Pages

Thursday, September 3, 2015

Antara tiga Medan


ADIL 


Antara tiga Medan

“ Musyirah, mana yang best? Medan Rabaah, Medan Tahrir atau Dataran Merdeka?” soal seorang ukhti yang saya kasihi keranaNya.

Saya tersenyum. Semua medan-medan tersebut punya kenangan tersendiri.

Alhamdulillah, Allah meluangkan rezekiku merasai pengalaman turun seketika ke ketiga-tiga medan berkenaan.

Sewaktu pertabalan Dr Morsy sebagai Presiden Mesir, mungkin bukan satu kebetulan yang aku memang sedang berusrah, 200 km sahaja dari Medan Tahrir. Selesai solat asar, hati terpanggil-panggil untuk ke sana, bagi meraikan kemenangan pilihan raya kali ini. Akhirnya usrah kami yang sepatutnya berlangsung di Beyt Muntalaq, Sayeda Munira bertukar tempat ke Medan Tahrir!

Medan Rabaah pula, terletak 1.5km dari rumah sewaktu di Mesir. Medan Rabaah yang ditakuti oleh pemerintah Mesir ketika itu, dipenuhi dengan pemuda-pemuda yang memegang Al-quran sambil menjaga tembok,  memang menggamit hatiku untuk turun bersama walaupun Embassy Malaysia melarang untuk kami mendekati kawasan tersebut.

Tapi direzekikan Allah, aku sempat singgah di sana, dan sempat merasai pengalaman solat isya, solat terawih 8 rakaat dan mendengar ceramah beberapa minit dari pimpinan Ikhwanul Muslimin. Tak ku sangka, rupa-rupanya medan itu menjadi saksi pertemuan terakhirku dengan naqibah arabku, Ukhti Amirah sebelum dia berpindah ke Saudi Arabia mengikuti suaminya.

Dan semalam, Dataran Merdeka dipenuhi dengan lautan manusia yang berbaju kuning. Tak pernah dalam sejarah hidup aku, aku rajin nak keluar rumah menyambut kemerdekaan. Tapi kerana Bersih 4.0 punya pasal, dataran merdeka kujejaki.

Saya sejujurnya kagum dengan semua mereka yang bersusah payah turun dan bermalam di Dataran Merdeka. 34 Jam berdemo tanpa henti. Semua rakyat Malaysia, Melayu, Cina dan India turun berganding bahu menuntuk hak dan keadilan.

Mungkin kita masih belum mencapai tahap rakyat Mesir yang mampu bangun sepakat membuat satu revolusi. Kerana kita masih punya adab dan tatasusila dalam meminta sesuatu. Tapi, jika kerajaan pun boleh buat tak faham je, saya nasihatkan supaya jangan tunggu sampai rakyat meletup!



Memang akan ada pihak yang menyatakan Bersih 4.0 tidak berjaya kerana 5 tuntutan tak dapat dicapai, tapi sejujurnya bagi saya, sebenarnya Bersih 4.0 telah BERJAYA. Kerana Bersih 4 telah berjaya:
  
1. Menyatukan semangat rakyat Malaysia untuk menuntut keADILan.

2.  Melatih keberanian rakyat dalam menyuarakan suara dan hak rakyat

3. Kejayaan menjalankan demonstrasi aman tanpa sebarang kekacauan dan provokasi. Ini merupakan sejarah kejayaan rundingan di antara demostrant dan pihak polis yang menjaga keselamatan mereka selama 34 jam.

4. Berjaya mengeluarkan rakyat daripada empuknya katil untuk turun ke jalanan ketika hari cuti.


Persoalannya ialah, bukan sejauh mana semua tuntutan tu berjaya dicapai, tapi persoalannya adalah sejauh mana kau dah buat sesuatu untuk Negara?

Jika setakat hanya menjadi keyboard warrior, dan kita anggap keadilan akan tertegak,  okay itu memang kepakaran rakyat kita!


Yang baik dijadikan teladan

Saya kagum dengan kesungguhan orang cina untuk turun padang. Kagum bagaimana mereka mampu bersatu-padu untuk menuntuk keadilan. Kalau suatu hari nanti ( nauzubillahmin zalik) , tak hairan la jika Malaysia bole diambil alih oleh mereka kerana kesatuan mereka.

Sedangkan orang melayu kita masih tak habis-habis bergaduh, berbalah sesama mereka. Dan hanya menjadi pemerhati dan keyboard worrier.

Saya bukan anti-melayu atau pro-cina.

Tetapi saya menulis ini kerana sayangkan bangsa melayu kita.

Maybe kerana kita merasakan Tanah Melayu ini adalah tanah kita, mendapat banyak subsidi kerana kita adalah bumiputera. Maka kita merasakan bahwa kita Ketuanan Melayu itu takkan terhakis. Kita berlagak sebagai Tuan.

Orang melayu mula manja dan naik lemak. Mahu masuk universiti yang hebat-hebat. Masuk course yang gempak-gempak. Memilih nak kerja yang mudah-mudah, tapi gaji besar.

Sedangkan mereka orang cina dan india bersusah payah untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dan matrikulasi.

Saya masih ingat rakan-rakan satu praktikum saya, H20 sains hayat di Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak. 80% pelajarnya adalah orang melayu. Sedangkan hanya 20% sahaja orang cina dan india, yang rata-ratanya mendapat 8A dan keatas untuk melayakkan mereka masuk ke Matrikulasi. Sedangkan orang melayu, dengan berbekalkan 4A sahaja sudah ditawarkan peluang ini.

Namun, mereka yang 20% inilah yang belajar bersungguh-sungguh, memenuhkan perpustakaan dengan pembelajaran dan study group sementara anak melayu kita lebih ramai sebuk bercintan di kafetaria, padang dan sebagainya.

Hairan, sudah diberi peluang keemasan melanjutkan pelajaran, tetapi disia-siakan begitu sahaja. Aneh juga manusia ini ya.


Budi Bahasa Budaya Kita

Semasa memandu malam kelmarin, saya sempat mendengar sebuah lagu nyanyian penyanyi tersohor, Siti Nurhaliza berjudul Budi bahasa Budaya Kita. Saya terus tersenyum kecil. Fikiran menerawang memikirkan  komen-komen negative berkaitan Bersih. Bahasanya kadang-kadang boleh mendatangkan marah.

Tergelak kecil.

Mana perginya budaya sopan santun ketimuran kita?

Saya meneliti lirik lagu itu. Ternyata, mungkin lirik ini telah menjadi sejarah kerana jarang sekali budi bahasa itu dapat dilihat pada generasi ketika ini.

Mungkin kerana kesempitan hidup dan generasi pun sudah berubah, maka adat ketimuran kita pun sudah ditelan zaman.


Kesimpulannya

Di medan Bersih inilah sebenarnya kita harus menunjukkan akhlak seorang daie. Di sinilah kita harus berperanan menjadi contoh. Menjadi qudwah. Dalam negara yang berbilang kaum dan agama, mempunyai pelbagai ejnis dan ragam manusia dan cara pemikiran berbeza, islamis perlu memposisikan dirinya sebaiknya. Bukan mendiamkan diri dan melihat sahaja.

Teringat kata-kata seorang mutarabbi saya,

“Setiap zaman ada cara perang mereka tersendiri. Dan zaman kini, kita tak berperang dengan pedang dan kuda lagi. Sekarang ini adalah zaman perang pemikiran dan cara peperangan kita juga berubah. Kalau lah dengan demo ini adalah salah satu cara peperangan, then inilah cara kita berjihad!”

Ya, saya menyokong  pendapat beliau.


Sebaik-baik jihad ialah mengatakan yang benar dihadapan sultan yang zalim
“Penghulu seluruh para syuhada ialah Hamzah bin Abdul Mutalib dan lelaki yang mengucapkan kata-kata yang benar kepada pemerintah yang zalim lalu dia dibunuh.” (HR Tabrani, Hakim)

Walaupun orang melihat tiada kejayaan memalui berhimpun selama 34 jam. Tetapi, besabarlah. Kerana Bersih ini hanyalah salah satu pendidikan kepada rakyat.

Sesuatu perubahan akan mengambil masa. Sedikit demi sedikit pendidikan atau tarbiah ini akan merubah.

Demonstrasi adalah cara untuk mendidik supaya rakyat menjadi celik. Proses mematangkan pemikiran rakyat ini memerlukan masa dan tenaga.


Janganlah cepat menghukum,
berikanlah masa untuk proses pendidikan ini.
Mari manjadi bangsa yang maju jaya.


Related post:
http://musyirahanan.blogspot.com/2012/06/24062012.html
http://musyirahanan.blogspot.com/2013/08/of-14-ogos-2013.html
http://quranicgen.com/artikel/semangat-infiru/
http://quranicgen.com/artikel/mereka-sedang-menempah-tempat-di-syurga-anda/


Peace no war,

MHZ,
Sri Saujana,
2 Sept 2015