Pages

Saturday, July 16, 2016

Curhat Housemen: Common sense




“ Mushe okay?” suara tenang itu lembut menyapa. Sebenarnya sesi qadaya selepas usrah adalah sesi yang sangat dinanti-nanti. Sesi curhat. 

Argh. Nak tanya ke tidak? Hati masih berbelah bahagi.

“ Akak, macam mana nak hidup dalam keadaan semua orang sellfish dan tikam each other?”
Akhirnya soalan ini terluah juga. Lama terbuku di dalam hati, hanya mencari masa yang sesuai untuk dimuntahkan.

“ Maksudnya?”

“ Macam mana kita nak didik hati untuk ikhlas bekerja, sedangkan orang lain semuanya sangat berkira. Sangat pentingkan diri sendiri. Buat kerja sendiri sahaja, dan tak hirau kan pun kita yang meminta pertolongan”

Aku kecewa.

Ini masalah generasi anak muda kita. Kerana common sense itu bukan lagi common sense.
Melihat orang buta terkial-kial ingin melintas jalan, berapa banyak di antara kita yang akan segera menghulurkan bantuan?

Melihat wanita hamil berdiri di dalam LRT, berapa banyak di antara kita yang akan bangun dan memberikan tempat duduk? Atau sengaja berpura-pura tidur supaya tidak kehilangan kerusi itu?

Melihat kucing mengiyau meminta sedikit makanan, berapa banyak di antara kita yang akan menghulurkan makanan? Atau huluran sepak terajang yang diberi?

Melihat nenek dan makcik-makcik busy di dapur menyiapkan juadah, berapa banyak di antara kita yang akan menyinsing lengan membantu di dapur atau sekadar sibuk menatap screen telefon pintar?

Kerana common sense itu bukan lagi common sense.

Kita terlupa mendidik anak-anak kita akan hal ini seperti mana nenek dan atok kita berleter kepada generasi ibu dan ayah kita.

“ Zaman akak dulu tak ada macam tu. Semua orang tolong each other. Zaman kami lagi la, seorang HO jaga 1 wad. Oncall EOD, setiap satu hari. Stress je kerja, tapi Alhamdulillah teamwork kami kuat”

“ Untungnya. Mana nak cari teamwork macam tu zaman sekarang ni? Kerja yang seronok pun rasa tak best kalau dapat rakan sekerja yang sellfish. Siap buat kerja dia, angkat beg dan balik rumah. 

Terkontang kanting kita ni nak siapkan kerja kita.  Saya suka kerja saya. Tapi saya tak suka environment kerja saya” lemah aku menjawab.

Tanpa sedar, ada beberapa butir air mata bergenang di tubir mata.

Tak sangka rupa-rupanya perkara ini telah lama menghantui hidupku.


Piinnn…. 

Jeritan hon kereta di belakang memecahkan khayalanku. Gear P bertukar D.

Masih terngiang-ngiang perbualan itu.

‘Argh. Bukak la radio. Bosan pulak drive sorang-sorang ni’  sambil tangan membuka radio.


Ustaz, bagaimana nak hadapi keluarga yang bermasam muka dengan kita hanya semata-mata sebab kita minta dia tolong sapu sampah dan buang sampah?” suara DJ memenuhi ruang kereta.

“ Sebenarnya, ini cabaran Allah kepada kita. Allah uji kita untuk berhadapan dengan sikap mereka. Untuk mereka, itu ujian allah kepada mereka untuk menghadapi ego mereka." jawab ustaz jemputan di radio IKIM.fm. 

Siapa kita yang kerdil ini nak mempersoalkan ujian Allah kepada kita?

Adeyhhh.. macam tepat aja topic malam ni dengan keadaan aku ni. Seolah-olah Allah sedang menjawab persoalan aku.

Sweetnya Allah.

Terpujuk rasa di hati.

Kata kuncinya adalah SABAR dan berakhlak mulia.


Sabda Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam:
المؤمنُ الذي يخالطُ الناسَ ويَصبرُ على أذاهم خيرٌ منَ الذي لا يُخالطُ الناسَ ولا يصبرُ على أذاهمْ
Seorang mukmin yang bergaul di tengah masyarakat dan bersabar terhadap gangguan mereka, itu lebih baik dari pada seorang mukmin yang tidak bergaul di tengah masyarakat dan tidak bersabar terhadap gangguan mereka” (HR. At Tirmidzi)

Postcall,
15072016
Pandan Mewah, Ampang