" seorang guru datang memujuk.

" Saya tak nak jadi doktor. saya nak jadi cikgu... ", dan air mata saya terus mengalir bila menyedari yang saya hanya tinggal sebulan lebih sahaja di sekolah itu. 


Jumpa di syurga insyaAllah,
MHZ
Musyirah Hanan Zulkarnain

Saya budak baru belajar~

No comments:

Post a Comment